Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Sunday, November 25, 2012

KARIPAP GAJAH MADA ;p

Nak panggil karipap giant pn booooleh laa.. hehe


Bismillah, cadangnya harini nak berkongsi satu resepi iaitu KARIPAP GAJAH.. karipap gajah ni meninggalkan memori yang sgt mendalam pada penulis... satunya sebab arwah sepupu saya sangat suka karipap ni.. kalau pegi taiping, mesti dia request nak karipap gajah sbb kat kamunting ada satu gerai jual karipap gajah yang sungguh sedap.. lg satu, dulu masa kecikkecik ada jiran sebelah rumah yang saya panggil 'mak yang' kalau buat mesti passing kat fmly saya.. sgt suka sebab dalam dia ada telur.. rasa dia totally different dgn karipap biasa.. dari dulu saya terpelikpelik macam mana boleh letak telur dalam karipap.. ye lah, biasa yang penah tengok dengan mata kepala letak sardin n kentang yang da dimasak..  


baru ni tengok masterchef, asyik menelan air liur tengok che lah punya karipap gajah. walaweh~ tak boleh jadik ni.. kena buat ni.. nak cari bukan senang. tak banyak tempat ada jual karipap gajah.. jadi, mula lah menggugel dalam website masterchef cari resepi karipap gajah che lah..


da jumpa resepi, then, saya olahkan.. Alhamdulillah~ menjadi la jugak.. idak le sesedap tahap masterchef kan.. tapi, boleh taruk dalam kategori menyelerakan jugak la.. cewwahh~  http://www.emocutez.com


Adeh, banyak plak cakap.. Jom la, kita mula menguli!


Bahanbahan (utk 2-3 orang):

PASTRI

2 cawan tepung gandum
minyak
1/2 cawan air
garam

INTI

3 biji telur
daun bawang
bawang merah (diricik)
cili padi (diricik. kalau suka pedas)
garam
10 ekor udang (dicincang)
1 batang sosej (potong bulat)


Caracara masak:

PASTRI

panaskan minyak. agakagak da panas, letak dalam 3-4 sudu minyak dalam tepung tadi. gaul biar dia jadi ketulketul gitu. pastu masukkan air yang da dicampur dengan garam (agak2 la garam.. jgn banyak sangat takut pastri tu masin sgt plak) tuang air sikit demi sikit.. uli  tepung sampai jadi doh.. nak tau doh tu ok ke x, kalau ok, dia da x melekat2 dekat tangan dan bekas. pastu rasa lembut n gebu je.. tapi kalau terlembik, xpe.. don't gabra nehi.. heheh.. tambah tepung sikit n uli sampai jadi doh yang diimpikan :) da jadik doh, biarkan kejap kasi dia rehat sebelum kita canaicanai dia  http://www.emocutez.com


sementara nak tunggu doh berehat, jom kita prepare inti


INTI

ok. nak buat inti ni tak da syaratsyarat yang spesifik. dia guna prinsip belasah aje nak buat inti apa pun..  cuma, kita da biasa makan karipap yang inti kentang n sardin kans, jadik saya suggest kita buat la inti telur plak. lagipun karipap gajah memang biasanya inti dia telur pun.. di situ la terletak keenakannya yang maksimum! :)


doh yang saya buat tadi saya bahagikan kepada 3 doh kecik.. thats y saya guna 3 bijik telur.. 1 telur untuk sebijik doh. disebabkan kat dalam rumah ni ada anak tekak yang pelbagai (ada tak makan sosej, ada tak makan pedas), jadi saya tepaksa asingasingkan adunan untuk inti.. tapi kalau org umah kamu makan je apapun, adun je semua sekali dalam satu bekas.. jimat masa dan tenaga :)


