Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Thursday, June 12, 2008

DISEBALIK 786

lidah setajam pisau
ku tidak akan risau
dgn dugaan, cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah, ku akur
786 Alhamdulillah syukur...

Rangkap di atas merupakan sebahagian drp lirik lagu Alhamdulillah yg dinyanyikan oleh Too Phat dan Yassin...Kenapa nombor 786 dihitam dan diwarnakan...???Haaa...act arini saya nak becerita tentang no 786...bedasarkan pengamatan saya no 786 ni amat familiar bukan saja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia...apa kelebihannya no 786 ini...???ia bukan stakat tertulis dlm lirik lagu,bahkan kalo diteliti no ini juga bnyk trpampang di signboard restoran2 mamak dan sebagainya... Untuk pengetahuan sahabat sumer...Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih praktikal dan lebih diredhai oleh Allah. Bagi yang lebih 'Islamik', mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat 'barakah'....Yg menjadi tanda tanya sekarang,btol ke 786 ni bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم ...???Sapa yg mula2 memandai2 kata 786 ni sama makna ngan Basmalah..???nak tau slanjutnya...jom baca kat bwh ni...

Nilai Gematrika (Gematrical Values)

Terdapat dua kaedah dalam penyusunan huruf hija’iyah (huruf Arab). Kaedah pertama ialah cara susunan biasa bermula dengan Alif, Ba, Ta, Tsa dan seterusnya. Satu lagi kaedah lain disebut sebagai Abjad numeral’s method atau ordinal method. Thomas Patrick Hughes dalam kamusnya Dictionary of Islam menjelaskan makna Abjad sebagai:
"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."
Secara mudahnya, cara susunan huruf kaedah Abjad adalah seperti berikut:

NILAI HURUF ARAB
1 أ
2 ب
3 ج
4 د
5 ه
6 و
7 ز
8 ح
9 ط
10 ي
20 ك
30 ل
40 م
50 ن
60 س
70 ع
80 ف
90 ص
100 ق
200 ر
300 ش
400 ت
500 ث
600 خ
700 ذ
800 ض
900 ظ
1000 غ

Kaedah ini hakikatnya adalah ambilan drp idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ini, terdapat di kalangan Muslim yg x de keje menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.

Satu Bentuk Penghinaan

Act 786 hanyalah satu nilai yang tidak membawa sebarang maksud.Untuk pengetahuan sumer,slain Basmalah nombor 66, 92, 352, 296 dan 62 merupakan numerical values untuk kalimah Allah, Muhammad SAW, Qur’an, Rasul dan Nabi!Kita semua sedia maklum setiap banduan mempunyai nombor mereka yang tersendiri dan mereka lazimnya dipanggil dengan nombor tersebut. Sebagai seorang Muslim yang waras, tergamak ke kita menyamakan banduan dengan Allah dan Rasul dengan memanggil mereka dengan nombor-nombor tertentu?X ke korang rasa ia mcm satu penghinaan...??? Apatah lagi menukar ayat-ayat dari Al-Quran dan surah kepada nombor lantas sesuka hati menyatakan ini adalah ayat Al-Quran.

Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]

(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. [Asy-Syu’ara’ : 195]

Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Yusuf : 2]

Haaa...kan da terang lg besuruh yg kitab Al-Quran diturnkan dlm Bahasa Arab..wat pe la kita nak sebuk2 gi tukar dia dlm nom arithmetik...Lagipun...kita diperintahkan untuk membaca Al-Quran seperti firman Allah dalam ayat berikut:
"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]
kalo da sumer ditukar dlm nom...cm mana la rupa bacaannya ek...???
One more thin...Nabi SAW pernah bersabda :
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."[Riwayat Ibnu Mas’ud]
Jelas dalam hadis ini bahawa untuk mendapatkan pahala, Al-Qur’an perlu dibaca dengan huruf Arab, dan bukannya nombor.

Fatwa Mengharamkan

Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:

Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan : Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T...Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

Kesimpulannya,nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman n bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan fahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan fahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an. WALLAHUA'LAM....

p/s: kalo nk tau ngan lbey detail tntang fahaman karut 786 ni, sahabat sumer bley la baca atikel penuh dlm http://www.iluvislam.com/

Wednesday, June 11, 2008

GURAUAN YANG MELALAIKAN

Bismillahirrahmanirrahim....

