Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Showing posts with label marhaban ya Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label marhaban ya Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

JADI HAMBA TUHAN, BUKAN HAMBA RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim..


Fuh Fuh Fuuuh.. Huisyy, banyak nye abuk kat cni.. kalu kumpul boley buat kuih abukabuk ni.. teheee~ [perli diri sendiri adalah perbuatan yang sangat berPATUTan, kans? ;p]


hampir dua bulan lebih saya membiarkan blog ini tanpa isi.. Aduhai~~~


Alhamdulillah, hari ni da masuk hari ke21 kita pose.. RAMADHAN KAREEM ye sahabatsahabat :)


iklantanpabayaran: kalu dengar org sebut ramadhan kareem, kita digalakkan jawab Allahu Akram.. maksudnya, "Ramadhan yang mulia, Allah lebih mulia" [^_^]v





Tringat sorang sahabat ada bagitau.. bulan Ramadhan ni umpama kita berada kat highway.. semua kenderaan pakat pecut blakow.. sapo hok bawok slow tu, alamatnya ketinggalan la.. sama gak macam bulan Ramadhan.. masa ni la peluang kita tuk upgrade amalan sebanyak mungkin.. sape yang tak da 'rasa' keistimewaan Ramadhan, amalan pn suamsuam kuku, masih d takuk lama, maka sangatsangat lah rugi bagi dia..


kenapa rugi??? nnt saya akan jawab kat entry seterusnya ye, insya Allah.. tunggu~~~~ ;)


apepun kena ingat one thin, amalan yang kita buat tu mestilah diniatkan lillahita'ala.. bukan atas sebab bulan Ramadhan sematamata.. kalu amalan yang diniatkan lillahitta'ala, maka insya Allah kesannya dapat dirasa sampai bilabila even da kluar dari universiti Ramadhan pn.. tp, kalu amalan yang kita buat ni sematamata sebab bulan Ramadhan, nnt da abes Ramadhan, xrase pape dah la.. aci kerat jari punya..


bak kata Imam Hassan Al-Basri:

"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)"


Rasulullah S.A.W pn ada pesan:

Dari Umar bin Khathab R.A berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim)


Alhamdulillah kita antara yang insan terpilih untuk memasuki kemuncak Ramadhan.. Ustaz saya ada mesej; "Mari kita samasama memburu Lailatul Qadar.. mati boleh datang pada bilabila masa.. bersiaplah dan ambil kesempatan dengan banyakkan doa, istighfar, mohon keampunan, baca alquran dsb.. ulama' ada kata jika puasa mula hari isnin, lailatul qadar jatuh pada malam 21 .. selain dari itu malammalam lain kena cari jugak lebihlebih lagi malam ganjil"


saya pun penah baca kat satu website nih.. dia kata; petua dari Imam Ghazali dan beberapa ulama’ lain untuk mencari malam Lailatul Qadar.. Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
  2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan
  3. Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan
  4. Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan
  5. Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

tp, saya tetarik dgn ayat ust hok ni; malammalam lain kena cari jugak.. yeap, setuju banget!! sbbnya Ibnu Kathir ada menulis dalam kitabnya; ada sebahagian ulama' berpendapat setiap malam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar [tak kira ganjil tak ganjil] Jadik, better kita anggap setiap malam adalah malam Lailatul Qadar supaya boleh jadik peransang kepada kita tuk tingkatkan ibadah secara istiqamah.. Jika ditakdirkan Allah tak memberi malam Lailatul Qadar kat kita, still ibadah yang kita buat secara besungguhsungguh tu tak siasia bukans? malah Allah akan berikan ganjaran yang setanding dengan amalan yang kita lakukan tu.. Allah kan Maha Adil & Pemurah.. So, never regrets 4 wat we have done! [^_^]


Nasihat berharga dari Almuhtaram Ustaz Muhadir Bin Haji Joll bagi merekamereka yang ingin mencari malam Lailatul Qadar -> dipetik dari satu website [x ingat nama websitenye.. smoga Allah merahmati si penulis]:


“Peliharalah diri dari mengerjakan maksiat serta peliharalah mata supaya tidak memandang perkaraperkara yang haram kerana insan yang dipilih Allah untuk melihat malam Lailatul Qadar adalah mereka yang menjaga diri dan pandangannya dari perkaraperkara haram”


bukan mudah kan nak jumpa malam Lailatul Qadar? biasa la tu, benda beharga memang x semudah petik jari je nk dapat.. macam nk dapat straight A's dlm SPM, xbulih esok nak exam arini baru nk study [eh, bakpe rini sokmo perli diri sendri jah? =p] perlu pesediaan awal baru bulih score insya Allah.. nak dapat malam Lailatul Qadar pun hati kena dibersihkan seawal mungkin.. layakkah hati yang kotor mndapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan? samasama muhasabah diri..


apepun, buat diri dan sahabatsahabat:


Selamat menambah pecutan di 10 malam terakhir Ramadhan
Jadilah hamba yg BERUSAHA MEMBURU mlm Lailatul Qadar
Bukan yang hanya duduk beteleku menantinya
Mudahmudahan bertemu dengan apa yang diburu!




p/s: maaf kalu ada certaincertain part terkecek klate.. mls nok edit mula.. xda hal kan? :)



sekian,
jari yang menaip lebih berat dipertanggungjawabkan daripada mata yang membaca

Saturday, September 4, 2010

DIARI RAMADHAN CIK DLA - PBS

Dimulakan dengan Bismillah..


