Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Wednesday, June 1, 2011

FEEL PROUD TO COVER AURAT :)

Bismillahirrahmanirrahim..


apekabar sahabatsahabat? apekabar iman? :)


hm, lama sungguh ye saya tak post entrY, apetah lagi entrIES.. slalu taiptaiptaip, tinggal.. taiptaiptaip, tinggal.. dushdushdush! kat diri sendiri.. hopefully arini dapat gak siapkan satu entry.. da lama tak jadikan menulis sebagai satu ibadah, apetah lagi dakwah.. rugirugirugi! http://www.emocutez.com


hmm, banyak mende nak story mory nih.. sampai tak tau nak mula dari mana.. tak pe lah, i go through one by one ye.. untuk harini saya nak becakap pasal AURAT dulu lah sebab saya baru terbaca satu citer menarik semalam.. heheh.. citerciter yang lain saya peram dulu biar jadi pekasam.. lagi masam lagi mengancam.. erk, betol kah? tehee~ ;p



boleh nampak perbezaan antara yang tertutup dengan yang terbukak??? :)


alkisah, petang nan indah semalam, saya dok belekbelek rak buku.. pastu tenampak majalah ANIS bilangan 161.. macam tak penah baca lagi je.. cover depan ada gambar Farah Diana.. em, orang mungkin lebih kenal beliau dengan nama Farah AF2.. tapi saya prefer panggil beliau Farah Rasa Halal Orient.. kedengaran lebih enak kan? dan nampak lebih cocok dengan penampilan tebaru beliau macam kat bawah ni..



sangat sweeeettt kan??? mudah2an istiqamah, insya Allah~ :))))

sumber: prof gugel


Alhamdulillah, Astro Oasis khususnya program Rasa Halal Orient ntra salah satu faktor yang mendekatkan farah untuk bertudung.. Based on artikel yang saya baca tu, Farah mula terdetik untuk ubah imej masa melawat Pusat Islam Kemboja untuk program yang sama.. Masa penggambaran tu, farah bejumpa dengan satu keluarga Muslim yang sangat dhaif.. Waktu sesi temu bual, farah betanya kat puan isteri, kenapa dia tak tolong encek suami bekerja untuk tampung perbelanjaan rumah?


nak tawu apa kata puan isteri???? pls say, "NAK! NAK! NAK!" like dis ---> http://www.emocutez.comhaha, sungguh comel sekali ;)



err, melalut sudah~


sahabatsahabat yang dikasihi Allah,


kata puan isteri tu kat farah, "SAYA TIDAK MEMPUNYAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT UNTUK KELUAR BEKERJA"


Masya Allah, Masya Allah~ bukan hati farah saja yang tersentuh, hati saya yang baca ni pun turut cair.. http://www.emocutez.com



lantas saya tefikir, betapa hebatnya puan isteri takdi, dalam kedaifan dia sekeluarga, tapi SYARIAT ISLAM dan HUKUM HAKAM Allah tetap diletakkan di tempat tertinggi.. dan keberkatan pada rezeki itu diutama.. sikit pun dia tidak terumpan dengan cinta dunia


"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang siasia dan hiburan yang melalaikan.. dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orangorang bertaqwa"
[Ali-Imran: 32]

teringat beberapa taun yang lepas, ada timbul satu isu d mn sorang ustazah ni [sape makan pekasam, dia la yang terasa masamnya] keluarkan kenyataan:

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

[Sumber: Harian Metro 19 Jun 2005]

Saya bukan lah nak mempelecehkan ustazah ni.. saya yakin, ilmu agama dia jauhhhh lebih tinggi dari ilmu yang saya ada.. cuma, berhatihatilah dalam memberi pandangan supaya tidak mengelirukan ummah.. takuttakut orang lain yang kurang faqih dalam babbab hukum salah faham dan guna pakai hujah dia untuk kepentingan diri dan meringanringankan hukum Allah.. benar, 'Islam itu mudah, TAPI JANGAN amek mudah!'


bukankah Allah itu Maha Pemurah? Bumi Allah ni luas.. Insya Allah, rezeki HALAL ada di manamana.. kalau tak mampu hidup mewah, biar lah harta yang ada cukupcukup makan, asalkan ada KEBERKATAN TUHAN..


