Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Saturday, October 30, 2010

YEYYE, MAK DATANG!

Bismillahirrahmanirrahim...


http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com


amboi2.. seronok semacam dia harini, kenapakah? hehe.. mesti la seronok kans sebab my beloved mak datang tadi.. huwaaa~ sangat lama kot tak jumpa mak.. since hari raya haritu.. kalau teror cuba la kira sendiri dari tarikh cuti raya aidilfitri sampai ke hari ni, dah berapa harikah saya tak jumpa mak? tak pe lah, saya tolong kirakan [mud baek] lebih sebulan kot [sila jangan bandingkan dengan orang yg di perantauan.. its not da same situation k] memang boleh catat dalam kalendar as "HARI INI DALAM SEJARAH" coz tak penah tak jumpa mak lebih dari sebulan..


haritu sembang ngan mak.. mak kata balik la tem cuti hari raya Hindu nanti which is next week.. but, sorry mak.. tak bulih balik tem tu, sobs! T____T adeq ada hal lain yang tak boleh elak n perlu diaulakan [diutamakan] kalau nak balik pun, mungkin masa cuti Hari Raya Haji nanti baru bulih balik.. kesian sangat kat mak.. waaaaaaaaa~ http://www.emocutez.com mak cakap "tak pe lah", tapi di hatinya siapalah yang tahu, kan? she is lonely.. tapi nak buat macam mana? sobs lagik! apepun syukur gak sebab mak sorg yg understanding.. salah satu cara nak amek hati mak, kol dia hari2.. hehe.. hmm, semoga pengorbanan yg sikit ni ada nilainya di sisi Allah, n sahamnya turut d transfer ke dalam akaun mak n arwah abah, amin~ .................. uhh, banjir suda~~~



......twit 5 minit.....


sambil tu boleh hayati ayat ni.. ada kaitannya dengan sebab kenapa saya tak dapat nak balik umah lagi..


Firman Allah:
Katakanlah, "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
[At-Taubah: 24]



sori telajak beminit2..


lupakan sekejap kesedihan td.. back to the right track..


spatutnya nak cerita pasal kisah gumbira dapat jumpa mak tadi [macam jejak kasih pulok] masa mak kolling tu saya tengah ada meeting.. mak cakap dia dah on the way datang maktab.. punya la sukkaaaaaaa sampai rasa nak melompat2 http://www.emocutez.com tapi naseb baek la otak dapat berfikir dengan waras "aku tengah meeting" jadi, rasa seronok tu berjaya di express dalam bntuk senyuman yg paling senyum [?] tapi tak sampai mencecah ke tlinga la.. kalau boleh memang nak senyum bagi smpai tlinga pun tapi tak mampu dah.. haha.. oh, merepek suda kamu ni cik dla~ ;p


tu dia yang berhormat dah sampai (^_^)v




mula2 g lepak2 dekat padang hoki + makan sket2 + sembang2 secara banyak.. pastu mak ajak makan kat luar.. apa lagi, yuk!! :D


sementara tunggu makanan sampai.....


ni la hobi mak saya masa tangkap gambar.. dia tak suka gambar 'ready'.. dia suka gambar 'kandid' [konooonnn.. padahal lakonan semata.. haha.. luv u!!]




ni pulak gmbar kakak saya yang sangat berjasa.. slalu ulang alik amek n ntar saya ke maktab.. boleh bilang dengan jari sepanjang saya hidup kat maktab ni brapa kali sangat la saya naik bas.. tu baru satu.. ada banyak lagi jasa dia kat saya.. termasuk yang da latest ni.. kalau berhasil, saya akan terhutang budi dengan dia seumur hidup! ^_________^ conclusion: glad to have a sis like her!




next, ni masa tengah makan.. saya prasan beg duit mak atas meja..

mode: pelik sambil kerut dahi
sebab: dompet mak sangat buruk

sungguh, sangat buruk sampai da terkoyak sana sini.. padahal rasanya masa balik haritu eloookkk sangat lagi.. tak kan boleh jadi buruk sebegitu cepat.. then tak pueh hati, saya tanya mak:

