Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

TARBIYAH ITU~~

Bismillahirrahmanirrahim...


Baru ni, masa keletihan.. kepala pusing.. n pening2 lalat.. saya pause kejap buat esaimen.. biasa, bila bosan, macam jadi kemestian tuk pegi menjengah 'muka buku'.. masa tengah membelek2 muka buku, saya terbaca satu link d page kawan.. waaaaarggghhh, sungguh menikam jiwak! rasa macam ada satu benda GEDEBUKK jatuh atas kepala n batang idung yang tak berapa nak mancung.. huhuhu.. eh, cuba lah baca.. adakah kamu pun akan rasa GEDEBUK macam saya???


**********************************************************

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa


Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikut
yang senang dan mudah, join
yang penat, bersusah payah, elak


Tarbiyyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
Atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami


Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat
Tak share pun dengan orang lain


Yang cepat mengalah
Yang meletakkan multaqa', qiamullail, daurah, dan tamrin dalam diari
Hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain
Yang hanya pandai cakap [dan menulis], tapi amal kosong
* oh, ini sangat terasa T__T *


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
Hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu
'Group' ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.


Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat
Mesti naik motokar besar dan mewah
Yang air-cond, dan laju
Yang tak nak naik bas, public transport
Dan yang kena berpeluh-peluh


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini
Sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information


Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
Dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah
Dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot


Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika
Kerja nak beri alasan ini dan itu
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar


TARBIYYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA
TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYYAH


Tanpa anda [orang yang sering beralasan ini]
Dakwah akan terus berjalan
Islam akan tetap berjaya
Ummah akan tetap terpelihara


Cuma tanpa pencerahan
Tanpa tarbiyyah
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti


Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“Amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dr Nya”


********************************************************

~> thanx a lot kepada si penulis.. sgt telupa nk save link atikel ni.. sebagai penghormatan, saya doakan semoga Allah memberikan segala kebaikan kepada kamu.. amin~

~> Ada beberapa menda dalam atikel tu saya edit atas sebab2 tetentu



Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Taubah, 9:121]


Notajaritelunjuk: Macam mana??? Ada terasa macam kena tembak dengan machine gun kah???

Wednesday, March 18, 2009

PERJALANAN MASIH JAUH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bismillhirrahmanirrahim...

Sedikit kata2 untuk dikongsikan...smoga sama2 beroleh manfaat...

Hidup ini umpama perlarian.
Waktu kita berlari, kadang2 kita terjatuh dan tersungkur…
Dan mungkin kaki kita berdarah…
Kita hanya ada dua pilihan;
BANGUN dan trus berlari semula...
Atau trus KAKU d situ…
Sumer orang pernah melalui saat kejatuhan…
Yg penting, bla kita jatuh dan kaki kita berdarah...
Kita perlukan kekuatan untuk bangun semula...
Ambillah sedikit masa untuk kita menenangkan rasa sakit itu…
Sapu darah, balut lukanya dan truskan berlari...
X perlu untuk kita toleh ke blakang lagi coz sumenye dah berlaku…
Yg penting, amek iktibar dari kesilapan masa lalu...
Dan fikirkan apa yg ada d depan n masa hadapan…


Wallahua'lam....

Wednesday, October 29, 2008

Hidup nie kdg2 sprt bahtera d tngh laut yg bgelora..
Kta x tau ke mana haluan yg kta kena tuju..
Lntaran pula hati kecil kita btanya..
Sama ada kta mampu lalui semua ini..
Atau tpaksa menyerah dgn badai yg melanda..
Dan akhirnya tenggelam ke dasar laut..
Oleh itu, layarkanlah bahteramu dgn keimanan dan penuhi bekalanmu dengan amalan..

Kdg2 hidup kita nie sprt burung..
Yg dibelai manja..
Walhal kta x menyedari akan cepatnya masa blalu..
Krn keasyikan dlm sangkar dunia..
Oleh itu, kejarlah amalan jariah sbg modal d akhirat kelak agar kta x leka dgn phiasan dunia..


Kdg2 juga hidup kita ni sprt bulan..
Yg muncul d malam hari ttp blabuh d kala fajar menyinsing..
Kita tidak tahu keadaan kta slps ini..
Sama ada timbul tenggelamnya sprt bulan..
Jka timbul maka ia akan menampakkan cahanya..
Manakala jka tnggelam maka kegelapan itu mhantui kta..
Oleh itu, suluhlah ia dgn cahaya keimanan dan istiqamah dlm mjalankan ibadahNya..


Alangkah indahnya hidup kita jka keadaan sprt bunga kasturi..
Yg tumbuh mekar dan mharumkan..
Oleh itu, siramlah ia dgn ketaqwaan..
Dan membetulkan nawaitu syahadat kita..
Sekaligus menjaga hubungan kita dgn Allah..
Serta hubungan kita sesama manusia..
Agar pjalanan hidup kta tidak tpesong dr landasan yg sebenar dan hakiki..
Insya-Allah­....

Sunday, July 6, 2008

SEKUDUS NUR ILAHI


Wahai rumput yang menghampar,
Adakah kau bawa benih kasih pada sukma tanah yang gersang dan kontang ini...???
Supaya bisa kubajai kesuburannya dari mati kehausan...

Wahai angin yang mengiwir,
Adakah kau bawa sebarang berita gembira pada sekeping hati yang kecamuk ini...???
Supaya bisa kutenteramkan ia dari badai dan ribut kencang...

Wahai bulan,
Bukankah cahayamu indah di kala malam...???
Ku pohon kau bersinar tiap kali malam ku muncul,
Supaya tidakku berjalan di dalam zulmat...

Wahai Matahari,
Masihkah kau bersinar di antara dua ufuk...???
Melantar jumantera dengan warna jingga di kala senja,
Supaya bisa kutumpang cahayanya biar seketika cuma...

Wahai Tuhan,
Yang menghamparkan rumput di Bumi,
Yang meniupkan angin,
Yang menyinari malam,
Yang memijarkan siang,
Aku perlukan lembayung rahmatMu...

TanpaMu,
Aku binasa...!!!!

::Petikan dari novel SEKUDUS NUR ILAHI karya A.UBAIDILLAH ALIAS











Related Posts with Thumbnails