Kesimpulan, once again saya kagum dengan jawapan yang puan isteri berikan.. LIKE bergandaganda! http://www.emocutez.com



eh, kesimpulan tak semestinya da tamat kan? blom habes entry nih.. ada lagi yang saya nak story.. continue reading ya? ;)


bebalik kepada jawapan yang puan isteri bagi takdi buatkan saya terfikir lagi.. dalam keadaan puan isteri dan keluarganya yang dhaif tu pn, dia masih menitikberatkan hal aurat, bagaimana pulak kita yang Allah berikan nikmat rezeki yang luas.. mampu nak beli kain cukup tuk cover aurat.. adakah kita taat pada suruhan Dia? atau kita ingkar?


ada ntara kita yang pakai baju tak macam tak cukup kain.. kalau cukup kain pun, tapi transparent, n so on.. frankly speaking, ramai kita skang ni yang tutup aurat tapi tak cukup syarat n ada jugak yang memang amek ringan trus bab aurat.. kononkonon tutup aurat tak up-to-date lah..








n so on



ni lagi la tatau nak kata pa


walhal, dalam Al-Quran Allah da xplain terang lagi besuluh pasal panduan tutup aurat..

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[An-Nur: 31]



sahabatsahabat, entry ni bukan lah betujuan untuk aib kan sapesape.. peringatan dan nasihat ini pun bukan lah untuk sahabatsahabat saja, tapi untuk diri saya jugak terutamanya.. jari yang menaip tanggungjawabnya lebih besar daripada mata yang membaca..


samasama la kita amek ibrah [pengajaran] dari apa yang dikatakan oleh puan isteri takdi.. TAAT lah perintah Allah sebagai tanda kita BERSYUKUR dengan segala nikmat yang Allah bagi..


Sayidatina Aisyah, isteri kesayangan Rasulullah pernah bertanya kepada Baginda: “Kenapa engkau solat sampai bengkakbengkak kaki, ya Rasulullah? Sedangkan Allah mengampuni dosadosamu yang lalu dan yang kemudian.” Lalu Baginda menjawab: “Tidakkah layak aku menjadi seorang HAMBA yang mengenang budi (BERSYUKUR)?”


malulah kita pada Rasulullah.. Teringat satu katakata dari orang yang sangat saya kasih:

"Kita pergi ke kedai, minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar, nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi. Apakata pula jika kita sebagai manusia duduk di dunia, bernyawa dengan udara Tuhan, melihat dengan mata yang Allah SWT bagi, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang diberikan Allah, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT?"
[Tuan Guru Nik Abdul Aziz]

Renungrenungkan dan selamat beramal!


Wallahua'lam :)


AURAT KITA MARUAH KITA.. FEEL PROUD TO COVER AURAT!

http://www.emocutez.com




psssttt: Alhamdulillah, bejaya gak siapkan entry nih (^_~)

Sunday, March 27, 2011

KUCH KUCH HOTA HAI

Bismillahirrahmanirrahim...


Hmm, hari ni becadang nak cakap pasal C.I.N.T.A lah.. or dalam bahasa hindinya mohabbat, pyar, isyq n ape lagi ntah sinonimnya [pss.. dulu saya minat sungguh tengok citer industan.. tapi DULU la.. tehee] angin ape ntah yang masuk dalam badan tetiba nak cakap soal cinta.. angin kuskus kot.. rasanya sebelum ni jarang saya becakap soal cinta 'adam & hawa' dalam blog.. err, ekceli, sangat jarang.... atau, mungkin jugak tak penah.. sebab? MALU n rasa macam TAK PERLU lah.. lagipun tu sumer kisah silam.. biarkan ia terus kelam.. Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih terhadap hambahambaNya.. Dia da tarik saya dari terus lemas dalam lumpur.. smoga saya tak pilih tuk berenang dalam lumpur lagi.. tapi saya nak berenang dalam lautan cinta, kasih dan redha-Nya, insya Allah.. Saya jugak kepingin untuk membina Baitul Muslim, insya Allah.. smoga trus istiqamah dan thabat Cik Dla!!! http://www.emocutez.com



hm, rasa ingin mencintai dan dicintai itu fitrah, bukan? setelah Allah kluarkan saya dari lumpur, tak dinafikan 'rasa' itu masih ada.. tapi Alhamdulillah, skarang suda lebih bijak mengawal 'rasa' itu, insya Allah :) kamu juga mesti cuba kawal selagi belum ada hubungan yang halal.. ustaz Azhar Idrus ada kata dalam ceramahnya: "nak kawal NAFSU bukan dengan NAFSU, tapi dengan AGAMA iaitu lah nikah.. kalau tak mampu bernikah, maka berpuasalah!"


macam mana cara saya mengkawal 'rasa' itu??? em, ada banyak cara.. mungkin tak dapat saya nak kongsi semua kat cni.. yang saya nak share harini 2 cara je.. mana baik, kamu amek n cuba lah praktikkan, tp kalau rasa cara ni tak berapa nak kena, tinggalkan n tegur lah saya deh~ :)