29 Ogos 2010 - 3 September 2010

SK Putrajaya Presint 9 (1)



~Lets Da Pictures Do Da Talking~


DAY 1




sambutan MENDEKA! MENDEKA!!!!


melawat kelas pemulihan + bekenalan ngan cikgu pemulihan yg sangat baik n budak2 pemulihan yang sangat bes jugak.. cantik giler kelas pemulihan ni.. tabik la kat cikgu/kak norlidah sbb dia start kemas bilik ni dari sebuah stor smpai jadik bilik pemulihan yang sangat kool.. secara sendirian berhad okeh? dia amek masa almost 4 bulan jugak nak bagi jadik cam ni
O_o


DAY 2


memandangkan cuti Mendeka, jadi saya tlah mengajak salah sorang kawan kamceng saya masa kat matrix dulu tuk jumpa kat Alamanda.. dia blajar kat UPM skang ni n amek kos Food Tech.. Bijak skali! sangat besss dapat jumpa dia.. udah lama seyh gak ketemu.. almost 2 years.. lansung x de prubahan, kecuali penambahan dot dot dot.. hahaha.. don wery kakak sayang.. tu tandanya ko da matang.. hahahaha


mula2 kami plan jumpa kat Alamanda.. tp mak ai.. sangat sesak okeh? parking FULL! tp saya redah jugak sebab kesian kat kakak a.k.a wodz yang da lama tepacak kat situ.. lastly Alhamdulillah, dapat gak parking.. saya n da geng adalah orang terakhir bejaya memboloskan diri sblm tmpat parking satu2nya yang tinggal tu diletakkan signboard FULL.. hoho


mula2 kakak cakap dia ada kawan nak g Alamanda jugak.. tejumpa masa dalam bas.. so, saya ingat x pe la.. at least dia ada kawan nak sembang2 n shoping2 dulu smntara tunggu saya smpai.. tapi rupa2nya 'kawan' dia tu adalah mak cik india yang keja kat Alamanda.. hahahahaha.. memang nak tegelak! naseb bek da ada dalam Alamanda.. saya cuba la menggagahkan diri gelak dengan paling cara paling sopan http://www.emocutez.com




lepas da pusing2 n menshoping sikit2 [sungguh saya telah menshoping secara sikit.. hanya beli sepasang sepatu saja.. eceh, sepatu? heheh :D] then, kami terus gerak ke MASJID BESI.. ada sorang kawan dr IPIS cakap, masjid besi lawo + bes pulok solat kat situ.. saya pn teruja la nak g.. sebab macam pelik, btol ka nama dia masjid besi? bentuk dia macam besi kah? atau diperbuat daripada besi kah? ish, macam pelik je.. nape x penah tau pun kewujudan masjid ni? jadi, untuk mendapatkan kepastian, jom kita terjah! layaaannnnnnnn~~


haaaa, ni la ghupenye masjid besi
Pembinaannya menggunakan enam ribu tan keluli dan material
wohaaa!
memang terserlah kebesiannya.. [?]














harapnya masjid yang seindah ini bukan sekadar berdiri megah dengan hiasan yang berkilauan bagai tp juz jadi tempat pelancongan dan berbangga saja sedangkan tidak dimakmurkan pun..


Berkata Ali B. Abi Thalib:

"Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma' Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama', dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari Kiamat."


lepas solat, kami patah balik ke Alamanda untuk berbuka puasa.. masa tu dah pkul 6.. satu Alamanda kami pusing, tapi ternyata semua kedai makan dah full.. semua tempat dah direserved.. sob sob sob.. hanya satu kedai je yg tinggal satu lagi tmpat duduk.. makan secara buffet.. kami apalagi, laju je duduk.. pastu bru tringat nak tanya harga.. tanya2 ghupenye satu kepala 45 hengget.. mak aiiiiiiii.. naseb x makan lagi.. kalau takkkkkkkk.. botak kepala mau bayar.. agipun, kami ni nak makan bukan banyak pn encek [ye ke x banyak? macam tipu je.. heheh =p] tak apelah.. kami mengundur diri je lah.. huhu.. kami trus ke surau.. ingat pas solat bru nak round smula kedai makan.. tengok2 kat surau pn full.. adohai.. naseb badan..