+ mak pakai beg duit sapa?
- mak amek atas peti ais
+ beg duit abah?
- 'hangguk'
+ menangis dalam hati

mak rindu kat arwah abah agaknya.. bukan mak sorang.. kami pun sama T___T smoga mak n abah bejumpa d syurga kelak.. amin~


the 'beg duit'







the original pics








masa nak balik tadi, kami kehujanan.. huuu~ sronoknya dapat bepayung sama2 ngan mak.. heheh.. bla dengan org tesayang ni, buat apa pun rasa sronok sokmo, kan?


tem mak nak balik, da rasa sebak.. tapi tahannnn je.. sebab maluuuuuu nangis depan mak.. naseb baek hujan.. boleh cover2 konon kena tempias ujan =p


mak,
kalau la mak tau
adeq sayang mak tak sebanyak bintang di langit
tak sebanyak pepasir di pantai
tak sebanyak air di lautan
sebab,
adeq sayang mak lebih dari tu
no words can describe how much i luv u
its uncountable
infinity~~~


sayang mak!!!
tanpa henti http://www.emocutez.com




notajarikelingking:
> pas exam ni nak trus cabut! x kire!
> dis coming holiday ni mestilah dispent dengan semaksimumnya dengan mak! im promise! insya Allah~

Tuesday, October 19, 2010

DOKTRIN

Bismillahirrahmanirrahim..


Baru-baru ni saya ada join satu program selama 3 hari 2 malam kat ipoh.. act tak de la interested sangat nak join.. sebab da boleh agak aktvt2 yang akan diorang buat dalam program tu.. tapi, da last2 minit tu trasa mcm tringin pulak nak tengok dengan mata kepala sendiri macam mana la ghupenye program kalau sep2 tu yang anjurkan.. slalu dengar n baca je.. y not kali ni tuan punya diri ni pulak yang merasa ..


exactly macam yang selalu saya dengar n baca! hari petama pun dah dihidangkan dengan nyanyian + si penyanyi pempuannya pakai baju banyak punya ketat macam kain buruk balut cempedak [err, pedas?] beduet pulak dengan artis laki sambil tehangguk2 kepala.. hmm, kesiaaan kat diorang.. semoga Allah kurniakan hidayah-Nya kat diorang tu n kita semua, mudah-mudahan, amin~


sambil makan sambil kena dengar lagu dgn volume yg macam nk pecah gegendang telinga.. mematikan selera btol! eh, sungguh la.. taw la saya sangat suka makan kans, tapi malam tu memang sungguh tak de mood nak makan.. ceceyh.. mana taknya, pasang volume punya la kuat sampai terasa detak beat2 lagu tu kat dada neh.. adoi la.. nasib la i ni muda lagik http://www.emocutez.com


lagi satu, tak pueh hati btol.. tau la hobi hampa tu suka memancing.. tapi agak2 la.. orang lain nak mancing hampa sekat.. hampa nak pancing boleh plak noo~~ adil ka? adil ka? kata mesia ni negara merdeka.. bebas bersuara.. merdeka la sangaaaaattttttttt.. bebas besuara la sangaaaattttttttt.. dah la bagi makan umpan basi + beracun plak tu.. syukuuurrrr la aku tak ngap umpan jijik hampa tu.. hopefully sangat ada la insan2 lain yang sedaq dalam sungai ni ada umpan beracun.. syuh, syuh.. kami tak ingin umpan jijik hampa.. kami nak umpan yang halalan thoyyiban ja..


bila da bosan tahap maksima, maka terlahirlah sajak macam di bawah.. orang lain nyanyi saya bersajak.. sungguh comel perbuatan tersebut! hak hak [tak marah kalau ada yang carik timba bila baca statement tadi] huhu http://www.emocutez.com kalau sudi, bacalah!