saya ulang lagi skali. takda bahan/syarat spesifik nak buat inti. jadi, ikut suka la kamu nk letak apapun. ikut sedap anak tekak masingmasing.. kalau kamu suka makan daging, blh letak daging kisar. kalau suka ayam, sotong, cendawan or watever yang ada dalam peti ais kamu tu, belasah aje.. pada saya, bahan yang wajib kena ada adalah TELUR.. boleh je nak letak telur, daun bawang, bawang n sedikit garam sahaja. itupun dah memadai sebenarnya.. bg yang 1st time nak buat karipap gajah ni, kamu boleh aje cuba buat ikut bahan yang saya list kan kat atas tu ye :)


bila da siap buat inti n doh pun da cukup rest, kita mula canaikan doh yang da dipisahkan tadi menjadi 3.. doh tu jangan terlalu kecik n jangan terlalu besar. agak2 bila dah canaikan boleh dapat sebesar ini. 


ihsan: encik gugel (lupa nak snap)

doh yang da dicanai tu kena letak dalam pinggan yang berlekuk sbb nak tuang adunan inti (pinggan tu sapu skit dgn minyak atau tepung supaya tak melekat n senang nak tarik.. kalau letak dalam bekas rata, nnt kang meleleh pulak.. one more thing, jgn canai doh tu terlalu nipis takut nanti bila da masukkan inti dia pecah pulak.. agak2 la ye (kalau guna resepi saya kena terer dalam bab mengagakagak ;p)


next step, masukkan inti.. biar lebihkan bahagian pastri supaya nanti senang nak kelim.. 



ihsan: encik gugel (lupa nak snap)


lipatkan pastri dan gunakan kelembutan jari jemari anda untuk proses mengelim ;)


ihsan: encik gugel (lupa nak snap)



akhir sekali, goreng dalam minyak yang banyak.. dan, tadaaa~ jadilah KARIPAP GAJAH!  http://www.emocutez.com


huduhnye la.. kehkehkeh..merekot-rekot je karipap tu macam gajah patah kaki.. haha.. nak tau kenapa? haaa~ sebabnya, kuali yang diguna tak cukup besor.. nak goreng gajah mesti la kuali pn kuali gajah dok? haha. so, lain kali ingat! guna kuali besar sket.


satu lg, kalau kamu suka telur mata kerbau, boleh je pecah telur sebijik dalam doh yang dah dicanai. pastu tabur dengan bahan2 yang lain.. pn menarik jugak.. saya tak berapa minat telur mata kerbau.. sebab tu saya kacau je~


ni karipap gajah telur mata kerbau.. cantik kan? jelesssssssssss


the last but no least, sambil memasak tu jangan lupa berzikir.. nak berqasidah pn bolesss.. memujimuji Allah dan Rasulullah.. selain menambah pahala dan keberkatan pada makanan yang dimasak, insya Allah dapat mengikat lagi kasih antara encik suami dan family [^____^]


pinjam tagline Chef Ammar "Hidangan Barakah": Masak dari Hati, Masak dengan Iman :)


till then, selamat mencuba!  http://www.emocutez.com

Saturday, October 6, 2012

AKU KAYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Sungguh.
Saya nak kaya.
Saya punya banyak cita cita.
Ada projek ratusan ribu ringgit dalam kepala.
Misalnya, nak beli tanah dan sebagainya.
Semuanya untuk membantu gerak kerja Islam, insya Allah.


Anganangan ke arah nak kaya:

  1. nak buat buku latihan/aktiviti untuk Pemulihan Khas dan pasarkan [buku aktiviti untuk pemulihan susah sungguh nak jumpak. buat sendiri la senang. org lain espesyeli cikgucikgu dlm bidang Pemulihan pn blh dpt manfaat, insya Allah]
  2. bukak butik kawen muslimah [butik kawen yang menawarkan pakej pengantin muslimah. butik macam ni pn susah sungguh nak jumpak la nih. permulaan mungkin secara on9 dlu]
  3. bukak PASti
  4. bukak pusat tuisyen matematik utk skolah rendah [saya pencinta matematik]
  5. kawen dengan orang kaya.. haha.. ni acah je.. eh, eh.. btol ape.. kaya agama, insya Allah ;p [rindu merapu meraban dalam ni :D]

