
Followers
::LANGKAH TERCIPTA::
Sunday, September 19, 2010
TARBIYAH ITU~~
Bismillahirrahmanirrahim...
Baru ni, masa keletihan.. kepala pusing.. n pening2 lalat.. saya pause kejap buat esaimen.. biasa, bila bosan, macam jadi kemestian tuk pegi menjengah 'muka buku'.. masa tengah membelek2 muka buku, saya terbaca satu link d page kawan.. waaaaarggghhh, sungguh menikam jiwak! rasa macam ada satu benda GEDEBUKK jatuh atas kepala n batang idung yang tak berapa nak mancung.. huhuhu.. eh, cuba lah baca.. adakah kamu pun akan rasa GEDEBUK macam saya???
**********************************************************
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikut
yang senang dan mudah, join
yang penat, bersusah payah, elak
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
Atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami
Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat
Tak share pun dengan orang lain
Yang cepat mengalah
Yang meletakkan multaqa', qiamullail, daurah, dan tamrin dalam diari
Hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain
Yang hanya pandai cakap [dan menulis], tapi amal kosong
* oh, ini sangat terasa T__T *
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
Hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu
'Group' ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat
Mesti naik motokar besar dan mewah
Yang air-cond, dan laju
Yang tak nak naik bas, public transport
Dan yang kena berpeluh-peluh
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini
Sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
Dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah
Dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika
Kerja nak beri alasan ini dan itu
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar
TARBIYYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA
TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYYAH
Tanpa anda [orang yang sering beralasan ini]
Dakwah akan terus berjalan
Islam akan tetap berjaya
Ummah akan tetap terpelihara
Cuma tanpa pencerahan
Tanpa tarbiyyah
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“Amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dr Nya”
********************************************************
~> thanx a lot kepada si penulis.. sgt telupa nk save link atikel ni.. sebagai penghormatan, saya doakan semoga Allah memberikan segala kebaikan kepada kamu.. amin~
~> Ada beberapa menda dalam atikel tu saya edit atas sebab2 tetentu

Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Taubah, 9:121]
Notajaritelunjuk: Macam mana??? Ada terasa macam kena tembak dengan machine gun kah???
Saturday, September 4, 2010
DIARI RAMADHAN CIK DLA - PBS
Dimulakan dengan Bismillah..
29 Ogos 2010 - 3 September 2010
SK Putrajaya Presint 9 (1)
~Lets Da Pictures Do Da Talking~
DAY 1


sambutan MENDEKA! MENDEKA!!!!

melawat kelas pemulihan + bekenalan ngan cikgu pemulihan yg sangat baik n budak2 pemulihan yang sangat bes jugak.. cantik giler kelas pemulihan ni.. tabik la kat cikgu/kak norlidah sbb dia start kemas bilik ni dari sebuah stor smpai jadik bilik pemulihan yang sangat kool.. secara sendirian berhad okeh? dia amek masa almost 4 bulan jugak nak bagi jadik cam ni
O_o
DAY 2
memandangkan cuti Mendeka, jadi saya tlah mengajak salah sorang kawan kamceng saya masa kat matrix dulu tuk jumpa kat Alamanda.. dia blajar kat UPM skang ni n amek kos Food Tech.. Bijak skali! sangat besss dapat jumpa dia.. udah lama seyh gak ketemu.. almost 2 years.. lansung x de prubahan, kecuali penambahan dot dot dot.. hahaha.. don wery kakak sayang.. tu tandanya ko da matang.. hahahaha
mula2 kami plan jumpa kat Alamanda.. tp mak ai.. sangat sesak okeh? parking FULL! tp saya redah jugak sebab kesian kat kakak a.k.a wodz yang da lama tepacak kat situ.. lastly Alhamdulillah, dapat gak parking.. saya n da geng adalah orang terakhir bejaya memboloskan diri sblm tmpat parking satu2nya yang tinggal tu diletakkan signboard FULL.. hoho
mula2 kakak cakap dia ada kawan nak g Alamanda jugak.. tejumpa masa dalam bas.. so, saya ingat x pe la.. at least dia ada kawan nak sembang2 n shoping2 dulu smntara tunggu saya smpai.. tapi rupa2nya 'kawan' dia tu adalah mak cik india yang keja kat Alamanda.. hahahahaha.. memang nak tegelak! naseb bek da ada dalam Alamanda.. saya cuba la menggagahkan diri gelak dengan paling cara paling sopan 

lepas da pusing2 n menshoping sikit2 [sungguh saya telah menshoping secara sikit.. hanya beli sepasang sepatu saja.. eceh, sepatu? heheh :D] then, kami terus gerak ke MASJID BESI.. ada sorang kawan dr IPIS cakap, masjid besi lawo + bes pulok solat kat situ.. saya pn teruja la nak g.. sebab macam pelik, btol ka nama dia masjid besi? bentuk dia macam besi kah? atau diperbuat daripada besi kah? ish, macam pelik je.. nape x penah tau pun kewujudan masjid ni? jadi, untuk mendapatkan kepastian, jom kita terjah! layaaannnnnnnn~~
haaaa, ni la ghupenye masjid besi
Pembinaannya menggunakan enam ribu tan keluli dan material
wohaaa!
memang terserlah kebesiannya.. [?]