Di sini,
Ada sekularisme,
Agama dan kehidupan dipisahkan dan diambil separa,
Mulanya majlis dibacakan doa,
Kemudian disambut pula dengan nyanyi dan tari,
Hedonisme sudah sebati dalam diri,
Tahniah barat!
Serangan kau melalui mentaliti,
Nampaknya menjadi


Di sini,
Ada banyak jahiliyah,
Dahulunya wanita dipandang rendah,
Lantas Islam datang meletakkan wanita di tempat yang tinggi,
Kini sejarah berulang kembali,
Wanita dieksploitasi tanpa mereka sedari,
Tapi ada juga yang sengaja merelakan diri,
Berada di pentas memperagakan diri,
Berjoget kanan dan kiri,
Dengan pakaian yang tak cukup inci,
Bersoraklah si lelaki,
Tubuhmu diratahi,
Terkoyak rabaklah maruahmu di depan sang ajnabi


Duhai ikhwah dan akhwat,
Insafilah diri,
Dunia ni hanya sementara,
Akhirat abadan abada,
Bukankah Allah telah berkata di dalam Kitab-Nya?

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini,
Selain dari permainan dan senda gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik,
Bagi orang-orang yang bertaqwa.
Maka tidakkah kamu memahaminya?
(Al-An'am: 32)


Ya Allah,
Masukkanlah kami dalam golongan orang yang mempertahankan agamaMu,
Bukan golongan orang yang mempersendakan syariatMu,


"Ya muqolibal qulub, tsabbit qulubana 'ala diinik"
Wahai Zat yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hati KAMI dalam agama-Mu




AMIN~



notajarikelingking: tiada~

Monday, October 11, 2010

BERJAULAH MENGERATKAN UKHUWWAH

Bismillahirrahmanirrahim..


Fuuhhh~ lama sesangat tak mengupdate blog.. tapi x menghairankan sangat lah kan sebab memang macam tu la perangai cik dla skarang.. malas btol nak mengupdate blog.. sungguh tak berpatutan..



tengok kat bahagian 'PosTo2', uish, ramai jugak yang meninggalkan komen.. tapiiii mcm pelik2 je.. keh keh.. tak pe lah.. sekurang2nya mereka dan kamu2 yang sudi bekunjung telah meng'up'kan fulus saya dalam nuffnang.. tak de la smpai puluhan atau ratusan ringgit.. tp, ada la sikit rezeki saya anak beranak =p n paling penting, semoga kamu beroleh manfaat setiap kali singgah kat blog yang tak semenggah ni :)



ok lah, lets talk about Jalan-Jalan Cari Makan pasal



hari Jumaat lepas, saya n klasmet (H8) + senior2 (G7) bepakat nak konvoi ramai2 ke rumah en. Milatu, our beloved lecturer.. masa sembang2 tu, en. milatu cakap beliau n istri buat rumah tebuka spesyel tuk kami.. tp, ada la jemputan2 lain gak.. apepun, sungguh teharu.. THANX EN. MILATU & WIFE! http://www.emocutez.com



tapi kan, saya rasa en. milatu pun mesti teharu dengan kehadiran kami.. sebab kami telah bekonvoi ke rumah beliau dari ipoh ~> bidor.. almost 2 jam jugak pejalanan pegi sahaja.. sempat la saya be'roller coster' dalam keta sampai brapa kali pusingan pn x tau.. http://www.emocutez.com huhu


on our way to bidur..

pemandangan sepanjang jalan yang sangat canteks dengan sawah padi yg menghijau.. Subhanallah~



sampai2 je trus nampak makanan yang pelbagai.. gulp!! semua nampak mcm bes.. ada nasik tomato, mee kuah, pasembor, koktel, nasik impit dan macam2 lagi.. yummnyy!! rasa mcm nak makan segala yang ada.. haritu memang mengosongkan perut khas untuk makanan kat umah en.milatu pn.. jadi, apa lagiii.. heheh.. http://www.emocutez.com errrrrr, habes program diet macam ni.. [diet la sangat..!! =p]



xde gambar makanan.. ces, cemana bleh tlupa nak snap?? haih~



dipendekkan cerita, lepas makan2, kami pun x tunggu lama.. trus mintak izin nak balik sebab pejalanan bukannya dekat cik kiah oiii..



