Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Thursday, August 6, 2009

BAYI JADIK MAKANAN BIAWAK!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Ada sesuatu utk dikongsi...
Ada sesuatu utk dihayati...
Ada sesuatu untuk difikirkan...

Apakah dosa si kecil ini sehingga diperlakukan mcm nih???


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

sumber:: http://www.kosmo.com.my


Ke manakah hilangnya sifat perikemanusiaan manusia?
Terutamanya yang begelar IBU n AYAH (layak ke?)...
Pandai buat anak...
Tapi x reti pulak nk didik/jaga...
Bukan ke anak 2 amanah dr Allah...
Nampak gayanya orang zaman sekarang lebih Jahiliyah dr Zaman Jahiliyah...
Tak kire anak laki ke perempuan semua diorang blasah...
Ada yg mati sblm smpat mlihat dunia lg (dgugurkan)...
Ada yang diperlakukan mcm sampah...
Si ibu/ayahnya pulak...
Sanggup buang anak dlm tndas n flush...
Sanggup buang anak sampai jadi bhn mknn binatang buas (n etc)...
n paling kejam...
Sanggup buat anak2 yg x bedosa nih sbg hidangan mknn!!...
Nauzubilahiminzalik...
Ya Allah...
Engkau kurniakanlah kesedaran dan hidayahmu ke atas mereka...
Juga ke atas kami...
Jauhkanlah kami Ya Allah dari drp jalan yg sesat lg menyesatkan...
Juga drp perkara2 yg bleh mendatangkan kemurkaanMu...
Ameen...


Psss::
  • Asif (maaf) kalo entry kali ni agak kasar bunyinya... kemarahan, kesedihan n kekeciwaan yg x tertahan...
  • Insya Allah 7 October 2009 ni akan diadakan slot pembentangan unit betajuk "Gejala Buang Anak: Apa Kesannya?" dan akan disampaikan oleh unit H3...sama2 la kita hadirkan diri ke Pusat Islam Al-Hidayah tuk kita bincangkan besama2 tajuk ni yg mana isu ini smakin menggila terutama d kalangan masyarakat Islam sndrik...Wallahua'lam...


WAJAH SUCI BY MESTICA

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Wednesday, August 5, 2009

SIAPAKAH WANITA YANG GAGAH???

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapakah wanita yang gagah???


Wanita yang gagah adalah...

Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Wanita yang tidak takut pada kemiskinan,

Wanita yang tidak gentar pada gertakan lawan,

Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,

Tetapi pada kekuatan perasaan,

Kegagahan wanita berdiri di atas keteguhan iman,

Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah yang ehsan,

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita budiman...

SIAPAKAH LELAKI YANG CANTIK???

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapakah Lelaki yang Cantik???



Lelaki yang Cantik Adalah....

Lelaki yang mampu mengalirkan air mata tatkala mengingati Tuhan,

Lelaki yang sedia menerima segala teguran,

lelaki yang memberi madu setelah menerima racun,

Lelaki yang tenang dan lapang dada,

Lelaki yang baik sangka,

Lelaki yang tak pernah berputus asa,

Lelaki yang bisa memjadi pemimpin kepada wanita...


Kecantikan lelaki itu berdiri di atas kemuliaan hati,

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi,

Adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki...

Tuesday, August 4, 2009

SELSEMA BABbb...Ooopss!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Lately, sumer org sebuk bercakap pasal Influenza A…Swine Flu…H1N1… Selsema BAB 1…n bla3…all da different words, but it hav da same meaning…Diri ni pn sbnarnya sgt risau…x mustahil kalo penyakit ni tekena kat btg idung sndri kan? Nauzubillahiminzalik…tkutnyer…rsanya dri ni smakin hmpir dgn kematian… tringat lagu Pesona Dunia yg dinyanyikan oleh In-Team…

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Cukupkah bekal yg aku nk bawak menghadap si Dia???Ya Allah…aku blom besedia…Huuuuuu~ (T_T)