harapnya masjid yang seindah ini bukan sekadar berdiri megah dengan hiasan yang berkilauan bagai tp juz jadi tempat pelancongan dan berbangga saja sedangkan tidak dimakmurkan pun..
Berkata Ali B. Abi Thalib:
"Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma' Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama', dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari Kiamat."
lepas solat, kami patah balik ke Alamanda untuk berbuka puasa.. masa tu dah pkul 6.. satu Alamanda kami pusing, tapi ternyata semua kedai makan dah full.. semua tempat dah direserved.. sob sob sob.. hanya satu kedai je yg tinggal satu lagi tmpat duduk.. makan secara buffet.. kami apalagi, laju je duduk.. pastu bru tringat nak tanya harga.. tanya2 ghupenye satu kepala 45 hengget.. mak aiiiiiiii.. naseb x makan lagi.. kalau takkkkkkkk.. botak kepala mau bayar.. agipun, kami ni nak makan bukan banyak pn encek [ye ke x banyak? macam tipu je.. heheh =p] tak apelah.. kami mengundur diri je lah.. huhu.. kami trus ke surau.. ingat pas solat bru nak round smula kedai makan.. tengok2 kat surau pn full.. adohai.. naseb badan..
tp Alhamdulillah saya xperlu berebut2 cop telekung sebab da tutup aurat semuanya, insya Allah.. jadi, dapat solat awal.. saya terpikir gak, ni antara salah satu hikmah Allah perintahkan kita untuk tutup aurat.. supaya memudahkan kita solat di mana2.. n bagi saya, kayu pengukur sama ada kita tutup aurat selengkapnya atau pun tak adalah masa kita solat.. kalau pakaian yang kita pakai tu boleh diguna untuk solat without using telekung, maka kita da fully covered aurat kita.. tapi kalau tem solat tu kita perlu guna telekung, there must be something wrong somewhre dgn pakaian kita.. SETUJU??? sapa stuju angkat tangan macam ini
jangan macam ini
gelojoh benor tu.. hehe..
Ingat, Islam itu mudah.. tapi jangan amek mudah
continue~~ pas solat trus saya trun bawah.. becadang nak makan kat K** tp kena que dulu sementara tunggu orang kat dalam kluar.. tak apelah que kejap sementara tunggu yang lain2 selesai solat.. da dapat tempat apalagi, trus kami mengorder dan ngaapppppp :D






selesai makan trus gerak ke Putra Central tuk antar kakak balik nek teksi.. waaa~ cian kat kakak.. da la datang sendiri.. balik pun sendiri jugak.. anyhow, thanx a lot kakak atas pengorbanan kamu.. i lebiu sooo much!
DAY 3
harini sangat relex.. cekgu pemulihan tak datang sbb x sehat.. sian dia.. + kami pun tak kena relief kelas.. apalagi, trus bawak kluar lappy kesayangan n mengonline! tapi, terasa kecewa apabila berukband tak leh digunakan sebab tak bayar.. sob sob.. nak tanya cikgu2 laki pbs lagi 3 orang tu macam segan pulak.. tengok diorang macam hepy je on9 smbil tesengih2 macam kerang rebus [?] tak apelah.. bagus jugak tak on9.. boleh buat essaimen.. jadi, saya telah membuat essaimen secara bersungguh sampai habes waktu pesekolahan.. tahniah cik dla!
ups, telupa nak crita.. pagi2 tu ada majlis penyampaian duit raya kat anak2 yatim.. pastu dalam pkl 11 pulak ada majlis khatam Al-Quran perdana.. majlis d buat d dataran tengah2 sekolah.. tempat pehimpunan dijalankan


tesesat.. haha

kecik2 da baca novel cintan.. ni salah satu punca kanak2 skarang da pandai becinta smpai kalau kamu dengar kisah cinta diorang ni, memang mengundang rasa aneh.. zaman saya skola rendah dulu, masih behingus kot masa umo lebih kurang macam ni

majlis khatam Al-Quran
DAY 4
paling lama menghabeskan masa d kelas pemulihan.. mntak sumer benda yang perlu dmntak kat cekgu pemulihan.. n cekgu pemulihan tu pn bagi sebagi2nya apa ja maklumat yang dia ada.. wuwuuuu~ teharus..
sempat jugak mengajar budak2 pemulihan.. mengajar dengan penuh kasih sayang n sabar.. tapi tu untuk sehari je.. tapi nnt kalau da grad, da posting, boleh kah aku sesabar itu??? hoho.. sangat risau.. mengajar budak2 pemulihan bukan semudah yang semua orang sangka.. sapa yang kata mudah, mungkin kalau dia masuk ngajar, dia akan ngajar secara melepaskan batuk d mana2.. atau dalam erti kata lain, "janji ngajar sude~ lantak la kau nak pandai ke tak pandai" siyes ye.. so, jangan ingat mudah ye jadik cikgu pemulihan.. x caye, cubalah!
bayangkan sorang budak yang saya ajar ni.. huruf vokal pn x ingat.. itu baru huruf vokal.. ajar a, e, i, o, u.. banyak2 kali.. macam2 cara.. tapi pastu bla suruh ulang balik dah tak ingat.. cikgu pemulihan tu cakap, budak tu adalah yang paling lemah dan tegar setakat ni.. hanya orang yang btol2 sabar n besungguh je yang mampu lalui keadaan2 macam ni.. saya tabik spring aa kt cikgu tu.. sepanjang dia mengajar kelas pemulihan kat skola tu da ramai budak2 yang asalnya xleh membaca tapi dah boleh membaca.. yang x boleh mengira da bleh mengira walaupun agak lambat2.. subhanallah.. besar pahala dia.. kesimpulannya, sapa yg blom apply, jom apply cekgu pemulihan ramai2! hek hek