Ehem, ehem.. para pembaca yang budiman, doakan saya na supaya saya boleh jadi kaya.. mungkin saya tak mampu nak buat semua yg ada dalam senarai kat atas.. Tapi, bak kata Hukama', "Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua." http://www.emocutez.com    saya akan usahakan at least satu anganangan tersebut terlaksana dalam masa yang sama amanah sebagai pendidik tidak dikesampingkan. Insya Allah~


Lagi satu, yang lebih penting, doakan saya KAYA DALAM REDHA ALLAH.. kaya disebabkan pertolongan Allah.. ni yang terpenting daripada yang penting.. sebab saya tak nak mewarisi sikap Qarun Laknatullah.. yang mana, semakin Allah beri nikmat, semakin takbur dan kufur akan nikmat yang diberi.


Sebaliknya saya berusaha untuk meneladani Abdul Rahman B. Auf. semakin kaya, semakin merendah diri dan tunduk pada Allah. Abdul Rahman B. Auf menggunakan segala kekayaannya demi perjuangan Islam.  Sehinggakan Rasulullah menggelar beliau, "Saudagar Allah" Subhanallah :')



Wednesday, February 15, 2012

SYUKUR SAYA SIBUK [SIBUK BUKAN PENYEBUK ;p]

Bismillahirrahmanirrahim..


cakk!!! gud evening! [^o~]


Slamat petang kamis sahabatsahabat ^^ sehat kah semua? semoga sentiasa dalam redhaNya.. petang ni terasa ingin mencuri sikit masa menukilkan sesuatu dalam ini belog.. harihari sibuk dengan pelbagai taklifan dalam persatuan n tugasan akademik membuatkan diri ini jarang sesangat berjalanjalan ke blog sahabatsahabat [read: blogwalking] apetah lg mengepost sumthin yang bermanfaat dlm blog sndri.. rumah sewa pun da jadi macam rumah tumpangan.. huhuu~


satu masa dulu saya sangat tertekan dengan kesibukan ini.. ceyt, bajet YB la konon kans! ;) berkalikali cuba memujuk diri dengan katakata Assyahid Imam Hassan Albanna: "Alwajibat aksaru minal auqat - Tanggungjawab melebihi masa yang ada" jadi, kena biasakan, biasakan, biasakan dengan kesibukan! tapi sering kali tewas dengan keletihan, kemengantukan, kemalasan dan macammacam 'ke-an' lagi la.. adoiii~ JANGAN tiru macam saya~ [baca gaya anita sarawak]http://www.emocutez.com


baru ni sebelum memulakan 'meethink', mendengar taujihad dari sorang sahabat membuatkan saya rasa sangatsangat terkesan.. rasa macam satu ketenangan inside here [jari telunjuk tunjuk kat hati] ni la yang dikatakan:


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar katakatanya menambahkan ilmu agama, melihat gerakgerinya teringat akan mati.”


jom kita cek diri kita.. adakah kita ni sahabat yang:

  1. bila orang tengok kita orang ingat Allah
  2. bila orang cakap ngan kita ilmu agama dia betambah
  3. bila orang tengok perangai kita orang tu ingat mati ingat sakit ingatla saat kau sulit lalala~
atau

  1. bila orang tengok kita orang ingat pekarapekara maksiat
  2. bila orang cakap ngan kita dosa dia betambah [bergossips dll]
  3. bila orang tengok perangai kita orang tu tringat halhal dunia

samasama kita muhasabah samaada kita ni sahabat dalam 3 pekara atas atau 3 pekara bawah atau keduaduanya.. huhu~ sebaikbaiknya buang jauhjauh 3 pekara di bawah n cuba membentuk diri menjadi sahabat yang punya ciriciri 3 pekara yg atas.. even susah n makan masa, tp boleh mencuba kan? Allah tak lihat hasil, tp usaha kita :) [smash kat diri sndri gak ni.. adoii la]


bebalik kepada taujihad sahabat saya tu, katanya:

