Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Saturday, June 12, 2010

MALUNYA PADA SI BONGKOK TIGA

Bismillahirrahmanirrahim..


shhhhh.. diam-diam.. nak chori2 chupke2 amek gambar ni.. bak kata peribahasa: cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.. ada kaitan kah? ah, abaikan.. at least, dapat jugak kamu satu peribahasa hari ni.. trima kaseyyy cikgu dla! [??]


Klik! [tak memuaskan]


Klik! [yes, dapat!]


Naaahhhhh...... ini hasil dapatan!



alhamdulillah, asyik asyik [macam nabila 'Mutiara Hati' cakap] dapat tangkap gambar nenek ni.. punya la dok follow dia sampai asyik kena singgung ngan puan mak [tumpang gelak kejap: keh keh] akhirnya dapat jugak cheq tangkap sekeping.. nampak tak apa yang cik dla nampak? hmm2, sensitif kah gambar ni? harapnya idok la yer.. cuba tengok betol-betol dengan mata hati [eceh~] nenek ni bukan tonggek ye.. tapi dia memang macam itu bukan dari azali.. eh, btol la bukan dari azali sebab masa dia kecek-kecek mana ada dia bongkok.. bila da berumur macam ni baru dia bongkok tiga.. sebab tu la cik dla cakap tadi, bukan dari azali dia cenggini.. [uit, uit.. itu pun kau nak elaborate kah? >_<]


opsss.. sori-sori.. alaa~ jangan la marah.. cik dla da lama sangat tak mengupdate belog.. kasi can la sket nak beleter-leter, eh? ^^


actually, cik dla malas nak beleter panjang ni [rasanya baru je kau dok beleter kejap tadi kan? =p] hey kamu sumer, nak tahukah fakta menarik pasal nenek ni???


* cik dla jumpa nenek ni kat satu kelas agama atau dipanggil PAKSI dekat-dekat dengan umah cik dla


* setiap kali cik dla balik umah n pegi kelas tu mesti cik dla jumpa nenek ni.. kakak cik dla cakap, masa cik dla tak da pun nenek ni datang jugak.. ah, senang cakap nenek ni jaraaannnggggg sangat miss kelas ni.. amazing!


* nenek ni JALAN KAKI dan bertongkat dari umah dia sorang-sorang.. n kalau ada sape yang baik hati akan tumpangkan dia masa balik..


* nenek ni tak berapa waras sebenarnya tapi dia voleh ingat jalan nak gi kelas ni!


* nenek ni hidup sebatang kara sebab anak n suami dia da meninggal


kesimpulannya, malu la kita yang muda remaja sihat lagi bertenaga ni tak rasa beminat @ malas @ bosan @ seadeks bradek dengannya tuk mencarik ilmu or pegi ke majlis-majlis ilmu.. sedangkan nenek nenek si bongkok tiga ni pun boleh pegi dengan besusah payah, nape tidak kita??? oh, cik dla pun da termalu ni sebab bila ingat balik, cik dla pun kadang-kadang bla puan mak ajak g PAKSI, cik dla dok pker gak berkali-kali: pegi, tak, pegi, tak sebab memikirkan sedapnya dapat lending atas katil even tilamnya tak berapa nak empuk pungg.. huh, teruk btol! sepatutnya benda-benda baik gini tak payah la dok pker banyak kali.. bla ada peluang kita grab saja! [tulisan haruslah bewarna merah sebab malu bukan?] http://www.emocutez.com



so, sape yang baca entry ni [espesyeli la pada si penulis.. sape eh? buat-buat tak kenal diri sendiri pulak dia, dush2!] bila ada je majlis ilmu tu, pegi la ye.. kalau rasa malas nak pegi, ingat kat nenek ni.. jadikan dia sebagai inspirasi kita.. kalau nenek yang da bongkok tiga ni boleh jalan pegi majlis ilmu siap kena panjat tangga lagi tuk sampai kelas, nape tidak kita yang sehat wal lepat liat afiat ni kan???? [kalau la nenek ni tau dia menjadi sumber inspirasiku.. hihi]