sangat tekun!
DAY 5
da nak last2 ni bru brani nak tanya paswed wireless skola tu.. ces.. jadi, masa free2 tu sempat la kejap kami mengon9.. tak lame pn.. kejap je sbb hari ni ada majlis sambutan hari raya.. salam2 ngan murid2.. macam nak tecabut tangan ok?? haha.. tp x pe.. kita layan sajo.. mulut mesti kena tesenyum sokmo..

top view

nak duit rayee!! heheh

part of murid2 pmulihan wif cikgu lily
ok
..............TAMAT...............
lega
saat ini saya sangat merindui wajah ini

annisa.. murid pra skola yang sangat bijak, pandai cakap n manja.. lebiu sooo much!! rindu nak dukung2, buat geram, main2 n sumer2 la ngan nisa lagi.. sob sob T______________T
akhir kata:
Aku Tlah Jatuh Cinta Pada Putra
Tapi Aku Harus Kembali Pada Dunia Nyata
Buat Masa Ini
Dunia Ku Bukan Di Sini
Tapi Di Sana
Itu Tanggungjawab Yang Lebih Penting
Lebih Bermakna
Dan Lebih Besar Ertinya
Bagi Seorang Aku
Dan Mereka-mereka
[hanya mereka-mereka yang faham ini]
Jika Ada Pluang dan Masa
Aku Akan Kembali Lagi ke sisi Putra
Untuk Meneruskan Perjuangan Yang Tiada Punghujungnya
Mana Tau
Jika Diizinkan Dia
Aku Dipanggil Untuk Kembali Ke Putra
Untuk Berbakti Dan Berjasa
Menyahut seruan Rasulullah
"Sampaikanlah walaupun satu a~yah [ayat]"
Dan Mungkin Masa Tu Aku Pun Dah Berkeluarga
Boleh menetap di Putra
Suka Suka
Haha
Becanda Saja
Oh, Sudah la
Mula merepek-repek ini Cik DLa
Untuk yang terakhir kalinya
SELAMAT TINGGAL PUTRA!!
SELAMAT TINGGAL SKOLA!!
SELAMAT TINGGAL Cik Musliyana DAN KELUARGA!!
saya sangat gembira bersama kamu semua!
sob sob sob T__T
tataaa~
notajarikelingking:
Labels:
experiences,
marhaban ya Ramadhan
Tuesday, August 17, 2010
DIARI RAMADHAN RAFIQUE CIK DLA 1
Bismillahirrahmanirrahim..
SALAM RAMADHAN semua!! :) alhamdulillah.. hari ni da masuk hari ke-7 kita bepuasa.. da ada yang ponteng puasa ke? kalau kes abc tak apelah.. tapi kalau sengaja... hype, biasa dia tu! [sambil cekak pinggang] bedosa besar tawu?
kenapakah bedosa besar kalau sengaja tinggalkan puasa di bulan Ramadhan???
1. Langgar perintah Allah.. Allah da kata wajib buat, apa pasal sengaja tamau buat?
“Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan (diwajibkan) ke atas kamu puasa (di bulan Ramadhan) seperti mana telah difardhukan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa"
(Al-Baqarah : 183)
2. Puasa di bulan Ramadhan termasuk dalam 5 Rukun Islam.. makanya kalau kita tak puasa, tak sempurnalah Islam kita
Sabda Rasulullah S.A.W:
بنى الأسلامُ على خمس, شهادةِ أن لا اله الا الله, وأن محمدا رسول الله, واِقامِ الصلاة, واِيتاءِ الزكاة, والحاج, وصومِ رمضانَ
“Islam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan”
(HR Bukhari dan Muslim)
Slain tu, ia boleh mendatangkan kekonfiusan orang lain kat kita.. contoh: kalau orang nampak kita makan slumber yaya tem Ramadhan, mesti tedetik kat hati orang tu, "dia ni Islam ka dak?" kan2? haish, tak rasa pape ke kalau orang mempersoalkan keIslaman kita?? tolong la, tolong la terasa.. disebabkan perangai kita lah orang pandang tak elok pada Islam.. sedangkan Islam tu da elok, syumul, molek sangat dah.. orang Islam tu je yang tak berapa nak molek lagi skang ni..
So, kalau ada sahabat2 kita yang jenis suka ponteng puasa nih, apa patut kita buat?
oh ya, b4 tu, ponteng puasa tak semestinya makan or minum je ek.. isap rokok pn dikira ponteng puasa gak.. sebab dia temasuk dalam pekara yang membatalkan puasa [memasukkan sesuatu dalam rongga badan] lagipun, bukan stakat batal puasa je.. tambah lagi saham dosa sebab merokok kan da difatwakan sebagai HARAM.. so, watch out perokok2 sekalian! [ceh, cekak pinggang lagi]
ok, bebalik kepada soalan tadi, apa patut kita buat kat sahabat2 kita yang ponteng puasa secara suka suki ni??