CARA 1

kalau ada timbul rasa pelik2 dalam ati, saya akan mentengok video ni..




sukka katakata dalam video nih + suara latar n background musik dia yang 'kena'.. setiap kali dengar mesti ada rasa 'zuppp' dalam hati.. n kadang2 tetiba boleh hujan tanpa amaran http://www.emocutez.com




satu lagi video yang boleh mengubat penyakit hati saya, nin dia:




bila dengar ni rasa macam..... Allah~ indahnya cinta lepas kawen macam yang ditunjukkan oleh Rasulullah dengan istri baginda.. so sweeeett.. bak kata ust Fatimah Syarha dalam video ni, "Ikut cara Islam, penuh keindahan" :) kalau nk lagi tekesan, beli buku ust tajuk Siapakah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.. insya Allah lepas baca kamu akan rasa 'kuch kuch hota hai' dalam hati.. mungkin ada yang lepas baca trus tekad, SAY NO TO KAPEL! (^____^)



CARA 2

Haritu ada terbaca satu artikel dalam fesbuk kawan saya masa skola menengah dulu.. sukka sangat dengan artikel tu sebab sedikit sebanyak ia berkait dengan diri saya skarang.. weehuu~ ;) mesej dalam artikel tu pun sangat menyejuk dan melapangkan hati saya.. skali skala bila 'rasa' tu hadir, saya akan ingat pesanan dalam artikel tuh.. nak tawu?? nah, baca ni! ^_^



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari halhal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

sahabat...
dalam diammu akan tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan..
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..
kerana..
jika dia memang bukan milikmu,
dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu..
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...


Indahkan setiap bait kata dalam artikel nih? n bila baca trus 'zappp' dalam hati [td zupp, ni zapp pulaaak ;p] suka, suka.. credit to the writer d(^_^)b


hm, ok lah.. cukup lah dua cara ni dulu.. utk diri saya, dua cara ni ntara yang peling bekesan nak kawal hati dr rasa ingin mencintai dan dicintai sebelum masanya.. apepun, pekara penting yang mesti diselitkan adalah TEKAD dan KESUNGGUHAN! kalau tak sungguhsungguh, shari dua je lah ok, pastu jiwang karat balik.. macam saya doludolu.. huhu.. haih, tak nak dah, tak nak daaahhhhhhhh~~~! pegi jauhjauh perangai busuk itu..!!! http://www.emocutez.com



penutup bicara, terimalah Ayatayat Cinta dari Pencipta Cinta kepada Kita:


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


DARE TO CHANGE! \\(^o^)//



p/s: ada sapasapa nak kongsi how to reduce or hilangkan trus rasa nak ada gefren-boifren? dialualu tinggalkan jejak d cni yep.. tq in advance ;)

Sunday, March 13, 2011

ORANG LUMPUH YANG MEMBANGUNKAN DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim..


hm, lama sungguh tidak mengupdate blog [ayat sterotaip setiap kali nk post entry.. nampak nau ko jarang ngupdate blog] saya suka membaca blog orang, tapi blog sendiri malas nak update.. heh, sungguh tak patut membiarkan blog sepi tanpa isi.. padahal ini boleh jadi saham saya d 'sana' nanti.. nak becakap tak pandai, jadi kena la memaksimumkan kemahiran lain untuk memuslehkan [memperbaiki] orang lain dan diri sendiri.. dah tau tapi dok malasmalas lagi eh.. biasa di tu! http://www.emocutez.com



lihat saja pada ulama' terdahulu seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan seumpamanya yang banyak meriwayatkan hadith shahih yang kita yakini sekarang.. begitu jugak dengan ulama' kontemporari seperti Sayyid Qutb, Dr. Fathi Yakan dan sebaris dengan mereka, yang mana hasil penulisan mereka banyak memberi kesedaran dan manfaat kepada ummah.. selagi mana penulisanpenulisan mereka digunapakai pada jalan dakwah, maka pahala bagi mereka terus mengalir meskipun jasad mereka telah tiada.. rugi btol kalau kita tak ikut jejak mereka.. dakwah bil tadwin [dakwah melalui tulisan]


"ngerti itu cik dla? jangan malasmalas lagi ngupdate blog, hokeh??" nasihat cik dla kepada dirinya..


baik, harini tak bercadang nak cerita pengalaman berpbs atau ceritacerita yang dah berlaku pada diri sejak dua menjak ni.. tapi saya nak berkongsi kata-kata daripada seorang yang amat saya kagumi.. si dia seorang yang cacat anggota, berkerusi roda, dan sudah tua.. tapi hatinya tegar, jiwanya besar!