ok, tu je nak cakap untuk hari ni.. esok cik dla beleter lagi.. esok?? oh, tolong jangan pecaya.. cik dla ni ibarat menanam tebu di pinggir bibir je kalau bab mengupdate blog ni.. ye la sangatttt nak update blog esok, heh [tu diaa.. dapat lagi satu peribahasa.. untung baca blog cik dla kan? yahaha :D]


emmm, sebelum tu nak kopi susu pasal kelebihan menghadiri majlis ilmu.. kalau rajen, bacalah.. kalau tak rajen, tak payah scroll down.. [haip, acah je! baru je beleter tadi.. mesti kena scroll down ye kawang-kawang]


Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:


Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan iaitu:


1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.


2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.


3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.


4- Apabila dia duduk di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.


5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.


6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.


7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.


sumber diamek dari cni



sekian dahulu, bersurai sumer~




p/s: tinggal beberapa hari saja lagi untuk sampai ke minggu depan.. dug dag dug dag..

Tuesday, June 1, 2010

BACALAH - TAK TAHU NAK LETAK TAJUK PE

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya allah.. lamanya cik dla meninggalkan belog ini DENGAN belas kasihan.. even ada belas kasihan, tapi ntah kenapa tak terupdate pun.. taip, taip, taip.. pastu trus tekan save as a draft [tapi biasanya dia tersave sendiri sebab autosave.. ok, tak payah bgtau] kenapa tak update blog lebih dari seminggu? emm, tak de sebab yang khusus.. tapi macam cik dla bgtau dalam entry yang lepas, belog ini becirikan seminggu sekali.. kalau lebih dari satu entry dalam seminggu, itu adalah magika.. kalau tak de lansung entry dalam seminggu, itu namanya malas gila.. adekah cik dla malas? err, ada la sikit *sigh* tapi macam cakap tadi, tak de sebab yang khusus.. means, malas tu tak de la sampai gila lagi takmengakumalasbanyak..wee~ banyak la sebab laen kenapa tak mengupdate belog [e'eh, punya elaborate macam la ada orang kisah kau tak update belog =p]


banyak citer nak citer niiiii.. tapi bla da ngadap laptop, tak tau nak mula yang mana.. haish.. tak pe la.. abaikan yang lain2 dulu.. kta bukak citer pasal isu semasa, bleh?


Israel laknatullah serang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke gaza pada 31 Mei yang lepas.. ces! macam tu la Yahudi.. sentiasa beniat jahat tehadap org Islam.. sedangkan yang pegi sana tu mana bawak senjata pun.. siap bawak bayi n orang tua lagi bagi melambangkan misi keamanan.. wadekes la nak gi serang? tu pun tak sedar diri melabel orang Islam terrorist.. skang ni sape yang terrorist.. habaq mai sat kat chek????


ekceli, Israel ni memang da aim nak serang kapal Mavi Marmara tu.. buktinya, masa depa dok serang atas kapal tu, ditakdirkan tejatuh la satu dokumen dari poket sorang tentera Israel ni.. dalam dokumen tu ada nama-nama aktivis yang harus mereka bunuh!

dokumen tesebut.. baca link ni kalau nak tau citer lebih lanjut


kalau kita tengok kat mesia ni, ada la kat beberapa tempat buat demo mengecam tindakan Israel tekutuk tu macam kat melaka, key yel dan lain-lain which is good.. tapi kadang-kadang bila cik dla pker, kita ni semangat buat demo bagai sebab pe? adekah sebab ada rakyat mesia yang join misi tu sebab tu baru kita sebuk-sebuk nak melenting? kalau tak de, masing-masing buat tak heran la ek? padahal sepatutnya hari-hari kita kena melenting n concern sebab orang-orang Islam kat palestin tu n di negara Islam yang lain hari-hari disiksa, disembelih, dipenjara dan macam-macam 'di' lagi.. tapi kita macam relex je.. sebuk lagi nak amek tahu pasal piala dunia dari palestina