pertama, bagi nasihat dulu.. ingat! kalau nak nasihat pun, jangan ler cengey [garang] sangat.. tegurla dengan hikmah n kasih sayang.. biasanya, orang akan lembut hati kalau kita tegur dia baik2.. toksah kata orang lain, kita sendiri pun suka kalau orang tegur kita baik2 kan? tp kalau tak mampu nak cakap direct, antar la kot mesej ke, tulis surat ke [aceceh], bagi pamplet ke.. kita bagi dia kefahaman dulu.. apepun, utamakan muslimin-muslimin, muslimat-muslimat.. kalau dia tak makan saman....
kedua, kita cuba mintak tolong sahabat kita nasihatkan dia.. espesyeli yang dia respek sebab nanti dia akan malu alah sendiri.. mungkin ngan kita dia da biasa n bleh buat slumber yaya like "lex aa, posa kan sebulan.. ni baru hari ktujuh.. minggu depan pun sempat lagi nak posa.. relex2 suda~" tapi kalau dengan orang yang dia respek, mungkin dia akan bagi respon camni "err, ye.. insya Allah bang/kak.. err, esok saya puasa ye.. pagi tadi tak sempat nak sahur :p" [ewah, sempat lagi dia jelir lidah tu] tapi kalau dia tak makan saman jugak..
ketiga, haruslah direpot kepada pihak atasan kans.. kalau kat skolah, boleh la bgtau kat mana2 cikgu yang boleh diharap.. ustaz/ustazah ke, kaunselor ke.. n sama gak ngan kat tempat blajar yang lain.. kalau da kena kaunseling seround, tp masih macam tu jugak...
keempat, eloklah repot saja kat Pegawai Penguatkuasa Agama (PKA) kat tempat masing2.. menurut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 (EJSS 2003) telah memperuntukkan:
Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu. Dan mana-mana orang yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya adalah dianggap melakukan kesalahan.Jika disabitkan, pelakunya boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.Orang yang disabit kesalahan tak puasa boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
sumber:sini
hmm, saya ada tpker gak.. kalau negara Malaysia ni jalankan hukum hudud, kan ke baek.. saya brani jamin mesti semua orang takut kalau tak posa, kalau nak buat jahat.. sebabnya pengajaran da nampak depan mata.. itu la hikmahnya hukum hudud.. Kalau kita perhalusi, dia nak 'mendera' maruah pesalah tu sebenarnya supaya beringat jangan buat lagi, di samping bagi pengajaran kat orang lain.. bukannya nak mendera fizikal orang tu.. ish, kalau nak crita hikmah2 lain hukum hudud ni, memang akan jadi panjang bejela la entry yang dah sedia panjang ni.. huhu.. kalau nak tau, guna je la pekihdmatan en.gugel yek.. one more thin, hukum hudud ni kan hukum yang Allah da tetapkan.. buat ape la nak amek hukum hakam mat salleh nu.. aduyaiii.. oleh itu, pilihan di tangan kita nak pemimpin yang macam mana.. sama ada nak pemimpin yang guna pakai hukum Allah atau pemimpin yang mengikut telunjuk mat salleh.. tepuk dada, jangan tanya selera.. kalau tanya selera mesti dia jawab tak sabar nak bukak puasa.. heheh.. tapi, seharusnya tepuk dada tanya la iman anda..
emmm, cadangan2 kat atas tu sekadar cadangan peribada saya je.. kalau kamu ada cadangan yang lebih bagus, boleh la share.. saya ni idok la pandai sangat.. baru sedang melatih diri untuk mencari solusi bagi masalah2 yang terpker.. b4 ni asyik becakap saje.. tindakan, nan ado.. huhu.. yang mana btol, ikut la.. yang mana salah, tolong tegur yep..
Kesimpulannya, PUASA JANGAN TAK PUASA!
**************************************
Minggu baru ni saya balik umah.. uh, da lama sangat tak balik rumah.. jadi, tak boleh nak besabar lagi tambahan pulak da bulan Ramadhan ni kans.. jadi, mesti kena balik jugak!
Syoknya dapat bebukak sekali ngan mak n kakak.. huhu.. tapi ada beberapa pekara yang buat spoil ah.. antaranya:
1. haritu beli makanan kat bazar Ramadhan.. punya la mahal ya Rabbi.. sampai tak tercapai dek akalmu~ sungguh ni! tak baik ah gitu.. sepatutnya bulan Ramadhan ni la kena banyakkan besedekah.. ini tidak, kalau harga standard tu tak apa lagi.. ini da sampai tahap double triple punya harga.. mode: tekezut!