"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"


Hayati setiap bait katakata Syeikh Ahmad Yasin sebelum beliau menemui syahid pada 22 Mac 2004


*********************************************************


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh).

Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku.



Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku.

Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?

Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?

Adakah HATI KALIAN TIDAK BERGELORA melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?

Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas?

Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan?

Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, partipartinya, badanbadannya dan tokohtokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramairamai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudarasaudara kami yang sedang dipatahpatahkan, kasihanilah saudarasaudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambahambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan BERDOA untuk kami?

Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri dari musuh) dan akan mati bersamasama kami, anakanak kami, wanitawanita, orangorang tua dan pemudapemuda.



Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat UMAT YANG DIAM DALAM KEBODOHAN!

Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, MARILAH BERSAMASAMA KAMI sedaya mungkin.

Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.

Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.

Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya JANGAN MENJADI MUSUH YANG MENAMBAH PENDERITAAN KAMI.

Demi Allah, JANGAN MENJADI MUSUH KEPADA KAMI WAHAI PEMIMPINPEMIMPIN UMAT ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU…

Kami mengadu kepadaMu LEMAHNYA KAMI dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia.

Engkaulah Tuhan kepada orangorang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami.

Kepada siapa Engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darahdarah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanakkanak yang diyatimkan, wanitawanita yang di jandakan, ibuibu yang kehilangan anak, rumahrumah yang diruntuhkan, tanamantanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, BERSELERAKNYA UMAT KAMI, berpecahnya perpaduan kami, BERBAGAIBAGAINYA JALAN KAMI, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami”


**********************************************************



Sabda Rasulullah S.A.W:
“Maka jika Aku mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku adalah tangannnya yang dia gunakan untuk memukul, dan Aku adalah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan.” (HR. Bukhari)


Allahuakbar!







".... meskipun mereka membunuh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan untuk mereka 100 orang Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yang terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."



Allah, melihat pengorbanan Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sndri.. belom layak dan jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama.. masih banyak lagi tugas yang perlu saya dan kamukamu lakukan.. mari kita usahakn bersamasama untuk memperbaiki diri dan mengajak sahabat yang lain ke jalan ni.. Smoga Allah menguatkn hatihati kita untuk memperjuangkan dan menegakkn Islam sehingga hela nafas yang terakhir.. dan jangan lah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yang tecicir.. ameen~



p/s: Bilakah lagi, kita semua satu hati.. Bilakah lagi, keamanan kan dikecapi, Bilakah lagi, Islam kan dijulang tinggi, Bangunlah wahai ummah, kita satu hati!

Saturday, January 29, 2011

MAKAN DULU KAH? ATAU SOLAT DULU KAH?

Bismillahirrahmanirrahim..


fuh, fuhhhh.. lama sungguh saya menghilang.. tapi bukan dicolek orang sape larat nak colek ko oit tapi saya sendiri yang menghilangkan diri.. Frankly speaking:


Tanggungjawab melebihi masa yang ada
-Imam Hassan AlBanna-


Hm, harini bukan nak cerita pasal kehilangan saya macam ada orang kesah kau hilang, wekk ;p tapi sekadar nak bekongsi ilmu yang saya dapat masa pegi kelas PAKSI (Pusat Khidmat Sosial Islam) pagi semalam.. minggu ni turn kelas Ustaz Salmi..


n minggu ni da masuk hadith ke-42 dalam kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah.. pejam celik pejam celik da smpai hadith 42.. saya da telepas banyak kelas hadith sebab jarang2 balik.. huuu, sob3.. tapi takpe, tak perlu dikesalkan.. saya tak balik pun bukannya sebab bersenang-lenang di maktab.. tapi ada pekara yang lebih penting untuk di aulakan.. soo, NO REGRETS! ^_^


ok, back to the track


hadith ke-42: Makanan Dihidangkan Waktu Akan Didirikan Sembahyang


hmmm, jadi mana perlu d dahulukan?


Makan dulu kah?


ATAU


solat dulu kah?



Daripada A'aisyah dari Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila dihidangkan makan malam sedang sembahyang akan didirikan, maka mulailah kamu dengan makanan"
(riwayat Bukhari)


Berdasarkan hadith ini, ustaz Salmi telah menghuraikan beberapa perkara.. antara perkara penting yang sempat saya catat [tapi olah ayat sndri] adalah:


1. Jumhur ulama' kata, suruhan makan [tak semestinya makan malam saja] dulu adalah SUNAT, in case waktu solat masih ada dan keinginan nak makan sangat kuat sampai tahap kecur air liur bila teringat makanan dan dalam masa yang sama perut pulak dok main lagu2 rock.. jadi, sunat lah makan dulu.