tp Alhamdulillah saya xperlu berebut2 cop telekung sebab da tutup aurat semuanya, insya Allah.. jadi, dapat solat awal.. saya terpikir gak, ni antara salah satu hikmah Allah perintahkan kita untuk tutup aurat.. supaya memudahkan kita solat di mana2.. n bagi saya, kayu pengukur sama ada kita tutup aurat selengkapnya atau pun tak adalah masa kita solat.. kalau pakaian yang kita pakai tu boleh diguna untuk solat without using telekung, maka kita da fully covered aurat kita.. tapi kalau tem solat tu kita perlu guna telekung, there must be something wrong somewhre dgn pakaian kita.. SETUJU??? sapa stuju angkat tangan macam ini http://www.emocutez.comjangan macam ini http://www.emocutez.com gelojoh benor tu.. hehe..


Ingat, Islam itu mudah.. tapi jangan amek mudah


continue~~ pas solat trus saya trun bawah.. becadang nak makan kat K** tp kena que dulu sementara tunggu orang kat dalam kluar.. tak apelah que kejap sementara tunggu yang lain2 selesai solat.. da dapat tempat apalagi, trus kami mengorder dan ngaapppppp :D














selesai makan trus gerak ke Putra Central tuk antar kakak balik nek teksi.. waaa~ cian kat kakak.. da la datang sendiri.. balik pun sendiri jugak.. anyhow, thanx a lot kakak atas pengorbanan kamu.. i lebiu sooo much!


DAY 3

harini sangat relex.. cekgu pemulihan tak datang sbb x sehat.. sian dia.. + kami pun tak kena relief kelas.. apalagi, trus bawak kluar lappy kesayangan n mengonline! tapi, terasa kecewa apabila berukband tak leh digunakan sebab tak bayar.. sob sob.. nak tanya cikgu2 laki pbs lagi 3 orang tu macam segan pulak.. tengok diorang macam hepy je on9 smbil tesengih2 macam kerang rebus [?] tak apelah.. bagus jugak tak on9.. boleh buat essaimen.. jadi, saya telah membuat essaimen secara bersungguh sampai habes waktu pesekolahan.. tahniah cik dla!


ups, telupa nak crita.. pagi2 tu ada majlis penyampaian duit raya kat anak2 yatim.. pastu dalam pkl 11 pulak ada majlis khatam Al-Quran perdana.. majlis d buat d dataran tengah2 sekolah.. tempat pehimpunan dijalankan




tesesat.. haha


kecik2 da baca novel cintan.. ni salah satu punca kanak2 skarang da pandai becinta smpai kalau kamu dengar kisah cinta diorang ni, memang mengundang rasa aneh.. zaman saya skola rendah dulu, masih behingus kot masa umo lebih kurang macam ni


majlis khatam Al-Quran


DAY 4


paling lama menghabeskan masa d kelas pemulihan.. mntak sumer benda yang perlu dmntak kat cekgu pemulihan.. n cekgu pemulihan tu pn bagi sebagi2nya apa ja maklumat yang dia ada.. wuwuuuu~ teharus..


sempat jugak mengajar budak2 pemulihan.. mengajar dengan penuh kasih sayang n sabar.. tapi tu untuk sehari je.. tapi nnt kalau da grad, da posting, boleh kah aku sesabar itu??? hoho.. sangat risau.. mengajar budak2 pemulihan bukan semudah yang semua orang sangka.. sapa yang kata mudah, mungkin kalau dia masuk ngajar, dia akan ngajar secara melepaskan batuk d mana2.. atau dalam erti kata lain, "janji ngajar sude~ lantak la kau nak pandai ke tak pandai" siyes ye.. so, jangan ingat mudah ye jadik cikgu pemulihan.. x caye, cubalah!


bayangkan sorang budak yang saya ajar ni.. huruf vokal pn x ingat.. itu baru huruf vokal.. ajar a, e, i, o, u.. banyak2 kali.. macam2 cara.. tapi pastu bla suruh ulang balik dah tak ingat.. cikgu pemulihan tu cakap, budak tu adalah yang paling lemah dan tegar setakat ni.. hanya orang yang btol2 sabar n besungguh je yang mampu lalui keadaan2 macam ni.. saya tabik spring aa kt cikgu tu.. sepanjang dia mengajar kelas pemulihan kat skola tu da ramai budak2 yang asalnya xleh membaca tapi dah boleh membaca.. yang x boleh mengira da bleh mengira walaupun agak lambat2.. subhanallah.. besar pahala dia.. kesimpulannya, sapa yg blom apply, jom apply cekgu pemulihan ramai2! hek hek http://www.emocutez.com






sangat tekun!