Sebagai orang yang berjuang di jalan Allah, kita seharusnya bersyukur sebab Allah bagi NIKMAT KESIBUKAN kat kita.. tak semua orang Allah bagi nikmat ni.. kalau tengok orang sekeliling, ramai yang disibukkan dengan perkaraperkara maksiat.. tapi kita, Allah sibukkan dengan memikir n melaksanakan kerjakerja Islam n Allah sempitkan masa tuk pekarapekara maksiat.. jadi, sikit saja masa yang tinggal kat kita tuk pker bendabenda lagho.. sepatutnya nikmat ini lah yang kita kena syukuri

sebak kejap dengar taujihad ni http://www.emocutez.com selama ni saya slalu gak mengeluh.. saya jarang mengeluh depan orang.. sebab taknak orang lain pun lemah bila saya lemah.. tapi dalam hati ni hanya Allah yang tau.. tp lepas dengar taujihad ni, saya rasa ya Allah.. betapa bodohnya dulu saya dok mengeluh.. padahal Allah da bagi nikmat yang Dia tak campakkan kat semua orang.. hanya orangorang terpilih saja yang merasai nikmat ni.. Subhanallah.. trima kasih yang tidak terhingga Allah T_T




luahan hati Assyahid Imam Hassan Albanna:


‎"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/i yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah"


adakah kta tergolong dalam kalangan itu? AYUH sahabat, mari kita SIBUKkan diri dengan memikirkan halhal ummah! [^_^]

Thursday, February 2, 2012

AKU SAYANG DIA

Hati teseksa tengok orang tesayang menderita T____T




paklong yang amat dikasihi,
please get well asap,
sangat merindui loyaq buruk paklong,
sangat merindui perhatian paklong,
sangat merindui senyum ketawa paklong,
sangat merindui sapaan paklong "Gud morning cikgu" sambil senyum meleret,
sangat merindui segalanya tentang paklong


dlah tak sanggup tengok bila paklong tunjuk kuat tapi sebenarnya menahan kesakitan,
dlah tak sanggup tengok paklong kata da ada slera makan tp xabes nasik sepinggan,
n the worst thing is,
dlah tak sanggup tengok paklong senyapsenyap menangis,
di tubir matamu, air mata mengalir setitis demi setitis


"Hanya Engkaulah yang kami sembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" [Al-Fatihah: 5]


Allah, mohon Engkau ringankan kesakitannya..
Sembuhkan penyakitnya..
AKU SAYANG DIA..
Sayang sangat
T___T


Mohon doa dari semua yang membaca..
Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada paklong saya yang tercinta.. ameen~
Dia umpama abah kedua selepas arwah abah kembali ke rahmatullah





"Tidak lah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lainlainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahankesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR Bukhari & Muslim)

Friday, December 9, 2011

ANAK SAPE KAH ITU?

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah~ tak sangka aku ada blog ghupenye.. muehehe.. apa punya turrrrr lah.. bukan stakat tak meng'update' blog.. meng'view' blog sndri pn tak.. bila kali t'akhir ntah menjejakkan kaki d blog sendiri.. keterlaluan btol la tuan punya blog ini..

biasa tu! mari rotan dia! yeah, yeah, yeah! http://www.emocutez.com


adoiiii..!! tuan punya blog lari membawa diri http://www.emocutez.com


huh, puas hati~ http://www.emocutez.com



eh, drama sinetron ape kah ini? aiyoyoh.. sungguh tak menarik -_-''


sudah lah.. sinetron tamat.. mari kita tukar cerita yang lebih bermakna..


alkisahnya, hari isnin lepas, saya, mak n kakak singgah solat di Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar after bawak kakak jumpa doc coz dia ada appointmnt on dat day.. dahsyat btol masjid tesebut.. setiap kali saya singgah solat kat situ mestiiii keta penuh.. Allah~ sangat terkagum n terharuuu~~ susah taw nak jumpa masjid atau surau yang btol2 dimakmurkan macam tu.. hukhukhuk.. ni lah tandatanda, dunia yang hampir menemui ajalnya:


Berkata Ali B. Abi Thalib:

"Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, MEREKA MENDIRIKAN MASJID SEDANGKAN MASJID ITU SUNYI DARI ZIKIR MENYEBUT ASMA' ALLAH. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama', dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari Kiamat."


semua yang dikatakan Saidina Ali tu da boleh kita nampak skarang ni kan? temasuk ulama' suq [ulama' jahat] yang disebutkan.. tak yah tengok jauh.. dalam Malaysia sendiri pun ada.. sudah terang lagi bersuluh.. "Mereka menimbulkan fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.. Nauzubillahiminzalik. http://www.emocutez.com



Doa ditetapkan hati


bebalik kepada citer asal.. masa saya pegi amek wudhu, nampak ada sorang budak pempuan betudung berdiri kat pintu macam tengah tunggu sumone.. masa tu saya sorang je dalam bilik wudhu tu.. pelik jugak.. tengah tunggu sape? tapi kan, sejuk hati memandang budak itu.. putih melepak orangnya.. pakai tudung bawah dada.. saya teka umo dia dlm 9/10 taun cam tu la.. setel amek wudhu, saya pun nk gerak la g tmpat solat muslimat.. masa sy melintas depan dia, TIBATIBA!!!! jeng je jengggggg.. tibatiba kannn.. budak tuu........... tegur saya.. dia tanyaaa........... kak, tolong carikan kaki saya boleh??? saya tengok kaki dia.. ya ampunnn.. gelabah saya.. dia sedang terapung rupenyee!! ARRGGHHHHH!! http://www.emocutez.com cuak tak? cuak tak???


hehehe.. tak de lah.. acah jer http://www.emocutez.com jangan marah haaa~ hihi.. lama sudah tidak begurau senda d blog ini.. PEACE [^_^]v yang sebetul nya adik tu tanya, "kak, boleh tunjukkan saya tempat solat perempuan?" :) Ya Allah, sejuk ati dengar dia tanya cam tu.. soalan yang baik dari budak yang baik semestinya.. mmg bg sape yg blom penah pegi masjid tu, macam agak konfius jugak nak cari tempat solat muslimat sbb pintu dia agak tesorok.. jadik, saya ajak dia jalan skali ngan saya sambil sembangsembang.. rupanya dia turun solat ngan ayah dia saja.. mak dia tak dapat turun skali sbb 'abc' [Allah bagi cuti]


Subhanallah, mesti mak ayah adik tu, erm, saya bagi nama lah senang.. saya nama kan dia SOLEHAH, kalu 40 orang sebut, insya Allah moga benarbenar soleh dan musleh adik itu.. ha, sambung citer.. mesti mak ayah adik Solehah tu orang yang baikbaik jugak.. juz imagine.. budak yg bru 9/10 tahun da pandai bedikari untuk solat.. budak lain, kalu mak suruh g solat sendiri, mungkin ada yg g lepaklepak dalam masjid, tengok orang kiri kanan depan blakang, kejapkejap tengok jam.. agakagak da sampai 10minit, trus g kete ngan muka bahagia.. da solat la kunun kan? [budak itu mungkin adalah saya pada 12 taun yg lampau] tp tidak pada adik Solehah ini.. dia jujur pada diri, jujur pada ibu ayah.. n yang lebih penting, jujur pada Allah.. tanpa dia sedar, da terselit sifat ihsan [sentiasa merasakan Allah melihat stp perbuatan] dalam diri nya.. Subhanallah :)


tambah mengkagumkan, lepas saya bagi salam ke dua, saya prasan adik tu duduk d sebelah kiri sy.. da sapu muka, adik tu trus salam ngan saya sambil cakap "Time kaseh ye kak tunjukkan jalan kat saya tadi" serta disulami dengan senyuman yang manis.. dan saya pn tersenyum manis untuk membalas senyuman dia yang manis [er, ayat Raju kluar sudah] saya usap kepala dia, tp tak mampu nk kata apaapa sebab sangat terharu.. senyum, tak perlu kata apaapa.. senyum, tak perlu kata apaapa.. lalala~ eh, eh.. sempat lagi nak menyanyi dia nih.. fire kang! http://www.emocutez.com lepas saya usap kepala adik Solehah, dia trus lari kluar.. ye lah, risau mak ayah dia tunggu lama kat keta kot..