2. bagi kes yang sama [rujuk point no. 1], adalah MAKRUH kalau solat dulu ketika makanan tengah terhidang sebab dikhuatiri makanan itu mengacau perasaan khusyu'.. itu lah main point nya: khusyu'

penah tak kamu lalui situasi yang lebih kurang macam ini: balik kelas pukul 1.3o petang.. perut da bekeroncong.. tapi waktu zohor pun da masuk.. jadi, mana satu nak didahulukan? hak diri atau hak Allah? kalau ikut hadith ni, kita kena tunaikan hak diri dulu.. bukan bemaksud kita ketepikan hak Allah.. tak, tak.. cuma, kalau kita nak tunaikan hak Allah, mesti lah dalam keadaan besungguh-sungguh.. kalau ada halangan masa kita nak tunaikan hak Allah tu, hendaklah kita setelkan halangan2 tu dulu.. maknanya, kalau lah perasaan lapar yang teramat tu boleh mengganggu kekhusyu'kan kita n solat pun boleh jadi halai balai, maka makan lah dulu, kemudian baru lah solat


hmm, faham? atau pening? heheh.. sori, saya mmg lemah bab2 nak mereka ayat gramatis ni.. satu masa dulu saya sangat suka mentulis cerpen n kawan2 pun puji bakat saya tu.. tapi skarang ni tak tau lah kenapa.. tulis ayat pun jadi bebelit2.. ke saya je yang rasa macam tu? eh, melalut plak.. abaikan, heh~


sambung balik pasal tadi.. halangan2 yang saya maksudkan kat atas tu tak semestinya bab makan minum saje.. tapi, boleh jadi dalam banyak bentuk..


contoh a: kamu bru nak solat, atau tengah solat.. tapi tibe2 kamu rasa nk buang 'big water' sangat2.. jangan la kamu kalut2 prabih kan solat kamu.. tapi hendak lah kamu benti n pegi buang 'big water' tu dulu, then amek wudhu' n solat smula.. sebabnya, kompem2 la masa kamu dok tetahan tu kamu tak khusyu' kan?


contoh b: kamu baru balik dari kuliah atau kerja.. mata terasa sangat berat sampai tak leh nak bukak macam kena gam gajah tapi dalam masa yang sama da masuk waktu.. solusinya, ambillah masa sekejap untuk tidur sekadarnya saja http://www.emocutez.com supaya rasa mengantuk itu hilang atau kurang dan tidak mengganggu kamu untuk khusyu' di dalam solat..


contoh c: kamu dengar azan.. n masa tu kamu baru nak jalan ke surau.. apa yang biasanya kamu buat? jalan laju2 nak kejar rakaat pertama kah? ikut kata ustaz salmi, kalau berada dalam situasi macam ni atau seumpamanya, tak payah jalan tegopoh-gapah ke surau.. bejalan lah dengan tenang.. tapi bukang melenggang! lenggang kangkung harus pandai bezakan antara tenang dan melenggang, hokeh? kenapa jangan tegopoh-gapah? sebabnya dikhuatiri kamu termengah-mengah http://www.emocutez.com, nnt boleh mengganggu kekhusyu'kan kamu semasa solat..


eh, tahukah kamu fadhilat khusyu' itu melebihi fadhilat solat di awal waktu, mahupun fadhilat takbiratul ihram bersama imam? sebab itu lah huraian dari hadith ni minta kita untuk tunaikan dulu hak diri, kemudian baru lah tunaikan solat dengan penuh khusyu'..


kenapa di stresskan sangat khusyu' ni? sebabnya, jumhur ulama' mengatakan hukum khusyu' adalah WAJIB berdasarkan banyak dalil.. antaranya:


"Peliharalah segala solat mu, dan peliharalah solat wusta. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyu"
(al-Baqarah: 238)


ok, habes point no 2.. masuk point no 3 plak


3. Khusyu' berlaku hasil kombinasi antara hati dan anggota badan yang lain..


Said bin Musayyib berkata :
لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه
"Jika khusyu' hati ini, maka khusyu' anggotanya"


4. Ibnu Qayyim berkata, ada 2 jenis khusyu' iaitu khusyu' iman dan khusyu' munafik..

khusyu' iman: hatinya menghadap Allah dengan penghormatan, pengagungan, ketenangan, penuh harapan dan rasa malu, lalu hatinya penuh dengan cinta dan pengakuan kepada Allah yang memberi kesan ke seluruh anggota badannya


khusyu' munafik: anggota badannya khusyuk tetapi hatinya tidak.


