- nak buat buku latihan/aktiviti untuk Pemulihan Khas dan pasarkan [buku aktiviti untuk pemulihan susah sungguh nak jumpak. buat sendiri la senang. org lain espesyeli cikgucikgu dlm bidang Pemulihan pn blh dpt manfaat, insya Allah]
- bukak butik kawen muslimah [butik kawen yang menawarkan pakej pengantin muslimah. butik macam ni pn susah sungguh nak jumpak la nih. permulaan mungkin secara on9 dlu]
- bukak PASti
- bukak pusat tuisyen matematik utk skolah rendah [saya pencinta matematik]
- kawen dengan orang kaya.. haha.. ni acah je.. eh, eh.. btol ape.. kaya agama, insya Allah ;p [rindu merapu meraban dalam ni :D]
Followers
::LANGKAH TERCIPTA::
Saturday, October 6, 2012
AKU KAYA
Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sungguh.
Saya nak kaya.
Saya punya banyak cita cita.
Ada projek ratusan ribu ringgit dalam kepala.
Misalnya, nak beli tanah dan sebagainya.
Semuanya untuk membantu gerak kerja Islam, insya Allah.
Anganangan ke arah nak kaya:
Ehem, ehem.. para pembaca yang budiman, doakan saya na supaya saya boleh jadi kaya.. mungkin saya tak mampu nak buat semua yg ada dalam senarai kat atas.. Tapi, bak kata Hukama', "Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua." saya akan usahakan at least satu anganangan tersebut terlaksana dalam masa yang sama amanah sebagai pendidik tidak dikesampingkan. Insya Allah~
Lagi satu, yang lebih penting, doakan saya KAYA DALAM REDHA ALLAH.. kaya disebabkan pertolongan Allah.. ni yang terpenting daripada yang penting.. sebab saya tak nak mewarisi sikap Qarun Laknatullah.. yang mana, semakin Allah beri nikmat, semakin takbur dan kufur akan nikmat yang diberi.
Sebaliknya saya berusaha untuk meneladani Abdul Rahman B. Auf. semakin kaya, semakin merendah diri dan tunduk pada Allah. Abdul Rahman B. Auf menggunakan segala kekayaannya demi perjuangan Islam. Sehinggakan Rasulullah menggelar beliau, "Saudagar Allah" Subhanallah :')