Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

KENA PUKUL..huwaaaaaaaaaaaaaaaa~~

Bismillahirrahmanirrahim..


wawawaaaaaaaaa~ mulakan blogging dengan nangis.. kenapakah? sila rujuk pada tajuk.. ye, saya telah dipukul dengan sorang lecturer sampai berbekas di hati.. huk huk.. nanti, nanti.. jangan bikin kontroversi.. saya tak kata lecturer pukul saya dengan rotan atau belati.. atau bahasa ilmiahnya lecturer tak pukul saya secara physically tapi secara mentally.. sebab tu la boleh bebekas kat hati.. adeh..


begini kisahnya..


pada satu petang yang damai tapi very hot, ok?? en.radzi masuk megajar macam biasa.. tem tu ada sorang dan satu-satunya student chinese, Ooi [bukan nama sebenar] tak masuk klas.. then, en.radzi pn tanya lebih kurang macam ni la, dalam ramai-ramai kami [klas i ada 19 orang Muslim n sorang non-Muslim], boleh tak kami meng-Islam-kan chinese girl tu.. ye la, kami 19 orang, dia sorang..study sama-sama sampai 5 tahun setengah.. sangat rugi kalau tak boleh ajak dia convert to Islam atau at least dia rasa jatuh hati pada Islam.. adeh, tetiba rasa macam merah je muka [eleh, perasan merah padahal kulit itam manis] betol jugak cakap en. radzi.. sem ni da masuk 2 tahun kami belajar sama-sama.. tapi penah ke kami cuba tarik dia untuk mendekati Islam? i think, penah.. cuma maybe secara tak serius or tak istiqamah.. personally, she is nice and sweet.. tapi agak moden laa


ada yang cakap, 'susah encik, sbb dia kuat agama'.. emm, ye ke dia kuat agama? itu saya tak pasti.. yang saya pasti dia ni jenis yang berfikiran terbuka untuk semua agama dan berfikiran moden olso.. tapi kadang-kadang nampak la jugak ciri-ciri 'kuat agama' dia tu.. dia selalu betanya tentang Islam n agama lain especially time TITAS n samtimes dia akan comparekan dengan agama dia - Buddha..


dia penah tanya kat saya, 'tak panas ke pakai tudung besar'? saya jawab 'tak, saya suka pakai tudung besar sebab saya rasa lebih selamat'.. n then saya explain lah sikit ayat 'lebih selamat' tu.. masa tu baru foundation..


pastu dia ada tegur saya, dia cakap tudung saya tak cantik sangat.. macam kawan-kawan yang lain nampak la begaya sikit.. haha.. cakap direct ok? tapi i dont mind.. saya admit, dulu memang saya tak reti la nak begaya-gaya ni [sekarang ni pun tak reti sangat tapi ok la dari dulu] masa tu tudung saya plain, x de corak-corak or batu bagai, memang nampak macam ketinggalan zaman la jugak.. so, lepas dengar dia cakap macam tu, masa cuti saya beli banyak-banyak tudung bawal bidang 60 yang ada batu bata tu.. bukan apa, malu la kat dia.. nanti dia ingat orang yang pakai tudung besar tak reti nak berfesyen-fesyen.. jadi, bila da ada orang memerhati [ececehhh, prasan!] saya kena la tunjuk yang Islam pun benarkan kita berfesyen.. tapi ada batas-batasnya lah.. anyway, thanx to her sbb tegur saya.. skarang ni terasa la comel sikit bebanding dulu.. gagaga~~~ http://www.emocutez.com


masa kami buat program dengan anak-anak yatim masa bulan puasa, kami ajak dia berpuasa sekali.. tapii, dia ada cakap dekat saya.. dia tak tahan.. n dia ada komplen kenapa puasa macam ni macam ni.. buat letih saja n rasa macam tak da tenaga.. bukan ke brekfes tu sangat penting untuk bagi tenaga? so, macam mana nak buat aktiviti kalau tak larat macam ni? hmm, pening jugak saya nak jawab.. saya tanya dia; makan sahur tak? dia jawab tak.. patut la dia tak larat.. sy pun cakap la kat dia, kalau puasa penting untuk makan sahur dulu.. dia dikira sebagai pengganti brekfes.. mungkin kamu tak biasa puasa.. kalau kamu biasa, kamu akan rasa ok n lagi betambah sihat.. sebab setiap hari perut kita sentiasa bekerja sebab kita asyik ngap, ngap n ngap.. kalau kita puasa, ada la ruang untuk perut kita beristirehat.. itupun nasib perut kita tak boleh cakap.. kalau dia boleh cakap, mungkin dia akan jerit: woi, sudah-sudah la tu makan.. aku penat tawu tak????? haha.. eh, comelkan kalau perut boleh cakap [?]