[Macam slalu je mengalami khusyu' munafik ni.. wawaaaa~ http://www.emocutez.com Kamu pulak bagaimana? Ya Allah, jauhilah kami dari khusyu' munafik T_T]



COP3! ada satu point lagi tetinggal..


5. ini bagi situasi yang lain pulak.. jumhur (majoriti) ulama' menegaskan, kalau waktu solat da nak habes, n kalau kita makan dulu menyebabkan masuk waktu solat yang berikutnya, jadi JANGAN lah makan dulu.. hendaklah kamu solat dulu baru makan.. dalam kes ni, hanya sebilangan kecil ulama' saja yang kata boleh makan dulu, kemudian qadha' solat yang tertinggal td.. tapi, lebih baik lah kalau kita amek pendapat jumhur ulama ya.. lebih yakin tuk di amalkan.. kesimpulannya, untuk kes yang macam ni, solat dulu baru makan, ok?


-The End-


hm, macam mana? jelas? atau ada yang tak jelas? kalau ada yang kamu2 tak jelas, boleh tanya ya.. kalau tak tanya kat saya pun tak pe, boleh tanya kepada mereka2 yang lebih faqih @ arif dalam bab ni.. saya hanya menyampaikan n bekongsi sedikit ilmu yang saya dapat masa dalam kelas semalam.. pesan Rasulullah, "sampaikan lah walaupun satu ayat" :) wallahua'lam


al-Faqir Ilallah

Wednesday, December 22, 2010

SAYA SAYANG MEREKA SECARA BANYAK

Bismillahirrahmanirrahim..


malam ni da masuk 6 januari.. scara tiba2 rasa sebak d hati.. tringat kt my kazen aka ayong n of kos anak2nya.. tak dilupakan geng2 kat Uwaisy Optometrist.. rindu sangat! bbrp hari b4 balik maktab, ayong ajak kluar makan malam dengan 2 orang staff dia, kak as n kak timah [erk, gelis taw panggil hang KAK timah.. haha] saya sungguh truja sebab kalau da balik maktab nnt jarang-jarang boleh balik rumah n jumpa mereka.. so, peluang yang ada ni lah perlu dimanfaatkan sebaiknya


saya suka 'lepak2' dengan mereka sambil mengutip ilmu n meluahkan prasaan.. kalau singgah d Uways Optometrist [salah satu cawangan Rozaimi Optometrist kat Parit Buntar.. lai3 :D ], tak sah kalau tak duduk lebih dari sejam.. kata je, "nak singgah sat ja ni" ye lah tu.. saaattttt la sangat kans sampai berejam kau betapa kat sana.. heheh..


ini lady boss: puan sitisifir10


kedai dia je teletak kat parit buntar.. tp tuan punya kedai teletak menetap kat klate.. tem cuti2 jah dia kelik sni besama anakanda2nya.. uh, mis them a lot! sampai temimpi2 hokeh.. ayong is one of my close kazen.. macam mn eh boleh rapat ngan dia? tak prasan plak.. masa zaman skolah dulu tak da la rapat sangat.. emm, ekseli tak rapat lansung kot.. rasa segan2 je ngan dia.. ntah nape ntah.. maybe sbb dia tua banyak kot dari saya.. kehkeh.. [ayong, trima la hakikat ;p] tapi since saya mengasuh anak2 dia pas habes matrix tu, trus jadi banyak cakap ngan dia.. kami banyak share citer n masalah.. skang ni tak dan nak citer pun dia dah boleh bau kalau2 ada crita panasss yang da kaitan ngan saya [panasss la sangat =p] n da most important thing is, kami sama fikrah.. sangat sukka! Alhamdulillah~ ^_^


ni anakanda2 beliau or chenta hati saya:


comels kan??? the apples of my eyes :)


siyes, rindu banget nih nak peluk cium mereka.. ntah bila pulak boleh jumpak.. hukhuk.. mintak tisu, mintak tisu http://www.emocutez.com


lebih menghibakan bila mentengok pic ini..