tapi b4 tu, kita begambar la dulu yeop!


my beloved frenz from H8~


in front of en. milatu & wife's house.. en. kamarul n istri pn ada gak..



tem nak balik tu, ada klasmet cakap nak g menara condong kat teluk intan.. lepas 'think cook cook' [suhaili, ingat x nih? ahaha], semua stuju.. hmm, tak pe lah.. da lama sangat kami tak g jaulah sama2.. harapnya jaulah kali ni dapat la mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kami.. bukan dalam waktu terdekat ni je, tapi smoga kekal abadan abada.. kan klasmet kan?? i luv u oll very strong lah! http://www.emocutez.com



layan gambar~


ingat menara je boleh condong? kami pun boleh! ^^


nice shot~ luv dis!


sepetang di menara condong



Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak beriman seseorang dalam kalangan kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

(HR: Ahmad, At-Tirmizi dan Al-Hakim)



Alhamdulillah, dalam pukul 10 lebih kami pun sampai di ipoh dengan slamat semuanya.. macam tak caye je saya tak be'roller coster' dalam keta masa on the way balik.. padahal 2 kali ganda lg jauh kot.. cayalah Cik Dla! heheh ^^


ok lah, smpai cni dulu.. esok ada UAK (Ujian Akhir Tahun), 2 papers.. Maths n LB (Literasi Bahasa) doakan saya n kawan2 sumer smoga sukses ye.. saya pn mendoakan kejayaan kamu2 jugak fiddunya wal akhirah :)



notajarikelingking: thanx a lot 4 dropping by here + baca entry yang becirikan kelam kabut ni.. tem exam ni la kalut nak update blog.. tem free tak kalut plak.. aiyyak.. k lah, tataaa~ wassalam http://www.emocutez.com

Sunday, September 19, 2010

TARBIYAH ITU~~

Bismillahirrahmanirrahim...


Baru ni, masa keletihan.. kepala pusing.. n pening2 lalat.. saya pause kejap buat esaimen.. biasa, bila bosan, macam jadi kemestian tuk pegi menjengah 'muka buku'.. masa tengah membelek2 muka buku, saya terbaca satu link d page kawan.. waaaaarggghhh, sungguh menikam jiwak! rasa macam ada satu benda GEDEBUKK jatuh atas kepala n batang idung yang tak berapa nak mancung.. huhuhu.. eh, cuba lah baca.. adakah kamu pun akan rasa GEDEBUK macam saya???


**********************************************************

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa


Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikut
yang senang dan mudah, join
yang penat, bersusah payah, elak


Tarbiyyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
Atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami


Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat
Tak share pun dengan orang lain


Yang cepat mengalah
Yang meletakkan multaqa', qiamullail, daurah, dan tamrin dalam diari
Hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain
Yang hanya pandai cakap [dan menulis], tapi amal kosong
* oh, ini sangat terasa T__T *


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
Hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu
'Group' ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.


Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat
Mesti naik motokar besar dan mewah
Yang air-cond, dan laju
Yang tak nak naik bas, public transport
Dan yang kena berpeluh-peluh


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini
Sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information


Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
Dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah
Dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot


Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika
Kerja nak beri alasan ini dan itu
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar


TARBIYYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA
TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYYAH


Tanpa anda [orang yang sering beralasan ini]
Dakwah akan terus berjalan
Islam akan tetap berjaya
Ummah akan tetap terpelihara


Cuma tanpa pencerahan
Tanpa tarbiyyah
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti


Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“Amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dr Nya”


********************************************************

~> thanx a lot kepada si penulis.. sgt telupa nk save link atikel ni.. sebagai penghormatan, saya doakan semoga Allah memberikan segala kebaikan kepada kamu.. amin~

~> Ada beberapa menda dalam atikel tu saya edit atas sebab2 tetentu



Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Taubah, 9:121]


Notajaritelunjuk: Macam mana??? Ada terasa macam kena tembak dengan machine gun kah???