DAY 5

da nak last2 ni bru brani nak tanya paswed wireless skola tu.. ces.. jadi, masa free2 tu sempat la kejap kami mengon9.. tak lame pn.. kejap je sbb hari ni ada majlis sambutan hari raya.. salam2 ngan murid2.. macam nak tecabut tangan ok?? haha.. tp x pe.. kita layan sajo.. mulut mesti kena tesenyum sokmo..

top view


nak duit rayee!! heheh


part of murid2 pmulihan wif cikgu lily

ok

..............TAMAT...............

lega


saat ini saya sangat merindui wajah ini


annisa.. murid pra skola yang sangat bijak, pandai cakap n manja.. lebiu sooo much!! rindu nak dukung2, buat geram, main2 n sumer2 la ngan nisa lagi.. sob sob T______________T


akhir kata:

Aku Tlah Jatuh Cinta Pada Putra
Tapi Aku Harus Kembali Pada Dunia Nyata
Buat Masa Ini
Dunia Ku Bukan Di Sini
Tapi Di Sana
Itu Tanggungjawab Yang Lebih Penting
Lebih Bermakna
Dan Lebih Besar Ertinya
Bagi Seorang Aku
Dan Mereka-mereka
[hanya mereka-mereka yang faham ini]


Jika Ada Pluang dan Masa
Aku Akan Kembali Lagi ke sisi Putra
Untuk Meneruskan Perjuangan Yang Tiada Punghujungnya
Mana Tau
Jika Diizinkan Dia
Aku Dipanggil Untuk Kembali Ke Putra
Untuk Berbakti Dan Berjasa
Menyahut seruan Rasulullah
"Sampaikanlah walaupun satu a~yah [ayat]"
Dan Mungkin Masa Tu Aku Pun Dah Berkeluarga
Boleh menetap di Putra
Suka Suka
Haha
Becanda Saja
Oh, Sudah la
Mula merepek-repek ini Cik DLa


Untuk yang terakhir kalinya
SELAMAT TINGGAL PUTRA!!
SELAMAT TINGGAL SKOLA!!
SELAMAT TINGGAL Cik Musliyana DAN KELUARGA!!
saya sangat gembira bersama kamu semua!
sob sob sob T__T
tataaa~


notajarikelingking:
* konon ~lets da pics do da talking~ tp macam kau je yg banyak cakap dr pics tu nengoknye.. keh keh http://www.emocutez.com


* saya baca entry ni pn naek pusing.. punya la panjang macam jambatan pulau pinang.. memang btol2 lps geram coz da dekat sbulan x update.. heheh.. sapa yg bejaya baca sampai habes entry ni diucapkan ribuan trima kaseh la ye.. memang bes la korang http://www.emocutez.com

Tuesday, August 17, 2010

DIARI RAMADHAN RAFIQUE CIK DLA 1

Bismillahirrahmanirrahim..


SALAM RAMADHAN semua!! :) alhamdulillah.. hari ni da masuk hari ke-7 kita bepuasa.. da ada yang ponteng puasa ke? kalau kes abc tak apelah.. tapi kalau sengaja... hype, biasa dia tu! [sambil cekak pinggang] bedosa besar tawu?


kenapakah bedosa besar kalau sengaja tinggalkan puasa di bulan Ramadhan???


1. Langgar perintah Allah.. Allah da kata wajib buat, apa pasal sengaja tamau buat?


“Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan (diwajibkan) ke atas kamu puasa (di bulan Ramadhan) seperti mana telah difardhukan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa"
(Al-Baqarah : 183)


2. Puasa di bulan Ramadhan termasuk dalam 5 Rukun Islam.. makanya kalau kita tak puasa, tak sempurnalah Islam kita


Sabda Rasulullah S.A.W:

بنى الأسلامُ على خمس, شهادةِ أن لا اله الا الله, وأن محمدا رسول الله, واِقامِ الصلاة, واِيتاءِ الزكاة, والحاج, وصومِ رمضانَ

“Islam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan”
(HR Bukhari dan Muslim)


Slain tu, ia boleh mendatangkan kekonfiusan orang lain kat kita.. contoh: kalau orang nampak kita makan slumber yaya tem Ramadhan, mesti tedetik kat hati orang tu, "dia ni Islam ka dak?" kan2? haish, tak rasa pape ke kalau orang mempersoalkan keIslaman kita?? tolong la, tolong la terasa.. disebabkan perangai kita lah orang pandang tak elok pada Islam.. sedangkan Islam tu da elok, syumul, molek sangat dah.. orang Islam tu je yang tak berapa nak molek lagi skang ni..