asmaa' da dajah 1!!! macam mana saya boleh telupa.. terasa asmaa' masih d bawah umur 7 taun.. rasa macam baru semalam saya dukung n peluk cium dia.. arwa pun da g 'tolah'.. ya Allah, bagaimanakah waktu berterbangan? nnt kalau sumer da besar2, sape lagi mau panjat2 maksu? merengek2 mau naik conggek cakdong maksu? bemanja dengan maksu? kadang2 saya beharap mereka tak membesar supaya saya dapat bemanja n memanjakan mereka.. tapi saya tau itu mustahil, sobs! apepun, maksu doakan smoga kalian membesar sebagai anak yang soleh n bermanfaat untuk agama dan negara.. n last but not least, dont 4get me plis.. hukhuk T_______________T


dan ini pula sahabat saya, cik timah


staff paling setia: cik tmah


salah sorang staff kt Uwaisy Optometrist.. saya kenal dia since hari petama dia keja kat situ.. sangat bes kawan ngan cik tmah ni.. orang nya baik even kuat majuk.. eh, tak kuat sangat la sebab dengan saya jarang2 jugak dia majuk.. tapi skali dia majukkkk, uh bleh tahan jugak nak pujuk.. heheh.. saya suka share problems ngan dia.. cik tmah sorang pendengar yang setia.. crita je lah apa pun, dia mesti semangat je nak dengar.. n the best part is, dia sorang penyimpan rahsia yang terbaekkkkk dari ladang saya tak rsau citer apa2 masalah or hal pribadi kat dia sbb memang dia tak kan pecah lobang punya la.. kan timah kan??? ^__^ da dekat 2 taun saya kenal dia.. tak la begitu lama.. tapi ukhwah yang terbina ni sangat spesyel di hati saya.. i luv u so much tmah.. aku taw, hang pun sayang aku gak kan??? hehe http://www.emocutez.com



n sorang lagi yang saya sayang adalah kak as!


muslimat kecil: cik as


saya juga sayang dia secara banyak.. saya kenal dengan kak as ada la dalam setaun lebih sikit kot since dia keja dengan ayong.. tapi Alhamd, kemanisan ukhwah tu sangat terasa.. kak as ni jenis yang sangat peramah + banyak ilmu di dada.. kalau sembang ngan dia, memang besemangat waja.. plus kak as ni pn sama fikrah jugak dengan saya.. ya Allah, sronoknya! kalau ada pape program kat area2 pb, dia slalu ajak saya join.. nampak je dia kecik, tapi hati n semangat dia sangat besar beb! tapi sedey banget sebab dia mungkin da tak lama stay kat mesia ni.. hukhuk.. lepas ni kalau dia dah tak da, saya kena banyak bedikari.. kena pandai bawak diri.. kena truskan bejuang tanpa dia di sisi.. siyes sangat takut bila pkerkan pasal tu.. takut diri ni lemah bila balik rumah.. bukan tak da sahabat2 lain yang sefikrah.. tapi masing2 ada tanggungjawab masing2 d kampus dan sebagainya.. saya takut cuti saya tak terisi dengan program2 yg bemanfaat untuk diri sendiri n umat.. kak as, kami hepy sebab kak as pn hepy.. tapi tak leh nak tipu, ada jugak rasa sedih kalau kak as pegi.. kak as, transferkn semangat n kkuatan kak as tu kat kami sket, pliss? hukhuk http://www.emocutez.com



lagu ni khas saya tujukan untuk ayong, tmah n kak as.. trima kasih sudi hadir n jadi penyeri dalam hdup saya.. smoga ukhwah kita kekal abadan abada:






ukhwah fillah ila jannah, insya Allah: cik dla, cik as n cik tmah



Sabda Rasulullah SAW:
"Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun kamu membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk."
[HR Bukhari & Muslim]


Monday, December 13, 2010

MY VERY FIRST TRIAL: POPIA NESTUM! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama Allah, apa kabar hati? Masihkah ia seperti embun? Menunduk tawadhu’ di pucuk2 daun? Masihkah ia seperti karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian? Apa khabar iman? Masihkah ia seperti bintang, terang benderang menerangi kehidupan? Apa kabar sahabat2? Di mana pun kamu2 berada, smoga Allah sntiasa menjaga hatimu serta memberi kesihatan kepadamu hari ini dan untuk selamanya, agar dapat terus menyumbang untuk Islam selagi masih diberi nikmat nyawa :)


macam biasa.. mud nak update blog baru menjelma.. heheh.. jadi, harap layankan saja kisah yang nak dipaparkan ni even da belalu hampir seminggu lebih.. rasanya tak bekulat lagi kot.. masih rangup lagi ni.. krup krup krup.. eh, kenapa bunyi krup, krup, krup?? oh ya, sila rujuk tajuk ye ^_____^


yes, cubaan kali pertama buat popia nestum berhasillll!!! Alhamdulillah~~ jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna nama ku cik dla uh, da lama segmen dapur cik dla sunyi sepi.. kali ni trisi kembali.. hoyeh.. jadi, mari kita sama2 kongsi resipi yok! http://www.emocutez.com


abaikan kehitaman papan pemotong ku itew.. bak kata pepatah: hitam2 si tompok manggis, semakin hitam semakin manis.. err, apa kaitankah?