kalau tak silap saya, dia pun rajin betanya dekat beberapa klasmet saya yang lain pasal Islam.. tapi saya tak pasti soalan apakah yang dia tanya.. n diorang pun ada nak ajar dia pakai tudung.. [oh, bagus betul hampa. syabas!] tapi dia tak nak.. memang sungguh-sungguh tak nak.. dia kata panas.. atau mungkin jugak dia ingat; diorang ni nak ajak aku masuk Islam ke? hmm, wallahua'lam..


en. radzi ada cakap:
*cuba tunjukkan imej Islam yang baik dekat dia.. baru dia akan rasa tetarik dengan Islam


cik dla cakap:
*sejauh manakah kita tunjukkan imej Islam yang baik pada dia? antara baik dengan tak baik, mana lebih banyak?





hmm, masing-masing fikir-fikir la sendiri n muhasabah diri..


Islam adalah satu agama yang sangat cantik.. kalau kita semua beramal mengikut syara', pasti ramai non-Muslim yang akan jatuh chenta dengan Islam.. teringat masa saya ke seminar fiqh aulawiyat kat INTIM haritu, ada ahli panel ni cakap,

* ramai orang non-Muslim minta untuk dibicarakan di mahkamah syariah

* orang non-Muslim join perbankan Islam lebih ramai dr orang Muslim sendiri


see? ini baru dua kes.. actually ada lagi kes-kes cam ni.. ni bermakna mereka nampak keindahan Islam..

Bagaimana dengan kita?

ok, soalan yang lebih penting?

Bagaimana dengan diri saya sendiri?

adeh, masih banyak yang perlu diperbetulkan.. mudah lelah bila behadapan dengan ujian.. sobsob.. thanx to all of u who always blew the spirit n lift me up.. http://www.emocutez.com


kesimpulannya, sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik supaya orang nampak Islam itu cantik..


Apabila berjumpa dgn org kafir,
katakanlah dalam hati bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya,
mungkin d suatu hari datang keinsafan padanya,
dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Allah,
sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam,
tetapi dosa terus dikerjakan juga
dan balasan pahala belum tentu lagi
cepat-cepat la insafi diri


Renung-renungkanlah..salam koreksi diri n selamat bramal!


**errr, berbaur sensitifkah entry ini??**

Wednesday, March 18, 2009

AKU PUNYA 4 ISTRI

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya bukan lah orang yg arif dalam hal2 berkaitan perkahwinan...almaklumla,belum ada pengalaman...hehehe :D...tp kenapa saya bawakkan cter mengenai 4 orang istri nih?bukan stakat sorang...4 orang skaligus...hehe...anyway,kalo nk tau...baca la cter d bwh ni...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu bermonolog dalaman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Haaa...apa yg telintas dlm fikiran korang tem baca criter nih?siapakah istri keempat, ketiga, kedua n pertama 2? Sebenarnya...

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kubursahaja lah mereka akan menemani kita.


ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.

Wallahua'lam...

Wednesday, March 4, 2009

ANTARA ANJING N AWEX CUN

Bismillahirrahmanirrahim...

Agaknye, pe yg telintas di fikiran korang sumer bila baca tajuk kt atas tuh? Antara Anjing N Awex Cun...cm ganaz je tajuk dia kan???huhu...ganaz2 pn...tp as long as bermanfaat tuk kita sumer, pe salahnyer di kongsi kan... ;)

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena ja?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pegi jauh-jauh! najis mughollazah tol la!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ka nak samak dosa?

LEMBU: Betoi gk tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun kalo disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"...huhuhu...


RENUNG2KAN...N SLAMAT BERAMAL!!! :D

* Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

* Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

* "Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".(Surah Zumar: 9

Wallahua'lam...

Thursday, January 15, 2009

PALESTIN!!!

Bismillahirrahmanirrahim...



Actually, masih banyak gambar2 yg menyayat hati...tapi x dpt diselitkan atas kekurangan diri ini...coz saya x sanggup tengok gambar2 mangsa yg diseksa dgn sgt kejam...sehingga x pernah terfikerkan oleh akal kita yg tntra zion sanggup melakukan penyeksaan sedemikan rupa...Semoga Allah menurunkn azab ke atas Israel seperti mana yg berlaku kpd tentra2 Abrahah, Firaun dan seumpamanya...Semoga kita mendapat iktibar daripadanya...Wallahua'lam...