en. gugel~ salah satu nikmat yang Allah bagi masa bulan Ramadhan.. tapi berpada-padalah.. jangan tamak.. dop molek

en. gugel~ ummm, balik aritu cari satey tapi tak dapat.. huhuk
2. Solat terawih kat surau dekat2 umah ngan family.. kat surau tu dia buat 20 rakaat.. tapi mak ai, punya la laju.. macam streamyx! [ade kaitankah?] siyes sangat laju.. cuba bayangkan, masa tahyat akhir, saya baru nak baca syahadah, Imam da bagi salam.. saya selesai bagi salam, Imam da nak abes baca Al-Fatihah.. memang kelam kabut kot.. tekocoh-kocoh den! kalau camni, baik buat 8 rakaat, tp kool, tenang.. macam kat *** ni.. ehem2.. hoho ^^/
lagi satu [point yang sama], macam pelik la kenapa Imam tu asyek berenti kat ayat ke 4/5 surah Al-Fatihah.. kalau sekali tu saya boleh trima.. mungkin Imam tu tak cukup napas ke hape.. tp sepanjang solat dia baca camtu.. saya ngan mak dah tepelik2 sebabnya, masa pagi sabtu tu kami gi kelas PAKSI kat bandar bharu.. kebetulan minggu tu Ustaz Rohaizat terangkan pasal syarat sah Al-Fatihah dalam solat.. ada 10 semuanya.. antaranya;
> baca secara berturut-turut.. tak leh diselangi/berenti lama melainkan kalau nak ingat semula ayat seterusnya [kot2 telupa] atau terbersin atau terbatuk..
> tak leh diam yang panjang lebih dari kadar bernafas atau penat..
3. majuk dengan mak n kakak selama hampir 30 minit.. kes nya, kami nak ziarah anak kepada anak angkat mak n arwah abah yang masuk spital sebab sesak napas.. pastu saya dengan besungguh nak drive.. tapiiiiiiiiiiiiiii, macam biasa la kalau drive keta ngan kak n mak espesyeli.. sangat tetekan okeh.. contoh: kalau ada keta, motor, kucing, anjing, semuthitam atau pape je kat depan, mak akan secara mengejut cakap, "BEHENTI!!!!" atau "HANG BAWAK LAJU SANGAT NAK P MANA?" sedangkan time tu saya bawak gear 2 je kot.. ditambah pulak dengan kakak yang menambahkan dos2 leteran.. sob sob.. benda2 cam ni la yang membuatkan saya bawak keta dari elok trus jadi tak ketahuan.. akibatnya, sampai tengah jalan saya trus bg signal kiri, n trus behenti.. punya la jadi tak ketahuan sampai keta dok jalan lagi tapi saya da angkat handbreak.. hal ini telah menambahkan lagi ketidakpercayaan mak n kakak kepada saya untuk mendrive drift keta n mengangkutnya skali ke maktab.. waarrgghhhhhh.. choy!
lepas da tukar drebar, saya senyap sepanjang jalan.. mud terbang ke mana hala ntah.. mungkin da sampai ke dubai kot [eh, tetiba] tapi diam bukan sebarang diam.. diam-diam ubi berisi.. saya diam memikirkan pekara berikut: patut majuk ke, tak majuk.. majuk, tak majuk..... majuk, tak majuk????
punya la pker sepanjang jalan.. sampai masa gi ziarah anak angkat mak tu pun dalam kepala otak saya dok terpker2 lagi mende yang sama.. pastu sempat lagi pker pros n contras kalau saya majuk or tak majuk.. heheh.. n akhirnya saya telah memilih untuk..............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TAK MAJUK!!!! [eh, ye ye je nak buat suspen.. padahal da bagitau awal2 tadi.. eheh] sebab macam kesian lah kat mak nak majuk2 plak.. balik tu tetiba mak tanya kat kak, "kak, hang mau dak beli keta viva?" saya menyampuk, "nak buat apa?" [eceh, saja tanya je ;p] mak kata; "ambek la kat adek keta kancil.. hang bawak sorang2 tak pa.. jangan bawak mak.. mak takut naik ngan hang.. hehe" hmm, bape kali dah dengar mak dok ulang ayat tu.. hoho.. tak pe lah.. cheq pasrah~
k la.. mntak diri dulu.. nak siap2 g bukak puasa kat surau.. besnye makan dalam talamm.. siap suap-menyuap lagi.. rasa semakin erat ukhwah ngan adik2 n sahabat2.. kamu pn boleh try jugak d(^_^)b
p/s:
* panjang bejela entry kali ni.. da lama sangat tak post somethin.. skali post, hambek :D
* disebabkan harga lauk yang beli kat bazar Ramadhan tu mahal sangat, saya terasa macam mahu buat CONTEST TEKA HARGA LAUK je.. ada la hadiahnya.. tapi.. err, adakah yang mau join??? huhuhu
Labels:
ma story...,
marhaban ya Ramadhan
Wednesday, August 4, 2010
MACAM-MACAM ADA~
Bismillahirrahmanirrahim..
Yeah, elaun sudah masuk [da lemau kot citer ni] syukurrrrrrr Alhamdulillah.. even elaun kali ni masuk hanya untuk sebulan saja, but its better late then never kans..? cumanya diharapkan, bla da bagi elaun utk bulan julai ni, jangan la pulak sengaja nak melengah2kan baki elaun yang selebihnya yep..
banyak bende hutang nak kena setelkan ni.. semuanya memerlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$.. $$___$$ nampak tak? nampak tak?? mata pun da jadik mata duitan.. oh, bahaya guna term ni.. nnt kang orang ingat saya gila duit pulak.. saya tak gilakan duit, duit yang gilakan saya.. ahaha [dush2!] baiklah, saya cuma bercanda saja.. T__T err, mata duitan di sini bemaksud mata saya selalu dibayangi duit sebab banyak bende nak kena bayar like duit buku, duit fail yang betimbun, duit makan, duit potostet, duit barang2 harian, duit topup dan macam2 lagi.. yes, memang btol! DUIT BUKAN SEGALANYA.. TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT.. stuju?? sapa sutuju picit hidung :D