Saturday, September 4, 2010

DIARI RAMADHAN CIK DLA - PBS

Dimulakan dengan Bismillah..


29 Ogos 2010 - 3 September 2010

SK Putrajaya Presint 9 (1)



~Lets Da Pictures Do Da Talking~


DAY 1




sambutan MENDEKA! MENDEKA!!!!


melawat kelas pemulihan + bekenalan ngan cikgu pemulihan yg sangat baik n budak2 pemulihan yang sangat bes jugak.. cantik giler kelas pemulihan ni.. tabik la kat cikgu/kak norlidah sbb dia start kemas bilik ni dari sebuah stor smpai jadik bilik pemulihan yang sangat kool.. secara sendirian berhad okeh? dia amek masa almost 4 bulan jugak nak bagi jadik cam ni
O_o


DAY 2


memandangkan cuti Mendeka, jadi saya tlah mengajak salah sorang kawan kamceng saya masa kat matrix dulu tuk jumpa kat Alamanda.. dia blajar kat UPM skang ni n amek kos Food Tech.. Bijak skali! sangat besss dapat jumpa dia.. udah lama seyh gak ketemu.. almost 2 years.. lansung x de prubahan, kecuali penambahan dot dot dot.. hahaha.. don wery kakak sayang.. tu tandanya ko da matang.. hahahaha


mula2 kami plan jumpa kat Alamanda.. tp mak ai.. sangat sesak okeh? parking FULL! tp saya redah jugak sebab kesian kat kakak a.k.a wodz yang da lama tepacak kat situ.. lastly Alhamdulillah, dapat gak parking.. saya n da geng adalah orang terakhir bejaya memboloskan diri sblm tmpat parking satu2nya yang tinggal tu diletakkan signboard FULL.. hoho


mula2 kakak cakap dia ada kawan nak g Alamanda jugak.. tejumpa masa dalam bas.. so, saya ingat x pe la.. at least dia ada kawan nak sembang2 n shoping2 dulu smntara tunggu saya smpai.. tapi rupa2nya 'kawan' dia tu adalah mak cik india yang keja kat Alamanda.. hahahahaha.. memang nak tegelak! naseb bek da ada dalam Alamanda.. saya cuba la menggagahkan diri gelak dengan paling cara paling sopan http://www.emocutez.com




lepas da pusing2 n menshoping sikit2 [sungguh saya telah menshoping secara sikit.. hanya beli sepasang sepatu saja.. eceh, sepatu? heheh :D] then, kami terus gerak ke MASJID BESI.. ada sorang kawan dr IPIS cakap, masjid besi lawo + bes pulok solat kat situ.. saya pn teruja la nak g.. sebab macam pelik, btol ka nama dia masjid besi? bentuk dia macam besi kah? atau diperbuat daripada besi kah? ish, macam pelik je.. nape x penah tau pun kewujudan masjid ni? jadi, untuk mendapatkan kepastian, jom kita terjah! layaaannnnnnnn~~


haaaa, ni la ghupenye masjid besi
Pembinaannya menggunakan enam ribu tan keluli dan material
wohaaa!
memang terserlah kebesiannya.. [?]














harapnya masjid yang seindah ini bukan sekadar berdiri megah dengan hiasan yang berkilauan bagai tp juz jadi tempat pelancongan dan berbangga saja sedangkan tidak dimakmurkan pun..


