Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Saturday, January 29, 2011

MAKAN DULU KAH? ATAU SOLAT DULU KAH?

Bismillahirrahmanirrahim..


fuh, fuhhhh.. lama sungguh saya menghilang.. tapi bukan dicolek orang sape larat nak colek ko oit tapi saya sendiri yang menghilangkan diri.. Frankly speaking:


Tanggungjawab melebihi masa yang ada
-Imam Hassan AlBanna-


Hm, harini bukan nak cerita pasal kehilangan saya macam ada orang kesah kau hilang, wekk ;p tapi sekadar nak bekongsi ilmu yang saya dapat masa pegi kelas PAKSI (Pusat Khidmat Sosial Islam) pagi semalam.. minggu ni turn kelas Ustaz Salmi..


n minggu ni da masuk hadith ke-42 dalam kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah.. pejam celik pejam celik da smpai hadith 42.. saya da telepas banyak kelas hadith sebab jarang2 balik.. huuu, sob3.. tapi takpe, tak perlu dikesalkan.. saya tak balik pun bukannya sebab bersenang-lenang di maktab.. tapi ada pekara yang lebih penting untuk di aulakan.. soo, NO REGRETS! ^_^


ok, back to the track


hadith ke-42: Makanan Dihidangkan Waktu Akan Didirikan Sembahyang


hmmm, jadi mana perlu d dahulukan?


Makan dulu kah?


ATAU


solat dulu kah?



Daripada A'aisyah dari Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila dihidangkan makan malam sedang sembahyang akan didirikan, maka mulailah kamu dengan makanan"
(riwayat Bukhari)


Berdasarkan hadith ini, ustaz Salmi telah menghuraikan beberapa perkara.. antara perkara penting yang sempat saya catat [tapi olah ayat sndri] adalah:


1. Jumhur ulama' kata, suruhan makan [tak semestinya makan malam saja] dulu adalah SUNAT, in case waktu solat masih ada dan keinginan nak makan sangat kuat sampai tahap kecur air liur bila teringat makanan dan dalam masa yang sama perut pulak dok main lagu2 rock.. jadi, sunat lah makan dulu.


2. bagi kes yang sama [rujuk point no. 1], adalah MAKRUH kalau solat dulu ketika makanan tengah terhidang sebab dikhuatiri makanan itu mengacau perasaan khusyu'.. itu lah main point nya: khusyu'

penah tak kamu lalui situasi yang lebih kurang macam ini: balik kelas pukul 1.3o petang.. perut da bekeroncong.. tapi waktu zohor pun da masuk.. jadi, mana satu nak didahulukan? hak diri atau hak Allah? kalau ikut hadith ni, kita kena tunaikan hak diri dulu.. bukan bemaksud kita ketepikan hak Allah.. tak, tak.. cuma, kalau kita nak tunaikan hak Allah, mesti lah dalam keadaan besungguh-sungguh.. kalau ada halangan masa kita nak tunaikan hak Allah tu, hendaklah kita setelkan halangan2 tu dulu.. maknanya, kalau lah perasaan lapar yang teramat tu boleh mengganggu kekhusyu'kan kita n solat pun boleh jadi halai balai, maka makan lah dulu, kemudian baru lah solat


hmm, faham? atau pening? heheh.. sori, saya mmg lemah bab2 nak mereka ayat gramatis ni.. satu masa dulu saya sangat suka mentulis cerpen n kawan2 pun puji bakat saya tu.. tapi skarang ni tak tau lah kenapa.. tulis ayat pun jadi bebelit2.. ke saya je yang rasa macam tu? eh, melalut plak.. abaikan, heh~


sambung balik pasal tadi.. halangan2 yang saya maksudkan kat atas tu tak semestinya bab makan minum saje.. tapi, boleh jadi dalam banyak bentuk..


contoh a: kamu bru nak solat, atau tengah solat.. tapi tibe2 kamu rasa nk buang 'big water' sangat2.. jangan la kamu kalut2 prabih kan solat kamu.. tapi hendak lah kamu benti n pegi buang 'big water' tu dulu, then amek wudhu' n solat smula.. sebabnya, kompem2 la masa kamu dok tetahan tu kamu tak khusyu' kan?