So, kalau ada sahabat2 kita yang jenis suka ponteng puasa nih, apa patut kita buat?


oh ya, b4 tu, ponteng puasa tak semestinya makan or minum je ek.. isap rokok pn dikira ponteng puasa gak.. sebab dia temasuk dalam pekara yang membatalkan puasa [memasukkan sesuatu dalam rongga badan] lagipun, bukan stakat batal puasa je.. tambah lagi saham dosa sebab merokok kan da difatwakan sebagai HARAM.. so, watch out perokok2 sekalian! [ceh, cekak pinggang lagi]


ok, bebalik kepada soalan tadi, apa patut kita buat kat sahabat2 kita yang ponteng puasa secara suka suki ni??


pertama, bagi nasihat dulu.. ingat! kalau nak nasihat pun, jangan ler cengey [garang] sangat.. tegurla dengan hikmah n kasih sayang.. biasanya, orang akan lembut hati kalau kita tegur dia baik2.. toksah kata orang lain, kita sendiri pun suka kalau orang tegur kita baik2 kan? tp kalau tak mampu nak cakap direct, antar la kot mesej ke, tulis surat ke [aceceh], bagi pamplet ke.. kita bagi dia kefahaman dulu.. apepun, utamakan muslimin-muslimin, muslimat-muslimat.. kalau dia tak makan saman....


kedua, kita cuba mintak tolong sahabat kita nasihatkan dia.. espesyeli yang dia respek sebab nanti dia akan malu alah sendiri.. mungkin ngan kita dia da biasa n bleh buat slumber yaya like "lex aa, posa kan sebulan.. ni baru hari ktujuh.. minggu depan pun sempat lagi nak posa.. relex2 suda~" tapi kalau dengan orang yang dia respek, mungkin dia akan bagi respon camni "err, ye.. insya Allah bang/kak.. err, esok saya puasa ye.. pagi tadi tak sempat nak sahur :p" [ewah, sempat lagi dia jelir lidah tu] tapi kalau dia tak makan saman jugak..


ketiga, haruslah direpot kepada pihak atasan kans.. kalau kat skolah, boleh la bgtau kat mana2 cikgu yang boleh diharap.. ustaz/ustazah ke, kaunselor ke.. n sama gak ngan kat tempat blajar yang lain.. kalau da kena kaunseling seround, tp masih macam tu jugak...


keempat, eloklah repot saja kat Pegawai Penguatkuasa Agama (PKA) kat tempat masing2.. menurut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 (EJSS 2003) telah memperuntukkan:


Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu. Dan mana-mana orang yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya adalah dianggap melakukan kesalahan.


Jika disabitkan, pelakunya boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.Orang yang disabit kesalahan tak puasa boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

sumber:sini


hmm, saya ada tpker gak.. kalau negara Malaysia ni jalankan hukum hudud, kan ke baek.. saya brani jamin mesti semua orang takut kalau tak posa, kalau nak buat jahat.. sebabnya pengajaran da nampak depan mata.. itu la hikmahnya hukum hudud.. Kalau kita perhalusi, dia nak 'mendera' maruah pesalah tu sebenarnya supaya beringat jangan buat lagi, di samping bagi pengajaran kat orang lain.. bukannya nak mendera fizikal orang tu.. ish, kalau nak crita hikmah2 lain hukum hudud ni, memang akan jadi panjang bejela la entry yang dah sedia panjang ni.. huhu.. kalau nak tau, guna je la pekihdmatan en.gugel yek.. one more thin, hukum hudud ni kan hukum yang Allah da tetapkan.. buat ape la nak amek hukum hakam mat salleh nu.. aduyaiii.. oleh itu, pilihan di tangan kita nak pemimpin yang macam mana.. sama ada nak pemimpin yang guna pakai hukum Allah atau pemimpin yang mengikut telunjuk mat salleh.. tepuk dada, jangan tanya selera.. kalau tanya selera mesti dia jawab tak sabar nak bukak puasa.. heheh.. tapi, seharusnya tepuk dada tanya la iman anda..


emmm, cadangan2 kat atas tu sekadar cadangan peribada saya je.. kalau kamu ada cadangan yang lebih bagus, boleh la share.. saya ni idok la pandai sangat.. baru sedang melatih diri untuk mencari solusi bagi masalah2 yang terpker.. b4 ni asyik becakap saje.. tindakan, nan ado.. huhu.. yang mana btol, ikut la.. yang mana salah, tolong tegur yep..


Kesimpulannya, PUASA JANGAN TAK PUASA!


**************************************


Minggu baru ni saya balik umah.. uh, da lama sangat tak balik rumah.. jadi, tak boleh nak besabar lagi tambahan pulak da bulan Ramadhan ni kans.. jadi, mesti kena balik jugak!