Berkata Ali B. Abi Thalib:

"Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma' Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama', dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari Kiamat."


lepas solat, kami patah balik ke Alamanda untuk berbuka puasa.. masa tu dah pkul 6.. satu Alamanda kami pusing, tapi ternyata semua kedai makan dah full.. semua tempat dah direserved.. sob sob sob.. hanya satu kedai je yg tinggal satu lagi tmpat duduk.. makan secara buffet.. kami apalagi, laju je duduk.. pastu bru tringat nak tanya harga.. tanya2 ghupenye satu kepala 45 hengget.. mak aiiiiiiii.. naseb x makan lagi.. kalau takkkkkkkk.. botak kepala mau bayar.. agipun, kami ni nak makan bukan banyak pn encek [ye ke x banyak? macam tipu je.. heheh =p] tak apelah.. kami mengundur diri je lah.. huhu.. kami trus ke surau.. ingat pas solat bru nak round smula kedai makan.. tengok2 kat surau pn full.. adohai.. naseb badan..


tp Alhamdulillah saya xperlu berebut2 cop telekung sebab da tutup aurat semuanya, insya Allah.. jadi, dapat solat awal.. saya terpikir gak, ni antara salah satu hikmah Allah perintahkan kita untuk tutup aurat.. supaya memudahkan kita solat di mana2.. n bagi saya, kayu pengukur sama ada kita tutup aurat selengkapnya atau pun tak adalah masa kita solat.. kalau pakaian yang kita pakai tu boleh diguna untuk solat without using telekung, maka kita da fully covered aurat kita.. tapi kalau tem solat tu kita perlu guna telekung, there must be something wrong somewhre dgn pakaian kita.. SETUJU??? sapa stuju angkat tangan macam ini http://www.emocutez.comjangan macam ini http://www.emocutez.com gelojoh benor tu.. hehe..


Ingat, Islam itu mudah.. tapi jangan amek mudah


continue~~ pas solat trus saya trun bawah.. becadang nak makan kat K** tp kena que dulu sementara tunggu orang kat dalam kluar.. tak apelah que kejap sementara tunggu yang lain2 selesai solat.. da dapat tempat apalagi, trus kami mengorder dan ngaapppppp :D














selesai makan trus gerak ke Putra Central tuk antar kakak balik nek teksi.. waaa~ cian kat kakak.. da la datang sendiri.. balik pun sendiri jugak.. anyhow, thanx a lot kakak atas pengorbanan kamu.. i lebiu sooo much!


DAY 3

harini sangat relex.. cekgu pemulihan tak datang sbb x sehat.. sian dia.. + kami pun tak kena relief kelas.. apalagi, trus bawak kluar lappy kesayangan n mengonline! tapi, terasa kecewa apabila berukband tak leh digunakan sebab tak bayar.. sob sob.. nak tanya cikgu2 laki pbs lagi 3 orang tu macam segan pulak.. tengok diorang macam hepy je on9 smbil tesengih2 macam kerang rebus [?] tak apelah.. bagus jugak tak on9.. boleh buat essaimen.. jadi, saya telah membuat essaimen secara bersungguh sampai habes waktu pesekolahan.. tahniah cik dla!


ups, telupa nak crita.. pagi2 tu ada majlis penyampaian duit raya kat anak2 yatim.. pastu dalam pkl 11 pulak ada majlis khatam Al-Quran perdana.. majlis d buat d dataran tengah2 sekolah.. tempat pehimpunan dijalankan




tesesat.. haha


kecik2 da baca novel cintan.. ni salah satu punca kanak2 skarang da pandai becinta smpai kalau kamu dengar kisah cinta diorang ni, memang mengundang rasa aneh.. zaman saya skola rendah dulu, masih behingus kot masa umo lebih kurang macam ni


majlis khatam Al-Quran


DAY 4


paling lama menghabeskan masa d kelas pemulihan.. mntak sumer benda yang perlu dmntak kat cekgu pemulihan.. n cekgu pemulihan tu pn bagi sebagi2nya apa ja maklumat yang dia ada.. wuwuuuu~ teharus..


sempat jugak mengajar budak2 pemulihan.. mengajar dengan penuh kasih sayang n sabar.. tapi tu untuk sehari je.. tapi nnt kalau da grad, da posting, boleh kah aku sesabar itu??? hoho.. sangat risau.. mengajar budak2 pemulihan bukan semudah yang semua orang sangka.. sapa yang kata mudah, mungkin kalau dia masuk ngajar, dia akan ngajar secara melepaskan batuk d mana2.. atau dalam erti kata lain, "janji ngajar sude~ lantak la kau nak pandai ke tak pandai" siyes ye.. so, jangan ingat mudah ye jadik cikgu pemulihan.. x caye, cubalah!