contoh b: kamu baru balik dari kuliah atau kerja.. mata terasa sangat berat sampai tak leh nak bukak macam kena gam gajah tapi dalam masa yang sama da masuk waktu.. solusinya, ambillah masa sekejap untuk tidur sekadarnya saja http://www.emocutez.com supaya rasa mengantuk itu hilang atau kurang dan tidak mengganggu kamu untuk khusyu' di dalam solat..


contoh c: kamu dengar azan.. n masa tu kamu baru nak jalan ke surau.. apa yang biasanya kamu buat? jalan laju2 nak kejar rakaat pertama kah? ikut kata ustaz salmi, kalau berada dalam situasi macam ni atau seumpamanya, tak payah jalan tegopoh-gapah ke surau.. bejalan lah dengan tenang.. tapi bukang melenggang! lenggang kangkung harus pandai bezakan antara tenang dan melenggang, hokeh? kenapa jangan tegopoh-gapah? sebabnya dikhuatiri kamu termengah-mengah http://www.emocutez.com, nnt boleh mengganggu kekhusyu'kan kamu semasa solat..


eh, tahukah kamu fadhilat khusyu' itu melebihi fadhilat solat di awal waktu, mahupun fadhilat takbiratul ihram bersama imam? sebab itu lah huraian dari hadith ni minta kita untuk tunaikan dulu hak diri, kemudian baru lah tunaikan solat dengan penuh khusyu'..


kenapa di stresskan sangat khusyu' ni? sebabnya, jumhur ulama' mengatakan hukum khusyu' adalah WAJIB berdasarkan banyak dalil.. antaranya:


"Peliharalah segala solat mu, dan peliharalah solat wusta. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyu"
(al-Baqarah: 238)


ok, habes point no 2.. masuk point no 3 plak


3. Khusyu' berlaku hasil kombinasi antara hati dan anggota badan yang lain..


Said bin Musayyib berkata :
لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه
"Jika khusyu' hati ini, maka khusyu' anggotanya"


4. Ibnu Qayyim berkata, ada 2 jenis khusyu' iaitu khusyu' iman dan khusyu' munafik..

khusyu' iman: hatinya menghadap Allah dengan penghormatan, pengagungan, ketenangan, penuh harapan dan rasa malu, lalu hatinya penuh dengan cinta dan pengakuan kepada Allah yang memberi kesan ke seluruh anggota badannya


khusyu' munafik: anggota badannya khusyuk tetapi hatinya tidak.


[Macam slalu je mengalami khusyu' munafik ni.. wawaaaa~ http://www.emocutez.com Kamu pulak bagaimana? Ya Allah, jauhilah kami dari khusyu' munafik T_T]



COP3! ada satu point lagi tetinggal..


5. ini bagi situasi yang lain pulak.. jumhur (majoriti) ulama' menegaskan, kalau waktu solat da nak habes, n kalau kita makan dulu menyebabkan masuk waktu solat yang berikutnya, jadi JANGAN lah makan dulu.. hendaklah kamu solat dulu baru makan.. dalam kes ni, hanya sebilangan kecil ulama' saja yang kata boleh makan dulu, kemudian qadha' solat yang tertinggal td.. tapi, lebih baik lah kalau kita amek pendapat jumhur ulama ya.. lebih yakin tuk di amalkan.. kesimpulannya, untuk kes yang macam ni, solat dulu baru makan, ok?


-The End-


hm, macam mana? jelas? atau ada yang tak jelas? kalau ada yang kamu2 tak jelas, boleh tanya ya.. kalau tak tanya kat saya pun tak pe, boleh tanya kepada mereka2 yang lebih faqih @ arif dalam bab ni.. saya hanya menyampaikan n bekongsi sedikit ilmu yang saya dapat masa dalam kelas semalam.. pesan Rasulullah, "sampaikan lah walaupun satu ayat" :) wallahua'lam


al-Faqir Ilallah
Related Posts with Thumbnails