lepas dari kejadian tu, saya rasa macam naaakkkk sangat tawu anak sape kah itu? apa formula mak ayah Solehah didik dia sehingga begitu bersopan sekali.. jika terus dididik dengan acuan Islam, saya yakin adik Solehah itu mampu menjadi sayap kiri perjuangan agama yang hebat, insya Allah :)


Mampukah saya dan inche suami [jika ada jodoh di dunia] untuk mendidik anakanak nnt dalam keadaan zaman skarang yang sangatsangat lah dahsyat nye.. bila saya baca cerita pasal gejala sosial, kes murtad n so on.. rasa takut sangattt nak ada anak.. tp mustahil lah tak nak anak kan? errr [blushing] eh, ini siriyes.. kalu tak da anak macam mana nak mencetuskan generasi pejuang?


sebab itu lah pentingnya BAITUL MUSLIM.. kalau tidak, masakan Imam Hassan Albanna menggagaskan anak tangga kedua ke arah pembentukan Ustaziyatul Alam [Islam sebagai penguasa alam] adalah pembinaan Baitul Muslim.



7 maratib amal


Syeikh Mustafa AlMasyur [Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-5] jugak ada mengulas mengenai Baitul Muslim.. kata beliau:


"Rumahtangga Muslim itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunastunas baru yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga Muslim lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anakanak yang akan mencorakkan hidup mereka."


Betul.. setuju sangat.. bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”


Ya Allah, smoga hamba dan merekamereka bukan saja dapat mmbina Baitul Muslim, tapi jugak Baitul Dakwah dalam membina generasi pewaris. Pewaris dakwah. Pewaris kerja Nabi. Allahumma yassir wa la tu'assir.




"Ya Allah, jadikan hambaMu ini mencintai orang yang beriman. Dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim)


Semua orang berhak untuk memiliki Baitul Muslim.. cuma, perlukan mujahadah yang bukan sikit untuk ke arah itu :) tringat satu quote ni:

JODOH YANG BIASABIASA adalah dr kalangan org yg biasabiasa dgn pertemuan yang biasabiasa dgn cara berpacaran yang biasabiasa muda mudi lakukan.


JODOH YANG LUAR BIASA dr glgn org yg soleh, solehah yg luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Tidak berpacaran seperti yang biasa muda mudi lakukan. Bertemu dlm redha, berpisah juga dlm redha :)


Antara tips yang mungkin dapat memandu kita membina Baitul Muslim boleh dibaca di sini.. Wallahua'lam :)



notajarikaki: masih terngiangngiang muka adik Solehah.... anak sape kah itu?


errr, terngiangngiang???

Monday, October 10, 2011

SAPA LEBIH KENAL DIRI KITA???

Bismillahirrahmanirrahim..




Sejak akhirakhir ni rasa satu prasaan lain macam.. makin dipendam makin berat.. kesannya jadilah macam diri saya skarang.. tak produktif n proaktif langsung.. semangat kejap, pastu slow, slow n slow.. haish~ -_-


hm, harini terasa nak becakap secara siriyes [selalu pun seriyes gak tapi harini betolbetol siriyes] soalan ni da lama saya pkir since skolah menengah smpai la skarang ni pn dok mikir lagi.. but still tak ketemu jawapan..


SAPE YANG SEPATUTNYA KENAL DIRI KITA???


Kita sendiri atau orang lain????