Syoknya dapat bebukak sekali ngan mak n kakak.. huhu.. tapi ada beberapa pekara yang buat spoil ah.. antaranya:


1. haritu beli makanan kat bazar Ramadhan.. punya la mahal ya Rabbi.. sampai tak tercapai dek akalmu~ sungguh ni! tak baik ah gitu.. sepatutnya bulan Ramadhan ni la kena banyakkan besedekah.. ini tidak, kalau harga standard tu tak apa lagi.. ini da sampai tahap double triple punya harga.. mode: tekezut!


en. gugel~ salah satu nikmat yang Allah bagi masa bulan Ramadhan.. tapi berpada-padalah.. jangan tamak.. dop molek


en. gugel~ ummm, balik aritu cari satey tapi tak dapat.. huhuk


2. Solat terawih kat surau dekat2 umah ngan family.. kat surau tu dia buat 20 rakaat.. tapi mak ai, punya la laju.. macam streamyx! [ade kaitankah?] siyes sangat laju.. cuba bayangkan, masa tahyat akhir, saya baru nak baca syahadah, Imam da bagi salam.. saya selesai bagi salam, Imam da nak abes baca Al-Fatihah.. memang kelam kabut kot.. tekocoh-kocoh den! kalau camni, baik buat 8 rakaat, tp kool, tenang.. macam kat *** ni.. ehem2.. hoho ^^/


lagi satu [point yang sama], macam pelik la kenapa Imam tu asyek berenti kat ayat ke 4/5 surah Al-Fatihah.. kalau sekali tu saya boleh trima.. mungkin Imam tu tak cukup napas ke hape.. tp sepanjang solat dia baca camtu.. saya ngan mak dah tepelik2 sebabnya, masa pagi sabtu tu kami gi kelas PAKSI kat bandar bharu.. kebetulan minggu tu Ustaz Rohaizat terangkan pasal syarat sah Al-Fatihah dalam solat.. ada 10 semuanya.. antaranya;

> baca secara berturut-turut.. tak leh diselangi/berenti lama melainkan kalau nak ingat semula ayat seterusnya [kot2 telupa] atau terbersin atau terbatuk..
> tak leh diam yang panjang lebih dari kadar bernafas atau penat..

memula saya assume pak Imam tu penat atau dia nak mengingat ayat seterusnya.. tapi pelik jugak sebab masa kat surah biasa tak de la pulak dia baca berenti2.. cuma kat surah Al-Fatihah je dia baca cam tu.. hmmm, agak misteri di situ.. dua hari lepas mak kol.. saya tanya mak da tanya pak Imam tu ke kenapa dia baca cam tu [sebab haritu mak kata dia nak tanya] tapi mak cakap mak nak tanya semalam.. hmm, saya tak tanya lagi kat mak dia da tanya ke blom pak Imam tu semalam err, brani ke mak nak tanya? ;p bukan apa, penting ni.. bila Al-Fatihah tak sah, maka solat pun jadi tak sah jugak sebab Al-Fatihah kan temasuk dalam Rukun Solat..


3. majuk dengan mak n kakak selama hampir 30 minit.. kes nya, kami nak ziarah anak kepada anak angkat mak n arwah abah yang masuk spital sebab sesak napas.. pastu saya dengan besungguh nak drive.. tapiiiiiiiiiiiiiii, macam biasa la kalau drive keta ngan kak n mak espesyeli.. sangat tetekan okeh.. contoh: kalau ada keta, motor, kucing, anjing, semuthitam atau pape je kat depan, mak akan secara mengejut cakap, "BEHENTI!!!!" atau "HANG BAWAK LAJU SANGAT NAK P MANA?" sedangkan time tu saya bawak gear 2 je kot.. ditambah pulak dengan kakak yang menambahkan dos2 leteran.. sob sob.. benda2 cam ni la yang membuatkan saya bawak keta dari elok trus jadi tak ketahuan.. akibatnya, sampai tengah jalan saya trus bg signal kiri, n trus behenti.. punya la jadi tak ketahuan sampai keta dok jalan lagi tapi saya da angkat handbreak.. hal ini telah menambahkan lagi ketidakpercayaan mak n kakak kepada saya untuk mendrive drift keta n mengangkutnya skali ke maktab.. waarrgghhhhhh.. choy!


lepas da tukar drebar, saya senyap sepanjang jalan.. mud terbang ke mana hala ntah.. mungkin da sampai ke dubai kot [eh, tetiba] tapi diam bukan sebarang diam.. diam-diam ubi berisi.. saya diam memikirkan pekara berikut: patut majuk ke, tak majuk.. majuk, tak majuk..... majuk, tak majuk????


punya la pker sepanjang jalan.. sampai masa gi ziarah anak angkat mak tu pun dalam kepala otak saya dok terpker2 lagi mende yang sama.. pastu sempat lagi pker pros n contras kalau saya majuk or tak majuk.. heheh.. n akhirnya saya telah memilih untuk..............