bahan-bahan:

sepeket kulit popia
[make sure ada tanda halal JAKIM]

2 cawan horlick

1 cawan nestum
[yg ori punya]

1 cawan gula ising
[rupa dia macam tepung.. hampir2 terbeli gula halus yang amat2 halus tapi bukan dalam bentuk serbuk.. so, jangan tesilap langkah ye.. huh?]

minyak banyak untuk menggoreng

tepung jagung as glue



alat-alatan:

papan pemotong

pisau potong daging tuk potong kulit popia
[eh, saya tukar guna gunting.. much easier for me]

chopstick tuk gulung popia
[boleh gak guna strow atau apa2 yg bebentuk rod]

talam
[nak letak popia yang da digulung2]

eh, jenuh nak bagitau satu2.. suka hati kamu la nak guna alat papepun yang berkaitan.. huhu



cara-cara:

potong kulit popia jadik segi empat camni





pastu, gulung kulit popia guna chopstick camni..





att!: gulung kulit popia kat hujung2 chopstick supaya senang nak tarik kluar.. tapi sapa yang penyabar, sila lah gulung kat tengah2 chopstick tu.. err, rasanya tak sempat nak masuk kulit popia yang ketiga kamu dah betukar ijau.. saya becakap bedasarkan pengalaman.. tak caya, cubalah! :D


one more thin, kalau nk bagi lekat hujung kulit popia tu, sapu la sikit bancuhan tepung jagung dengan air.. agak2 melekat tu, ok la.. kalau rasa tak yakin dengan kehebatan tepung jagung, boleh jugak guna gam uhu atau gam gajah.. tapi sebarang kesan sampingan, errr, jangan cari saya.. pilihan di tangan anda! http://www.emocutez.com


eh, bila da banyak2 rasa boring la plak dok menggulung.. da lenguh2 pinggang.. kalau nak gulung2 sampai abes semua kulit popia, tak masak tengah hari le jawabnya! tukar teknik, tukar teknik!


ting! idea mari~ dari sebesar2 kulit popia tu, tak yah potong jadi segi empat kecik pun tak pe.. trus gulung, then baru gunting pendek2.. bijak kan? bluerkkkkkkkkkk cuma yang hujung2 tu agak tak brapa kemas la sebab nipis dan asyek tebukak je.. yang kat tengah tu terbaekkk.. tebal dan padat.


da gulung2 gitu pun rasa boring jugak.. jadi, mari kita buat corak yang lain la plak.. baru kelihatan comel dengan beraneka bentuk, kan? boring gulung, kita buat tiga segi.. boring tiga segi, kita buat empat segi.. keh keh.. macam ini




yang dalam ni baru ada 3 jenis bentuk.. actually ada bntuk lain lagi macam bintang n abstrak.. haha.. abstrak paling senang.. koyak2 je kulit popia tu suka hati saya n kamu, n siap! kadang2 suka hati itu seni ;p


eh, dari tadi citer pasal kulit popia.. boring suda~ tukar cerita! kulit popia, sila duduk diam2! kita nak citer pasal horlick, nestum n gula ising pulak


ok, untuk ketiga2 bahan di atas, kita combine semua skali guna nisbah 2 : 1 : 1 = horlick : nestum : gula ising


make sure nestum tu kisar dulu sampai hancur.. da combine, gaul sampai sebati.. sebaik2nya tapis dulu gula ising sbb ada ketul2 yang tak hancur..




da siap gaul, goreng lak popia.. suka hati kamu lah nak goreng sampai kaler dia putih, kuning, coklat atau hitam2 si tompok manggis [hey, brapa kali nak ulang pribahasa tu?] tapi saya suka goreng sampai warna putih atau kuning2 cam tu je..


da goreng, boleh gaul dengan serbuk2 tadi.. maka, jadilah POPIA NESTUM! boleh dihidangkan kepada orang yang tersayang disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan lemau or masuk angin..


TARAAAA




kasi close up sket..


boleh dimakan wherever n whenever :) [kecuali kamu puasa.. ok, tak yah bagitau pun tak pe.. heh]


senang bukan???? yep, senang banget tapi ape pasal explanation nye jadi panjang benor? keh keh


baiklah, gtg now.. slamat mencuba! rugi tak cuba.. sedap hingga menjilat jari :) [sila la cuba.. kalau kamu cuba saya dapat pahala.. masak memasak pun ilmu jugak kan? ;)]




notakakigajah: ada sesapa nak tempah ke? sangat dialu-alukan.. harga yang ditawarkan bebaloi2! menerima tempahan pada bila-bila masa http://www.emocutez.com
Related Posts with Thumbnails