Perhatian, bukannya saya terlalu mengagungkan duit ye.. but dis is our right.. boring la bla sebut je pasal elaun tak dapat, ada la certain people yang cakap, "eh, kamu patut besyukur.. elaun ni bukannya gaji kamu.. tp ni saguhati ja.. kalau lambat masuk atau K tak mau bagi, kamu tak boleh kompelen" [samthin like dat lor] macam depa nak kata elaun ni duit ihsan la untuk kami2 ni.. hayyoh, dalam borang pejanjian kan ada cakap, kami akan dibayar elaun n sebagai balasannya kami kena bekhidmat ngan K sekurang2nya 5 tahun.. so, apa pasal kami tak boleh komplen? if i'm not mistaken, dalam mana2 pejanjian pun, bla kita da sama2 stuju dengan pejanjian yang dibuat, da ada hitam putih bagai, tp jika salah satu pihak mungkir janji, kita boleh amek tindakan, kan3? [ha, ha, tak tawuuu] untuk mengukuhkan lagi hujah, jom kita flashback balik sirah Rasulullah, ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah..
Antara salah satu kandungan dalam Perjanjian Hudaibiyah ialah gencatan senjata selama 10 tahun.. tapi, puak Musyrikin Mekah telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah apabila diorang bg bantuan senjata dan ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah [Bani Khuzaah ni dah mengikat janji setia dengan pihak Muslim] Disebabkan hal tu, dalam 20 orang Bani Khuzaah telah terkorban dan yang hidup mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu satu tmpat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani Khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela diorang.. Then, Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan:
1) Menebus wang sebagai tebusan darah diyat [ganti rugi] kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh.. atau
2) Perjanjian Setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan.. atau
3) Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi
ok, panjang lagi kisah ni sebenarnya sehingga membawa kepada Pembukaan Kota Mekah.. satu kemenangan besar juga kepada umat Islam.. tapi yang nak di highlightkan kat sini [sila rujuk ayat yang diboldkan dalam citer kat atas] apabila puak Musyrikin mencabuli Perjanjian Hudaibiyah, adakah Rasulullah berdiam diri? tidak bukan? lalu, apa yang Rasulullah lakukan? Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan.. itu tandanya Rasulullah telah mengambil tindakan terhadap pencabulan perjanjian tersebut..
jadi, kalau nak relatekan kisah di atas dengan kes elaun ni, salah ke kami kompelen n bising2? salah ke? hmm, pandai la jawab sendiri..
sama la jugak bila kami da habes study.. kalau kami tak keje slama 5 taun ngan K, kalau kami langgar kontrak, kami akan dikenakan tindakan jugak kan? kena bayar ganti rugi kan? oh, tau pulak kamu nak amek tindakan ye?
lagi satu, tu bukan duit K ye.. itu duit rakyat jelata!! kami yang bayar cukai dan sebagainya.. tambah plak skang ni kan harga barang2 diselaraskan dinaikkan penat taw kami bayar segala macam menda tp cakap yang tu duit orang lain.. bak kata pepatah, sapi punya susu, lembu dapat nama.. uh, tak patuuttt..
ah, cukuplah cerita pasal duit.. muak suda~ sekurang2nya bersyukurlah aku masih belum jadik kontang atau padang jarak padang tekukur.. cuma kering je la.. kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang nak makan sehari pun tak mampu.. at least, aku masih dapat memanjakan perut hari2.. Alhamdulillah..
eh, apesal teremo plak hari ni.. sudah, stop.. nanti kang tak pasal2 kau kena antar gi Institut Sukan Air.. baik kau tutup mulut skarang.. hihi.. PEACE NO WAR (^_^)v
****************************************
haritu pegi jj dengan beberapa orang klasmet.. diorang ada nak beli barang.. saya pun ikut je la sebab nanti nak g umah diorang terus nak buat keje sket.. masa dekat food court tu saya nampak POPULAR pastu trus tringat kat Assyahid Ustaz Fathi Yakan.. Dah lama cari buku beliau, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.. tp sampai skarang idok jumpa lagi.. sob sob.. [kalah goreng pisang panas kot buku tu] memang la boleh pinjam kat kawan.. tapi saya suka ada bku saya sendiri sbb boleh menconteng pape yang patut.. puas n syok sekali!
lepas tu, tetiba pulak tringat kat sorang hamba Allah ni.. dia ada komen kat fomspring saya lepas baca entry yang ini.. komennya berbunyi cenggini..
m. anon [jantina x dapat dikenalpasti] ~> eh, ni ke novel yg plg bes ko penah bace.. bek baca lah tahzan
1st time baca komen m. anon ni macam ada rasa sentapz la jugak.. tapi x pe.. kita cuba jawab dengan cara yg paling kool semacam ini...
cik dla ~> rasanya la tahzan tu buku motivasi.. tak termasuk dalam kategori novel.. tp x pe, bagus gak cadangan ko.. pasni ak g carik la tahzan plak.. ke ko nak bg pinjam? lalala~ :D
buat2 ramah la plak.. kan ke kata kool td.. heheh.. tp apepun thanx a lot la tu m. anon.. sebab pas dia komen cam tu, saya tercari2 gak buku La Tahzan by Dr 'Aidh B. Abdullah Al-Qarni.. n masa kat popular aritu saya nampak buku La Tahzan yang saiznya saiz mini tp sgt tebal n sangat chomel jugak.. ape lagi, sambar trus loh.. n btol cakap m. anon, La Tahzan memang ada umpphh! thanx m. anon 4 ur suggestion!!evenkotelahmensetapkanhatiku
nampak tak ketebalan buku tu? huhu.. harap2 dapat la saya khatam dengan segera.. n boleh kongsi apa yang saya baca dengan kamu semua.. insya Allahh.. hoyehh \(^.^)/
sebelum kluar, carik satu novel.. heheh.. saya carik novel Hlovate.. saya slalu dengar orang cakap crita2 hlovate bagus! jadi saya trus pasang sesungut mencari novel beliau bertajuk Versus..
tenenet.....................tenenet.................tenenet.................
yeah, akhirnya jumpa!!! Alhamdulillah..
ok, sampai situ saja.
emm, ada apa lagi nak cakap eh? oh ya, ESOK DAH SATU RAMADHAN!!!! ya Allah.. bahagianyaaaaaa.. tem ni la suasana yang susah nak nampak kat bulan2 lain tapi ada dalam bulan Ramadhan like betadarus, bukak posa ramai2 [iftar jam'ie], TARAWIKH n yang paling spesyel adalah LAILATULQADAR.. hanya orang yg beruntung n terpilih sahaja akan dapat malam lailatulqadar.. smoga kita antara golongan yang terpilih n beruntung tu.. insya Allah..
So, dikesempatan ni saya nak mengucapkan,
SALAM RAMADHAN
kepada semua Muslimin dan Muslimat
n teristimewa kepada bakal saudara se-Islam kita, Insya Allah
Miss S
[doakan semoga Allah memberinya hidayah, ameen]
Dia pun nak cuba2 puasa gak esok, Alhamdulillah
Gud, gud d(^_^)b