Tuesday, January 13, 2009

ISRAEL LEBIH BURUK DARI FIRAUN

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalo kita imbas balik sejarah Islam, Firaun mmg cukup sinonim dengan kekejaman, tidak berperikemanusiaan, gila kuasa n 1000 satu macam sifat2 yang buruk lg keji... Mana x nya...suka ati je nk bunuh org, mengaku diri sendrik Tuhan (prasan tol) n mcm2lg la...Walaubagaimanapun, baru2 ni, presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad mengeluarkan kenyataan bahawa Israel lebih buruk dari Firaun...bla pker2 balik...btol la jugak...sejahat2 Firaun, at least dia bunuh budak laki2 je...budak pempuan dilepaskan (att:x de la nk kata Firaun ni baik ye)...tp Israel...da x amek peduli dah...laki ke, pempuan ke, budak2 ke, org tua ke...sumer dia sebat...mmg btol la kata2 Ahmadinejad 2...ISRAEL MMG LEBIH BURUK DARI FIRAUN!!! Kat bwh ni ada sdkit ulasan yg dibuat oleh Ahmadinejad ketika di wawancara di wilayah Sistan-Baluchistan sebelah tenggara Iran.


Yahudi Zionis Israel adalah sekelompok penjahat, pencuri dan pembohong. Mereka berpura-pura menjadi pengikut Nabi Musa. Jika Nabi Musa ada di sini sekarang, dialah orang pertama yang akan menghukum kaum Yahudi Zionis atas perbuatan mereka.Perbuatan Zionis Israel itu bahkan lebih buruk dari perbuatan Firaun. Serangan keji Israel ke Gaza adalah perbuatan orang-orang barbar dan perbuatan semacam itu tidak akan mendapat tempat di hati masyarakat dunia.Tentera Zionis Israel bukan hanya membantai warga Gaza tapi juga terus melakukan kekejaman terhadap warga Palestin di Tebing Barat. Tentera-tentera Zionis itu kembali melakukan penyerbuan dan menangkap warga Palestin yang tak berdosa.Mereka menyerbu tiga kota di Tebing Barat hari Khamis(1/1) antara lain ke Nablus, al-Khalil dan al-Quds Timur dan menangkap 15 warga Palestia. Satu hari sebelumnya, pasukan Zionis juga menangkap sekitar 20 warga dan dua anak Palestin tanpa alasan yang jelas.
Tentera-tentera Israel itu secara rutin melakukan penyerbuan dan penangkapan di Tebing Barat meskipun sudah ada kesepakatan keamanan antara pihak Israel dan pihak berkuasa pemerintahan Palestin di Tebing Barat yang dipimpin Mahmud Abbas dari Fatah.

Wallahua'lam...

Tuesday, December 2, 2008

PELIK TAPI BENAR


Ni adalah satu kisah yg agak mengezutkan...Dilaporkan bhw gas methane yang terdapat pada timbunan najis khinzir (b.a.b.i) di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius...n sangat memeranjatkan apabila fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang telah memusnahkan 100% kandang khinzir bersama dengan 500 binatang itu...Bila letupan berlaku khinzir berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat..menurut seorang saksi yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat... fuiyyoohh...dasyat tol...hmmm...

Wednesday, October 29, 2008

ADA APA DENGAN JARI


Bismillahirrahmanirrahim...

Hmmm...dr manyak2 anggota badan..tp nape saya interested tuk citer tentang da jari...Act ada citer d sebalik jari ni untuk dijadikan iktibar...first yg saya nk adalah kuku...eh, kuku de kaitan ngan jari ke??jawapannya...ada la..coz kuku ka kat bahagian jari..kan8???hehe...anyway, to every one outside..diharap jangan la ye ada niat nk simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya kat jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah..Kata org...(org kata..bukan saya.. ;p) orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan cam nak wat cekodok ke, karipap ke, masak nasik ke atau pape je la selagi dipanggil makanan.. apa jua ilmu yang diajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak mereka.. Percayalah.. coz tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Bagi yang bujang trang tang tang lak remember this... kalau nak cari pasangan idup n nak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.. Insya-Allah.. isteri @ suami anda tegolong dalam golongan org yg baik2... Act.. kuku panjang nih mempunyai sejenis kuman iaitu E-Coli (jugak terdapat dalam najis manusia!).. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri ye..