ni bukan isu kenegaraan ok? ni isu Islam.. isu aqidah.. tapi cik dla tengok isu palestin ni macam jadi isu bemusim.. sekejap tenggelam, sekejap timbul.. cik dla berani kerat jari, skang ni semua punya la semangat bagai.. tapi tengok la bila bola sepak piala dunia da start, berapa ramai yang akan masih peduli dengan isu palestin, isu selatan Thai dan isu yang melanda umat Islam lain? macam tu jugak dengan dunia hiburan, tak sudah-sudah dengan konsert itu, ini.. anugerah itu, ini.. hedonisme, hedonisme.. ape, ko ingat duit n anugerah-anugerah yang ko dapat tu boleh tolong ko ke? sape dapat anugerah paling banyak, dia teselamat dari siksa kubur n hari kiamat.. cam tu?? haha, 'bravo'!


sama la macam kes tsunami yang maha dasyat aritu.. masa tu kan tsunami belaku bulan 12.. oh, pandai~ tau pulak takut dengan bala Allah.. bleh pulak sambutan new year tetiba tukar jadi doa slamat.. hmmm, takat tu dah la.. pastu buat balik konsert-konsert bagai.. kenapa ek orang tak amek ibrah [pengajaran]? nak Allah turun bala macam kat umat nabi luth ka baru nak sedar?? huh, telambat suda~ masa baginda Rasululullah sedang behadapan dengan sakaratul maut, sempat lagi baginda sebut ummati, ummati, ummati.. sambil bedoa, "sekiranya umatku berbuat kemungkaran, jangan la Engkau [Allah] timpakan azab seperti engkau lenyapkan umat-umat terdahulu" [contoh: allah lenyapkan umat nabi luth dengan menterbalikkan bumi] tengok, betapa kasihnya Rasulullah kat kita.. macam mana cara kita kasihkan baginda? yeah, dedahkan aurat, tak solat, merempit, bezina, buang anak, rahsuah, halalkan judi dan lain-lain.. hoho, 'bravo' lagi!


honestly, buat masa skarang cik dla pun tak mampu nak tolong dengan cara angkat senjata.. iman ku senipis kulit bawang.. atau nipis lagi kot.. kalau solat tahajud pun asyek tebabas, macam mana mahu jadi prajurit di Palestin? masih blom layak lagi.. insya Allah, tolong doakan smoga cik dla mampu jadi sebahagian daripada prajurit Islam walaupun hanya sekadar menghantar bekalan makanan seperti yang dilakukan Asma' Abu Bakar.. tapi untuk masa sekarang, sekurang-kurangnya cik dla menolong mereka dengan cara bedoa.. orang Palestin dan orang Islam di negara lain tak pelukan simpati kita kalau sekadar simpati itu sekadar dilafazkan di mulut, tapi mulut itu juga masih lagi melahap Pizza Hut, KFC dan McD.. doa juga bukan stakat bedoa statik saja atas tikar sejadah.. tapi, saudara-saudara se-Islam kita perlukan doa yang begerak.. macam mana doa yang begerak??? boleh baca kat sini.. sape hati nya terasa dengan atikel si penulis, alhamdulillah, maknanya si penulis bejaya menyentuh iman kamu.. [pandai-pandai la carik point doa begerak tu]


ok la, minta diri dulu..

p/s:
* kadang-kadang kita cakap gah, tapi nak buat............ Allah~ T__T
* sangat sukka lagu dalam belog saya ni.. Persada Perjuangan by Zulfan~ rasa semangat jihad ditiup-tiup kembali.. cik dla bagi thumbs up banyak kali


“Sesungguhnya kamu mendapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang YAHUDI dan orang-orang musyrik”
(Al-Ma-idah: 82)
Related Posts with Thumbnails