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya. maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa, dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
p/s: bak kata syeikh muallim, "Jadilah hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan" hmm, setuju! fikir2kan~~
Labels:
ma story...,
marhaban ya Ramadhan
Saturday, July 31, 2010
TIADA NOKTAH CINTA
Bismillahirrahmanirrahim..
Da seminggu tak naikkan entry baru.. nampaknya blog ni semakin sepi.. sesepi tuan punya blog saat ini..
tadi sengaja tengok gambar2 yang ada dalam laptop.. tengok gambar2 dalam folder FaMiLy FiRsT.. hmm, baru perasan, gambar arwah abah tak de.. then, cari2 dalam album gambar yang saya bawak datang cni.. ada tejumpa satu gambar abah dengan saya.. tapi masa tu saya kecik lagi.. baru 6 tahun..
gambar saya dengan arwah abah memang tak banyak lansung.. even gambar arwah abah sorang or dengan mak pun x banyak.. sebab kami guna henset yang tak canggih dulu [skarang pun dok canggih mana] kamera sebijik pun tak de.. bukan stakat kamera digital, kamera biasa yang harga dia puluh-puluh ringgit tu pun kami tak de.. jadi, bagaimanakah mahu tangkap gambar aka beposing?
hmm, lama dah tak rasa sayu macam ni.. tetiba rasa rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat2 kat arwah abah.. ah, kelenjar air mata mula la nak mengaktifkan fungsinya secara bersungguh.. sobs!
ini abah saya..

kenangan besama abah, mak, abang n sepupu masa saya masuk petandingan pakaian beragam
saya sedang merindui dia secara banyak..
saya rindu dengan lawak dia yang gila2..
contoh kes: abah suka sangat mancing.. mak slalu teman abah g mancing.. lama2 mak pun jadi kaki pancing macam abah.. penah satu hari mak tidor depan tv.. abah panggil saya.. abah suruh saya amek seketul garam kasar.. saya heran.. tp saya ikut je.. pastu abah amek garam tu ikat kat benang.. dah ikat, abah letak garam tu kat bibir mak.. kejap angkat kejap letak.. kejap angkat kejap letak.. mulut mak pun kejap2 muncung ikut garam tu.. haha.. sangat lawak.. bla mak tejaga, mak tekejut pastu tegelak.. n then kami pun tegelak jugak secara berjemaah.. mak dengan prasaan geram sambil bekata, ada can dia buat balik kat abah.. tapi malangnya tak penah menjadi.. haha.. miss dat moment.. ummmmmmm :'(
saya rindu tengok abah melawak dengan budak2.. abah sangat suka budak2..
contoh kes: kalau ada budak2 [teutama anak2 sedara dia or anak2 jiran], dia akan buat gaya orang cacat tuk takutkan budak2 tu.. n budak2 tu pun lari2 la konon2nya takut ngan abah @ orang cacat tu.. haha.. sebab tu budak2 pun sayang kt abah sbb abah suka melayan.. n prangai abah tu pun turun kat saya.. cuma saya tak pandai buat gaya orang cacat tu.. abah sorang je yang pandai buat.. rindunyeee nak tengok aksi cam tu lagi :'(
saya rindu bla g jalan2 ngan abah.. saya jarang tidor kalau naek keta ngan abah..
contoh kes: bla naek keta ngan abah, saya suka duduk bahagian depan.. bla orang lain tidor, saya akan maen teka2 ngan abah.. tak kisah la teka teki atau teka benda tesembunyi.. 4 example, ada satu hari tu masa otw balik kampung, abah tanya:
abah: adeq cuba cari 'mat'
aku : mat???? [sambil buat muka tekezut n kepala melilau2 cari mat.. saya ingatkan mat tu abang saya sebab family panggil abang saya, mat.. kebetulan tem tu dia tak ikut balik kampung skali]
aku : tak dak pun.. mana ada..
abah: adaaaa.. cuba caghi [cari] betoi2..
aku : betoi dahhhhhh.. memang tak daaaakkkkkk..
abah: kalau ada macam mana?
aku : kalau ada, abah memang tera [terer] haha
abah: tuuuuuuuuuuu.. bukan mat ka tu?? [sambil tunjuk kat orang naek moto]
aku : pasai pa pulak?
abah: ha laaa.. dia kan 'MATnusia' kah kah kah
hampeh punya soalan.. hahaha.. maka, kami pun begelak ketawa secara beduet.. soalan2 abah memang bes! tapi skang ni, stiap kali nek keta, tidor tu dah jadi acara wajib bagi saya.. sebab tak de lagi penghibur macam abah.. melainkan kalau naik keta ngan pak long.. sebab pak long pun pandai buat lawak macam abah.. dats one of the reason y i luv pak long so much..
saya rindu abah bla cucu jiran sebelah tanya
contoh kes: biasanya dia akan tanya soalan ni lewat petang
"kakak kecik, awat tok wan tak balik keja lagi?" T__T
"kakak kecik, awat tok wan ni dah lama sungguh tak beli aiskrim kat adeq?" T__T