bayangkan sorang budak yang saya ajar ni.. huruf vokal pn x ingat.. itu baru huruf vokal.. ajar a, e, i, o, u.. banyak2 kali.. macam2 cara.. tapi pastu bla suruh ulang balik dah tak ingat.. cikgu pemulihan tu cakap, budak tu adalah yang paling lemah dan tegar setakat ni.. hanya orang yang btol2 sabar n besungguh je yang mampu lalui keadaan2 macam ni.. saya tabik spring aa kt cikgu tu.. sepanjang dia mengajar kelas pemulihan kat skola tu da ramai budak2 yang asalnya xleh membaca tapi dah boleh membaca.. yang x boleh mengira da bleh mengira walaupun agak lambat2.. subhanallah.. besar pahala dia.. kesimpulannya, sapa yg blom apply, jom apply cekgu pemulihan ramai2! hek hek http://www.emocutez.com






sangat tekun!

DAY 5

da nak last2 ni bru brani nak tanya paswed wireless skola tu.. ces.. jadi, masa free2 tu sempat la kejap kami mengon9.. tak lame pn.. kejap je sbb hari ni ada majlis sambutan hari raya.. salam2 ngan murid2.. macam nak tecabut tangan ok?? haha.. tp x pe.. kita layan sajo.. mulut mesti kena tesenyum sokmo..

top view


nak duit rayee!! heheh


part of murid2 pmulihan wif cikgu lily

ok

..............TAMAT...............

lega


saat ini saya sangat merindui wajah ini


annisa.. murid pra skola yang sangat bijak, pandai cakap n manja.. lebiu sooo much!! rindu nak dukung2, buat geram, main2 n sumer2 la ngan nisa lagi.. sob sob T______________T


akhir kata:

Aku Tlah Jatuh Cinta Pada Putra
Tapi Aku Harus Kembali Pada Dunia Nyata
Buat Masa Ini
Dunia Ku Bukan Di Sini
Tapi Di Sana
Itu Tanggungjawab Yang Lebih Penting
Lebih Bermakna
Dan Lebih Besar Ertinya
Bagi Seorang Aku
Dan Mereka-mereka
[hanya mereka-mereka yang faham ini]


Jika Ada Pluang dan Masa
Aku Akan Kembali Lagi ke sisi Putra
Untuk Meneruskan Perjuangan Yang Tiada Punghujungnya
Mana Tau
Jika Diizinkan Dia
Aku Dipanggil Untuk Kembali Ke Putra
Untuk Berbakti Dan Berjasa
Menyahut seruan Rasulullah
"Sampaikanlah walaupun satu a~yah [ayat]"
Dan Mungkin Masa Tu Aku Pun Dah Berkeluarga
Boleh menetap di Putra
Suka Suka
Haha
Becanda Saja
Oh, Sudah la
Mula merepek-repek ini Cik DLa


Untuk yang terakhir kalinya
SELAMAT TINGGAL PUTRA!!
SELAMAT TINGGAL SKOLA!!
SELAMAT TINGGAL Cik Musliyana DAN KELUARGA!!
saya sangat gembira bersama kamu semua!
sob sob sob T__T
tataaa~


notajarikelingking:
* konon ~lets da pics do da talking~ tp macam kau je yg banyak cakap dr pics tu nengoknye.. keh keh http://www.emocutez.com


* saya baca entry ni pn naek pusing.. punya la panjang macam jambatan pulau pinang.. memang btol2 lps geram coz da dekat sbulan x update.. heheh.. sapa yg bejaya baca sampai habes entry ni diucapkan ribuan trima kaseh la ye.. memang bes la korang http://www.emocutez.com
Related Posts with Thumbnails