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


TAK MAJUK!!!! [eh, ye ye je nak buat suspen.. padahal da bagitau awal2 tadi.. eheh] sebab macam kesian lah kat mak nak majuk2 plak.. balik tu tetiba mak tanya kat kak, "kak, hang mau dak beli keta viva?" saya menyampuk, "nak buat apa?" [eceh, saja tanya je ;p] mak kata; "ambek la kat adek keta kancil.. hang bawak sorang2 tak pa.. jangan bawak mak.. mak takut naik ngan hang.. hehe" hmm, bape kali dah dengar mak dok ulang ayat tu.. hoho.. tak pe lah.. cheq pasrah~


k la.. mntak diri dulu.. nak siap2 g bukak puasa kat surau.. besnye makan dalam talamm.. siap suap-menyuap lagi.. rasa semakin erat ukhwah ngan adik2 n sahabat2.. kamu pn boleh try jugak d(^_^)b




p/s:


* panjang bejela entry kali ni.. da lama sangat tak post somethin.. skali post, hambek :D


* disebabkan harga lauk yang beli kat bazar Ramadhan tu mahal sangat, saya terasa macam mahu buat CONTEST TEKA HARGA LAUK je.. ada la hadiahnya.. tapi.. err, adakah yang mau join??? huhuhu

Wednesday, August 4, 2010

MACAM-MACAM ADA~

Bismillahirrahmanirrahim..


Yeah, elaun sudah masuk [da lemau kot citer ni] syukurrrrrrr Alhamdulillah.. even elaun kali ni masuk hanya untuk sebulan saja, but its better late then never kans..? cumanya diharapkan, bla da bagi elaun utk bulan julai ni, jangan la pulak sengaja nak melengah2kan baki elaun yang selebihnya yep..


banyak bende hutang nak kena setelkan ni.. semuanya memerlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$.. $$___$$ nampak tak? nampak tak?? mata pun da jadik mata duitan.. oh, bahaya guna term ni.. nnt kang orang ingat saya gila duit pulak.. saya tak gilakan duit, duit yang gilakan saya.. ahaha [dush2!] baiklah, saya cuma bercanda saja.. T__T err, mata duitan di sini bemaksud mata saya selalu dibayangi duit sebab banyak bende nak kena bayar like duit buku, duit fail yang betimbun, duit makan, duit potostet, duit barang2 harian, duit topup dan macam2 lagi.. yes, memang btol! DUIT BUKAN SEGALANYA.. TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT.. stuju?? sapa sutuju picit hidung :D





Perhatian, bukannya saya terlalu mengagungkan duit ye.. but dis is our right.. boring la bla sebut je pasal elaun tak dapat, ada la certain people yang cakap, "eh, kamu patut besyukur.. elaun ni bukannya gaji kamu.. tp ni saguhati ja.. kalau lambat masuk atau K tak mau bagi, kamu tak boleh kompelen" [samthin like dat lor] macam depa nak kata elaun ni duit ihsan la untuk kami2 ni.. hayyoh, dalam borang pejanjian kan ada cakap, kami akan dibayar elaun n sebagai balasannya kami kena bekhidmat ngan K sekurang2nya 5 tahun.. so, apa pasal kami tak boleh komplen? if i'm not mistaken, dalam mana2 pejanjian pun, bla kita da sama2 stuju dengan pejanjian yang dibuat, da ada hitam putih bagai, tp jika salah satu pihak mungkir janji, kita boleh amek tindakan, kan3? [ha, ha, tak tawuuu] untuk mengukuhkan lagi hujah, jom kita flashback balik sirah Rasulullah, ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah..


Antara salah satu kandungan dalam Perjanjian Hudaibiyah ialah gencatan senjata selama 10 tahun.. tapi, puak Musyrikin Mekah telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah apabila diorang bg bantuan senjata dan ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah [Bani Khuzaah ni dah mengikat janji setia dengan pihak Muslim] Disebabkan hal tu, dalam 20 orang Bani Khuzaah telah terkorban dan yang hidup mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu satu tmpat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani Khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela diorang.. Then, Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan:


1) Menebus wang sebagai tebusan darah diyat [ganti rugi] kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh.. atau

2) Perjanjian Setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan.. atau

3) Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi


ok, panjang lagi kisah ni sebenarnya sehingga membawa kepada Pembukaan Kota Mekah.. satu kemenangan besar juga kepada umat Islam.. tapi yang nak di highlightkan kat sini [sila rujuk ayat yang diboldkan dalam citer kat atas] apabila puak Musyrikin mencabuli Perjanjian Hudaibiyah, adakah Rasulullah berdiam diri? tidak bukan? lalu, apa yang Rasulullah lakukan? Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan.. itu tandanya Rasulullah telah mengambil tindakan terhadap pencabulan perjanjian tersebut..


jadi, kalau nak relatekan kisah di atas dengan kes elaun ni, salah ke kami kompelen n bising2? salah ke? hmm, pandai la jawab sendiri..