kesayangan abah
saya rindu abah bla abah suka perli.. ke puji? ntah, saya pun konfius.. huhu
contoh kes: bla saya nyayi lagu hindustan [dulu saya peminat setia citer hindustan.. dulu je ek.. skang ni idak lagi] then, abah akan cakap, "paannnndai adeq, paaaaaaannnnnndai adeq" secara berulang kali sampai saya stop menyanyi sebab tensyen dengar dia cakap camtu.. hahaha..
saya rindu bla abah gerak saya bangun subuh
contoh kes: dia akan panggil, "adeq, bangun adeq" slagi saya tak bangun slagi tu dia akan panggil.. kaedah ni sangat bekesan sebab saya akan bangun bla dah tensyen dengar dia panggil tak henti2 [macam kes kat atas] + kesian la pulak kat dia.. huhu
abah sorang yang pemaaf.. n slalu nasihatkan saya tuk maafkan orang lain
contoh kes: masa kecik2 saya slalu gaduh ngan kakak n abang.. biasa la adek bradek.. gaduh punya gaduh [gaduh sebab kakak tutup radio tem saya tengah layan lagu fevret je pun.. huhuh], saya tengah geram tahap maksima tem tu, pastu saya amek buku apa ntah yang jenis kulit keras tuh n saya baling kat kakak saya.. tapi buku tu tak mengena sasaran, tapi telah tesasar jauh n tekena abah.. bucu buku tu betol2 kena tepi mata abah.. tak sampai seminit pun da bengkak mata abah.. abah marah.. tapi sikit ja.. pastu dia nangis sebab sakit sangat.. masa tu saya rasa besalalaahhhhhhhhhhhhhhhhhh sampai gelisah.. kesian kat abah.. kami gaduh tapi abah yang jadi mangsa.. saya tak tau nak buat apa, trus masuk bilik.. tak mintak maaf pun sbb takut abah marah.. tapi, tak lama lepas tu abah panggil saya kluar.. dalam takut2 + malu2 tu [sebab da tesalah baling, ceh], saya dengar abah cakap [tak tengok lansung muka abah masa tu] abah kata, "adeq, jom p makan.. abah blanja maw?" ya Allah, saya tak tau nak kata apa.. trus nangis.. tak pecaya abah lansung tak marah.. n lagi memelikkan saya, sapa yang kena pujuk sapa ni? da la mata dia bengkak sangat n merah mungkin sebab nangis, tapi dia lansung tak marah.. oh, saya kagum dengan abah
sumer tu hanya tinggal kenangan.. ada banyak lagi kenangan saya dengan arwah abah.. terutama kenangan saat menerima panggilan bgtau abah dah tak de T_______T ah, sudahlah~ tak mampu lagi untuk saya tulis.. mata pun dah pedih..
saya sayang abah.. no words can describe how much i love n miss him..
saya belum cukup solehah.. tapi saya mohon dengan sepenuh hati semoga roh abah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. dilapangkan dan diterangkan kuburnya.. abah juga manusia biasa yang tak lepas dari dosa.. semoga Allah mengampunkan dosa2 abah.. melepaskan dia dari azab kubur dan api neraka.. serta diberi kebahagiaan di alam barzakh dan di akhirat sana.. ameen~
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari Kiamat)
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita..
Siapa tahu..
Hidup mereka dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita..
Istighfarlah, istighfarlah..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya..
Atau kata-kata yang sering menggores hati mereka..
Atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka..
Percayalah bahawa..
Anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia..
Ibu, Ayah..
Ampunilah dosa-dosa anakmu~~
(sumber: sini)
notakakilima: sampai sekarang saya tak boleh dengar lagu ni.. isk isk isk