Then..saya nk citer pasai cincin lak??cincin pn ada kaitan ngan jarik ke??jawapannya, adala..coz cincin kan pakai kat jari..huhu..(ada ke org tanya soalan kait-mengait nih.. ;p) ok..berdasarkan sejarah, Nabi Muhammad S.A.W penah bagi nasehat kat Saidina Ali R.A.. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda bahawa, kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari) n jangan pakai cincin kat jari jari tengah atau jari telunjuk..Nabi Muhammad S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.S..tp bagi yg x tau..relax je diorang pakai cincin kat jari tengah kan...jari telunjuk jarang la jumpak..so..pasni diharap sumer leh amek iktibar n tegur la kengkawan n sedara mara yg tesilap pakai cincin..means pakai cincin x kena jari la...

hmmm...myb nex time sy cter pasai anggota bdn len lak k..insya Allah...have a nice day... ;)

Wednesday, August 13, 2008

KISAH BUSH DAN POWELL

Bush dan Powell sedang duduk-duduk
di dalam sebuah bar.Seorang lelaki masuk
dan bertanya kepada bar tender..
"Bukankah itu Bush dan Powell..?"

Bartender menjawab..
"Iya, itu memang mereka."

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"

Bush menjawab..
"Kami sedang merancang perang dunia ke-3."

Jawab lelaki E2..
"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"

Bush menjawab..
"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam
dan seorang penjual apom balek"

Lelaki itu terkejut lalu bertanya..
"Penjual apom balek..??kenapa lak penjual apom balek..?

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata..
" Lihat, tiada yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan..???"


KISAH INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA..
TETAPI INILAH REALITINYA UMAT ZAMAN SEKARANG..
FIKIR-FIKIRKAN...

WALLAHUA'LAM...

Saturday, July 12, 2008

MANGKUK CANTIK,MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Bismillahirahmaniirahim...

Hmmm...pe la agaknya kaitan antara mangkuk cantik, madu ngan sehelai rambut eh..???haa..teka2 jgn x teka..hehe..act..arini saya nk cte pebandingan yg dibuat oleh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Siadina Ali,Fatimah Az-zahra', Rasulullah S.A.W, malaikat Jibril hatta Allah S.W.T tentang mangkuk cantik, madu ngan sehelai rambut..Ikuti kisahnya di bawah..

Satu ketika,Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman berkunjung ke rumah Saidina Ali.Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, yakni isteri kepada Saidina Ali.Fatimah menghidangkan mereka semangkuk madu.Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang behampiran mereka.Lalu,Rasulullah SAW segera meminta para sahabat untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda nih..mangkuk cantik,madu n sehelai rambut..

Saidina Abu Bakar yg mendapat gilian pertama segera berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk cantik..orang yg beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW tersenyum lalu menyuruh Saidina Umar untuk membuat perbandingan lak.Umar segera berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini.Rajanya lebih manis dari madu,dan memerintah dgn adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum lalu berpaling kpd Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga2 benda tersebut.Uthman berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini.Org yg menuntut ilmu itu lebih manis dr madu, dan beramal dgn ilmu yg dimiliki itu lebih sulit drp meniti sehelai rambut."

Rasulullah SAW kembali tersenyum kerana kagum mendengar perumpamaan yg disebutkan para sahabatnya.Baginda pun segera mempersilakan Saidna Ali untuk mengungkapkan kata2nya.Saidina Ali berkata, "tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini.Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dr meniti sehelai rambut."

Kemudian Rasulullah segera mempersilakan Fatimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.Fatimah berkata, "SEORANG WANITA ITU LEBIH CANTIK DARI SEBUAH MANGKUK YG CANTIK.WANITA YG MENGERNAKAN PURDAH ITU LEBIH MANIS DARI MADU YG MANIS, DAN MENDAPATKAN SEORANG WANITA YG TIDAK PERNAH DILIHAT ORG LAIN KECUALI MUHRIMNYA LEBIH SULIT DARI MENITI SEHELAI RAMBUT."

Setelah mendengar perumpamaan dp putri baginda, Rasulullah seraya berkata, "seorang yg mendapat taufik untuk beramal lebih cantik dari mankuk yg cantik.Beramal dgn perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dgn ikhlas lebih sulit dr mniti sehelai rambut."

Malaikat Jibril yg hadir bersama mereka turut membuat perumpamaan, "menegakkan tiang2 agama itu lebih canik dr mangkuk cantik.Menyerahkan diri,harta dan waktu untuk agama lebih manis dr madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dr meniti sehelai rambut."

Allah SWT turut membuat perumpamaan dgn FirmanNya dalam hadith Qudsi, "syurgaKu itu lebih cantik dr mangkuk yg cantik.Nikmat syurgaku itu lebih manis dr madu, dan jalan menuju syurgaKu lebih sulit dr meniti sehelai rambut..."

RENUNG2KAN...
WALLAHUA'LAM...
Related Posts with Thumbnails