Da org kata,gelak ni awet muda...n boleh menegangkan kulit muka...Da jugak yg cakap gelak ubat sgala penyakit...mgkin btol n mgkin x...papepun...AWAS!!!coz bnyk ketawa or begurau senda dipercayai bley melalaikan hati...Maka disebabkan e2,Rasulullah melarangnya sprt sabdanya yg bermaksud,"Jika kmu tahu apa yg ak tahu,nescaya kmu akan bnyk menangis dan sedikit tertawa." - Riwayat Bukhari & Muslim drp Anas & Aisyah Abu Bakar...

Pesanan Saidina Umar Al-Khattab,"Sesiapa yg bnyk ketawa,nescaya dia kurang disegani org.Sesiapa yg suka begurau senda,nescaya org akan memandang ringan terhadapnya.Sesiapa yg memperbanyak sesuatu,nescaya dia akan menjadi terkenal kerana sikapnya e2.Sesiapa yg bnyk bohongnya,nescaya bekurang malunya.Sesiapa yg kurang sifat malunya,nescaya kurang waraknya.Dan sesiapa yg kurang waraknya,nescaya mati hatinya."

Kata Saidina Umar lg,"Tahukah kamu mengapa begurau senda e2 dinamakan Al-Muzaah (alih atau ubah)...???" jawab sahabat yg len,"Tidak!!" maka jawab Umar,"kerana gurau senda (Al-Muzaah) e2 mengalih atau mengubah seseorang drp kebenaran..."

Masya Allah...takutnya tem baca hadith ni...rs cam tekena batang idung sendri lak...Arap kita semua dapat iktibar drp hadith di atas...dan sama2 berusaha untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik dr semasa ke semasa...NotHinG IS ImpoSsibLe..CHAIYO!!!nasihat untuk korang sumer dan terutamanya untuk diri sendiri...WALLAHUA'LAM....

CARA2 NAK ILANGKAN CENGKAM KUKU

Salam....
Haa....arini rasa cam nak kongc petua lak ngan korang sumer...td saya dok belek2 MW...pas2 tenampak lak petua tuk ilangkan cengkam kuku...1st2 baca petua ni nak tegelak pon ada...coz tringat lak tem zaman skola mngh dulu...cengkam kuku adlh antr penyakit plg femes kat skola...sampai jdik bhn tuk ngumpat...peliknya,yg slalu jdik cengkam kuku nih adlh student pempuan...student laki x penah lak dengar ada yg tekena penyakit ala2 kronik nih (kalo da sampai tahap nanah n kuku tecabut)...tu sebab kot diorang amek kesempatan nih ngata dak pempuan...nasebla saya x penah lg kena penyakit nih...malu seyh...huhu...alhamdulillah...anyway...bebalik pada cter asal...ni haaa cara2 tradisional tuk ilangkan masalah cengkam kuku...



# Panaskan beberapa bijik limau pada kayu api.titiskan pd kuku yg mencengkam.ulangi 2 or 3 kali sehari.Insya Allah masalah cengkam kuku akan beansur pulih...

Senangkan...cuba la eaaa...blom cuba blom tau...NotHinG IS ImpOsSibLe...CHAIYO!!!

Monday, June 9, 2008

AKHIRNYA..........

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...AKHIRNYA dapat gak ak create blog sndri...syoknye...!!!kegembiraan yg sukar digambarkan...hehe...ingatkan susah sgt wat blog nih...act,x la sesusah yg digambarkan...Tringat lak kenangan tem blaja WS (Sains Informatik) tem kat mtrx dulu...projek plg susah tem nak wat website sndri...da la buta IT lg tem 2...pas tu lak...punye la susah...sampai brapa ari x tido...naseb x baik last day nak kena submit,background lak wat hal...x kluar2...tensen tol...!!!ak caye...kngkwan len kt KMKN pown sama tensen ngan i...spesyeli ma klasmet,S19 n bebudak klas cekgu H.....sblm masuk kelas je msti ketaq lutut...haks8...anyway,thanx gak 2 cekgu H... coz kalo bukan sbb dia myb ak still buta IT lg...papepun,wat sahabat2 sumer,rjen2 la view ma blog ek...kasi meriah lg ini blog...ngeh8...Wassalam.....
Related Posts with Thumbnails