Selalu dengar orang cakap, orang lain yang boleh menilai n tau potensi diri kita melalui observation memasing.. kadangkadang kita tak perasan yang kita ada kebolehan.. mungkin atas faktor rasa rendah diri, tak konfiden dan sebagainya..


ok, tu saya setuju.


tapi personally, pada saya DIRI SENDIRI lebih kenal siapa kita sebenarnya.. kat mana tahap n kemampuan kita..


sebab pecanggahan pendapat ni la saya slalu konpius.. most of da time saya trima pendapat orang.. saya tolak tepi perasaan n keinginan diri http://www.emocutez.com


2005


ni kat skolah.. tem tu saya form 4.. Alhamdulillah, result PMR saya boleh dikatakan cemerlang lah, jadik cikgu masukkan nama saya dalam kelas Sains.. kelas 1st lak tu.. Allah~ tekanan sebab klasmet yang lain hebathebat blaka.. rasa kecik sangat masa tu kecikbukanpadasaiz padahal ikut hati saya prefer masuk kelas akaun [tatau pasaipa kat skolah, student yang dapat result bagus dlm PMR masuk kelas Sains tulen, yang suamsuam kuku masuk kelas Sains perakaunan n yg tak brapa nak ok masuk kelas akaun.. padahal akaun pn ok wat.. tak paham nape nak bezabezakan.. skang ni tatau la kalu still buat sistem macam tu lg ke tak] dipendekkan citer, saya cuba lah try gak blajar.. tp minggu kedua tu saya da tak tahan.. sbb saya sangat tak boleh 'in' dengan subjek Sains [pizik, kimia & bio] rasa tensi sangat.. pastu, saya mintak nak tukar p kelas Akaun sbb i lurve number sOO00ooo much! [KECUALI pizik.. maaf orangorang pizik] tapi cikgu tak bagi.. tak ingat dah cikgu mana.. tak beniat nak sebut pun kat cni.. dia tak bagi dengan alasan result PMR saya bagus.. result PMR bagus tak menjamin saya bagus dalam sumer subjek cikgu.. haih~ pi mai pi mai, akhirnya saya tepaksa akur.. belajar lah saya subjeksubjek Sains tesebut dalam keadaan rilex sangat.. rilex sebab, da usaha nak feel tapi mmg tak boleh nak feel.. so, kalu cikgu bagi homework n nak semak jawapan, saya pinjam buku kawan kelas sebelah sbb cikgu yang ngajar sama.. tem blajar pn like masuk tlinga kanan, kluar tlinga kiri.. tem SPM, esok nak exam malam ni baru buat revision tuk subjek form 4 n form 5.. baca yang di spot je.. akhirnya, result SPM hanya 5A1 4B3 1B4 n 2C3.. but still besyukur sangat.. sesuai lah dengan usaha saya.. tp yang konfiusnya macam mn kimia boleh dapat B4, fizik n bio dapat C3??? tem jawab saya dok bajet dapat D.. apepun, Alhamdulillah.. rezki Allah nak bagi.. tapi yang nak d tekankan kat cni, saya blajar tak srupa macam orang lain blajar ok.. slalu jeles tengok budakbudak akaun.. tambahtambah besfren saya plak kelas akaun.. uhuk.. n saya tekad kalu sambung blajar nnt tak nak dah amek kos Sains