sama la jugak bila kami da habes study.. kalau kami tak keje slama 5 taun ngan K, kalau kami langgar kontrak, kami akan dikenakan tindakan jugak kan? kena bayar ganti rugi kan? oh, tau pulak kamu nak amek tindakan ye?


lagi satu, tu bukan duit K ye.. itu duit rakyat jelata!! kami yang bayar cukai dan sebagainya.. tambah plak skang ni kan harga barang2 diselaraskan dinaikkan penat taw kami bayar segala macam menda tp cakap yang tu duit orang lain.. bak kata pepatah, sapi punya susu, lembu dapat nama.. uh, tak patuuttt..


ah, cukuplah cerita pasal duit.. muak suda~ sekurang2nya bersyukurlah aku masih belum jadik kontang atau padang jarak padang tekukur.. cuma kering je la.. kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang nak makan sehari pun tak mampu.. at least, aku masih dapat memanjakan perut hari2.. Alhamdulillah..


eh, apesal teremo plak hari ni.. sudah, stop.. nanti kang tak pasal2 kau kena antar gi Institut Sukan Air.. baik kau tutup mulut skarang.. hihi.. PEACE NO WAR (^_^)v


****************************************


haritu pegi jj dengan beberapa orang klasmet.. diorang ada nak beli barang.. saya pun ikut je la sebab nanti nak g umah diorang terus nak buat keje sket.. masa dekat food court tu saya nampak POPULAR pastu trus tringat kat Assyahid Ustaz Fathi Yakan.. Dah lama cari buku beliau, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.. tp sampai skarang idok jumpa lagi.. sob sob.. [kalah goreng pisang panas kot buku tu] memang la boleh pinjam kat kawan.. tapi saya suka ada bku saya sendiri sbb boleh menconteng pape yang patut.. puas n syok sekali!


lepas tu, tetiba pulak tringat kat sorang hamba Allah ni.. dia ada komen kat fomspring saya lepas baca entry yang ini.. komennya berbunyi cenggini..


m. anon [jantina x dapat dikenalpasti] ~> eh, ni ke novel yg plg bes ko penah bace.. bek baca lah tahzan


1st time baca komen m. anon ni macam ada rasa sentapz la jugak.. tapi x pe.. kita cuba jawab dengan cara yg paling kool semacam ini...


cik dla ~> rasanya la tahzan tu buku motivasi.. tak termasuk dalam kategori novel.. tp x pe, bagus gak cadangan ko.. pasni ak g carik la tahzan plak.. ke ko nak bg pinjam? lalala~ :D


buat2 ramah la plak.. kan ke kata kool td.. heheh.. tp apepun thanx a lot la tu m. anon.. sebab pas dia komen cam tu, saya tercari2 gak buku La Tahzan by Dr 'Aidh B. Abdullah Al-Qarni.. n masa kat popular aritu saya nampak buku La Tahzan yang saiznya saiz mini tp sgt tebal n sangat chomel jugak.. ape lagi, sambar trus loh.. n btol cakap m. anon, La Tahzan memang ada umpphh! thanx m. anon 4 ur suggestion!!evenkotelahmensetapkanhatiku



nampak tak ketebalan buku tu? huhu.. harap2 dapat la saya khatam dengan segera.. n boleh kongsi apa yang saya baca dengan kamu semua.. insya Allahh.. hoyehh \(^.^)/


sebelum kluar, carik satu novel.. heheh.. saya carik novel Hlovate.. saya slalu dengar orang cakap crita2 hlovate bagus! jadi saya trus pasang sesungut mencari novel beliau bertajuk Versus..


tenenet.....................tenenet.................tenenet.................


yeah, akhirnya jumpa!!! Alhamdulillah..


ok, sampai situ saja.


emm, ada apa lagi nak cakap eh? oh ya, ESOK DAH SATU RAMADHAN!!!! ya Allah.. bahagianyaaaaaa.. tem ni la suasana yang susah nak nampak kat bulan2 lain tapi ada dalam bulan Ramadhan like betadarus, bukak posa ramai2 [iftar jam'ie], TARAWIKH n yang paling spesyel adalah LAILATULQADAR.. hanya orang yg beruntung n terpilih sahaja akan dapat malam lailatulqadar.. smoga kita antara golongan yang terpilih n beruntung tu.. insya Allah..


So, dikesempatan ni saya nak mengucapkan,


SALAM RAMADHAN

kepada semua Muslimin dan Muslimat

n teristimewa kepada bakal saudara se-Islam kita, Insya Allah

Miss S

[doakan semoga Allah memberinya hidayah, ameen]

Dia pun nak cuba2 puasa gak esok, Alhamdulillah

Gud, gud d(^_^)b




Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya. maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa, dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)



p/s: bak kata syeikh muallim, "Jadilah hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan" hmm, setuju! fikir2kan~~
Related Posts with Thumbnails