Shbt2 sekalian,

Blom pn kita bebas spenuhnya dr bird flu, dtg plak ancaman baru, H1N1…yg lebih dahsyat n power…virus ni bermutasi n mrebak dgn sgt pntas…dkat Mexico saja, sudah lebih 100 nyawa terkorban…kt Mesia pn, kalo x clap da lebih drp 5 kematian yg dilaporkan…n x mustahil angka kematian akan trus meningkat…Nauzubillahiminzalik…Menurut Prof Madya Dr. Siti Suri Arshad, pakar virology dr Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, virus H1N1 ini boleh membawa ancaman yang sangat dahsyat kpd manusia…lebih dahsyat bebanding bird flu n SARS…sbbnya virus ini merupakan 3 kombinasi 3 virus dlm 1 (mcm milo 3 in 1 la jugak) yg biasa dtemui dlm badan manusia, burung dan babi…Hingga skrg, saintis masih belum menemui jujukan genom virus tersebut…n dsbabkan itu jugak, virus ini masih belom ditemui vaksinnya…

Ini namanya 'carik penyakit'

SIMTOM-SIMTOM AWAL H1N1

1. Demam
2. Batuk
3. Sakit tekak
4. Sakit badan
5. Pening, sejuk dan kelesuan
6. Sakit perut/cirit-birit n muntah

APA IKHTIAR KITA UNTUK MENGELAK DRP DIJANGKITI H1N1?

FIZIKAL

  1. Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah.Hadkan juga pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti (kuarantin)
  2. Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit
  3. Pantau suhu badan (demam) dan tanda2 jangkitan stp hari.
  4. Sgt digalakkan kpd sesiapa shj (espesyeli bg sapa2 yg ada gejala2 awal sprt demam, btuk n etc) tuk pakai pnutup muka (mask)
  5. Menjaga kebersihan diri:
  • Tutup mulut dan idung dgn tisu, tuala/sapu tgn apb batuk / bersin. Buang tisu yg tlah digunakan ke dlm tong sampah.
  • Bsuh tgn dgn air dan sabun dgn kerap terutama slps batuk / bersin.


Klik pada gambar utk tumbesaran
  • Basuh tgn slps menyentuh, hidung, mulut dan mata anda
  • Elakkan bkongsi peralatan pribadi sprt tuala, spau tgn dll.
  • Pastikn p’udaraan yg baik dlm rumah / tmpt tinggal
  • Pmukaan objek sprt lantai dan meja yg tecemar oleh cecair idung (mucus n etc) / mulut (air liur n etc) perlu dbersihkan dgn cecair klorin. (e.g: cmpurkn 1 bhg Clorox dgn 49 bhg air)

"Dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)"
(Surah At-Taubah:108)


ROHANI

  1. Muhasabah diri, mengingati dan menghitung kembali kesalahan atau dosa yang telah dilakukan apabila ditimpa dengan sedikit ujian ini
  2. Bersabar dan menerimanya dengan reda tanpa sebarang keluhan atau rintihan, jauh sekali menyalahkan qada dan qadar Allah SWT, semestinya Allah SWT Maha Mengetahui akan rahsia dan hikmat di sebalik ujian tersebut.
  3. Memperbanyakkan ibadat, zikir dan doa.
  4. Bertekad dan bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat dan kesalahan yang mengundang bencana dan kemurkaan Allah SWT.
  5. Menunaikan sembahyang sunat hajat, membaca Qunut Nazilah, membanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan membaca doa-doa tertentu.
  6. Memperbanyakkan istighfar dan sentiasa memohon keampunan agar dosa-dosa yang telah dilakukan diampunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Menurut qatadah rahimahullah : 'Al-Quran menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar'.


Alhamdulillah, skang ni pn kt IPG Kampus Ipoh da mula xtvt sprt menunaikan solat zohor…kmudian diikuti dgn solat sunat hajat berjemaah dan tazkirah…bersama2 menadah tgn memohon hidayah dan rahmat Allah smoga wabak penyakit ini akan segera berakhir dan semoga diri kita, seluruh ahli keluarga, saudara2 se-Islam serta sekalian alam mendapat prlindungan Allah dan selamat dr segala penyakit dan bala bencana…Ameen…

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya, bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan perpegang teguh kepada agama Allah)".
(Surah Al-Baqarah:214)
Related Posts with Thumbnails