2007


Ditakdirkan, sy masuk matrik.. sbb ingat nak tukar kos masa kat matrik nnt.. sumer IPTA/S yang bagi offer sumer ada sangkut paut dengan Sains, jadi kita reject awal2.. masa kat matriks, saya dapat kos sains hayat.. kebetulan, ada jiran bilik yang dok searas ngan saya dak aliran sains gak masa kat skolah menengah.. tp masuk matrik dia tukar amek akaun.. n dia kata akaun is much better than sains.. sbb jiwa dia pn tak len 'in' dgn subjek sains.. waaaa~ kita serupa! betambah membara la semangat saya nak amek akaun.. esok tu, trus gi jumpak kaunselor bagitau nak tukar ke akaun sbb masa tu pn baru lagi masuk matrik.. dalam minggu kedua kot.. tapi sangat sadis n kecewa bila kaunselor pn tak bagi saya tukar akaun.. dengan alasan, result subjek sains kamu ok, tak la teruk sangat.. dia suruh saya cuba jugak.. dia taw saya boleh n blablabla.. tak pasal kena kaunseling plak.. mulut je tesenyum tapi dalam hati hujan lebat http://www.emocutez.com jd, pilihan yang ada, saya kena wat intebiu maktab sebaik mungkin.. harap sangat dapat maktab! masa intebiu, pengintebiu tu sangat sporting n tem tu dia sorang je intebiu saya.. saya pun apa lagi, luahkan prasaan sungguhsungguh la kat dia.. bgtau taknak blajar dah kat matrix n blablabla.. smpai dia kata, tuk sesi intebiu ni dia luluskan saya.. tp kena tengok lak ujian betulis yang saya buat.. kalu ujian tu lulus, saya mmg konfem blh masuk maktab.. tapi Allah nak uji, saya gagal.. sbb ujian betulis saya gagal.. soalan banyak, masa menjawab sat sangat.. saya ada tetinggal 2/3 soalan.. taktau plak kalu tinggal satu soalan pn dikira gagal trus.. masa tu saya pasrah sangat.. kat matrix saya amek math, kimia n bio + subjeksubjek wajib len.. tapi saya hanya pulun tuk math je.. yang lain, habes kuliah, tutup buku.. bila perlu je bukak.. tem nak exam, wajib 2 minggu sebelum tu saya menggelupur.. makan pun siyes tak lalu.. mud da tebang merayaurayau.. menangis tu da biasa.. tringat mak kat kampung.. n blablabla.. ditakdirkan abah plak meninggal.. betambah down.. kalu orang yang penah blajar kt mtrx tau la, kalu tinggal kuliah sehari pn banyak bnda telepas.. masa arwah abah meninggal, saya cuti 3 hari.. balik matrix, im LOST! masa nk graduate matrik [graduate konon] dapat la result PNGK 2.9 sumthing je.. hm, mulut tak terkata ape.. sronok tngok budakbudak akaun ramai dapat 3.5 above.. yet still Alhamdulillah~ 2.9 pn much better dari target awal, 1.5 je.. apepun i cant deny, matrix life is so happening!


cukup la 2 contoh tu.. kalu ikut banyak lagi keskes yang tepaksa saya korbankan impian n prasaan saya n trima pandangan orang even diri n mental tak besedia.. tapi malas nak citer takut melukakan banyak pihak + takut saya betambah emo kang kat luar umah terang benderang dalam umah ni ribut petir lak.. apepun, apa yang da belaku sebelumsebelum ni saya cuba cari hikmah yang tersembunyi.. saya yakinkan diri setiap apa yang Allah tetapkan itu yang terbaik..


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


cuma lepas ni saya harap, kalau belaku petembungan antara apa yang saya nak n apa yang orang lain jugak nak atau harap dari saya, dapat lah petimbangkan perasaan n kesediaan diri saya.. sebab saya da cukup makan hati dengan apa yang belaku sebelumsebelum ni n saya da cuba sembuh n rawat sendiri hati.. usaha keras didik diri untuk redha.. takuttakut kalau pekara sama berulang, saya kecundang.. nauzubillahiminzalik http://www.emocutez.com


AGAINS, sape eh yang lebih kenal diri kita??? hmmm~


notajarikaki: nape suram semacam entry ni? em, aniwey, tenkiu kpd yang sudi membaca n memberi komen [kalu ada] sekadar luahan prasaan yang da lama terpendam.. tak tau nak crita kat sape sebab tak jumpa lagi yang betolbetol memahami diri melainkan Dia


Thursday, September 8, 2011

DUHAI HATI,


Jangan lah terkorban dengan dunia

Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna




Benarlah apa yang dikatakan oleh Imam Ibnul Qayyim:

“Hati ibarat raja bagi anggota tubuh. Jikalau hati itu lalai, maka apa yang diucapkan oleh lisan dan apa yang diperbuat oleh anggota tubuh adalah hal yang melalaikan. Jikalau hati itu ingat akan Allah, maka apa yang diucapkan lisan dan apa yang diperbuat oleh anggota tubuh adalah amalan soleh."




“Wahai Dzat yang membolakbalikkan hati, teguhkan hati kami di atas agamaMu.”


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau.. kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).”


“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hatihati kami untuk taat kepadaMu.”

Related Posts with Thumbnails