Followers
::LANGKAH TERCIPTA::
Saturday, June 12, 2010
MALUNYA PADA SI BONGKOK TIGA
Bismillahirrahmanirrahim..
shhhhh.. diam-diam.. nak chori2 chupke2 amek gambar ni.. bak kata peribahasa: cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.. ada kaitan kah? ah, abaikan.. at least, dapat jugak kamu satu peribahasa hari ni.. trima kaseyyy cikgu dla! [??]
Klik! [tak memuaskan]
Klik! [yes, dapat!]
Naaahhhhh...... ini hasil dapatan!
alhamdulillah, asyik asyik [macam nabila 'Mutiara Hati' cakap] dapat tangkap gambar nenek ni.. punya la dok follow dia sampai asyik kena singgung ngan puan mak [tumpang gelak kejap: keh keh] akhirnya dapat jugak cheq tangkap sekeping.. nampak tak apa yang cik dla nampak? hmm2, sensitif kah gambar ni? harapnya idok la yer.. cuba tengok betol-betol dengan mata hati [eceh~] nenek ni bukan tonggek ye.. tapi dia memang macam itu bukan dari azali.. eh, btol la bukan dari azali sebab masa dia kecek-kecek mana ada dia bongkok.. bila da berumur macam ni baru dia bongkok tiga.. sebab tu la cik dla cakap tadi, bukan dari azali dia cenggini.. [uit, uit.. itu pun kau nak elaborate kah? >_<]
opsss.. sori-sori.. alaa~ jangan la marah.. cik dla da lama sangat tak mengupdate belog.. kasi can la sket nak beleter-leter, eh? ^^
actually, cik dla malas nak beleter panjang ni [rasanya baru je kau dok beleter kejap tadi kan? =p] hey kamu sumer, nak tahukah fakta menarik pasal nenek ni???
* cik dla jumpa nenek ni kat satu kelas agama atau dipanggil PAKSI dekat-dekat dengan umah cik dla
* setiap kali cik dla balik umah n pegi kelas tu mesti cik dla jumpa nenek ni.. kakak cik dla cakap, masa cik dla tak da pun nenek ni datang jugak.. ah, senang cakap nenek ni jaraaannnggggg sangat miss kelas ni.. amazing!
* nenek ni JALAN KAKI dan bertongkat dari umah dia sorang-sorang.. n kalau ada sape yang baik hati akan tumpangkan dia masa balik..
* nenek ni tak berapa waras sebenarnya tapi dia voleh ingat jalan nak gi kelas ni!
* nenek ni hidup sebatang kara sebab anak n suami dia da meninggal
kesimpulannya, malu la kita yang muda remaja sihat lagi bertenaga ni tak rasa beminat @ malas @ bosan @ seadeks bradek dengannya tuk mencarik ilmu or pegi ke majlis-majlis ilmu.. sedangkan nenek nenek si bongkok tiga ni pun boleh pegi dengan besusah payah, nape tidak kita??? oh, cik dla pun da termalu ni sebab bila ingat balik, cik dla pun kadang-kadang bla puan mak ajak g PAKSI, cik dla dok pker gak berkali-kali: pegi, tak, pegi, tak sebab memikirkan sedapnya dapat lending atas katil even tilamnya tak berapa nak empuk pungg.. huh, teruk btol! sepatutnya benda-benda baik gini tak payah la dok pker banyak kali.. bla ada peluang kita grab saja! [tulisan haruslah bewarna merah sebab malu bukan?]
so, sape yang baca entry ni [espesyeli la pada si penulis.. sape eh? buat-buat tak kenal diri sendiri pulak dia, dush2!] bila ada je majlis ilmu tu, pegi la ye.. kalau rasa malas nak pegi, ingat kat nenek ni.. jadikan dia sebagai inspirasi kita.. kalau nenek yang da bongkok tiga ni boleh jalan pegi majlis ilmu siap kena panjat tangga lagi tuk sampai kelas, nape tidak kita yang sehat wal lepat liat afiat ni kan???? [kalau la nenek ni tau dia menjadi sumber inspirasiku.. hihi]
ok, tu je nak cakap untuk hari ni.. esok cik dla beleter lagi.. esok?? oh, tolong jangan pecaya.. cik dla ni ibarat menanam tebu di pinggir bibir je kalau bab mengupdate blog ni.. ye la sangatttt nak update blog esok, heh [tu diaa.. dapat lagi satu peribahasa.. untung baca blog cik dla kan? yahaha :D]
emmm, sebelum tu nak kopi susu pasal kelebihan menghadiri majlis ilmu.. kalau rajen, bacalah.. kalau tak rajen, tak payah scroll down.. [haip, acah je! baru je beleter tadi.. mesti kena scroll down ye kawang-kawang]
Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan iaitu:
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.
4- Apabila dia duduk di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
sumber diamek dari cni
sekian dahulu, bersurai sumer~
p/s: tinggal beberapa hari saja lagi untuk sampai ke minggu depan.. dug dag dug dag..
4 8 org suke menyonteng:
uish. segan2. (>_<)
kami pn temalu malu gak.. huhu
cid dla..
mau nanya..
klas paksi tu ktne n ble? klas ape je dlm tu? blaja fiqh ke?
ye cik saad..
klas paksi tu kat merata ada..
tp yg ak p ni kat Kolej Komuniti Bandaq Baru..
dia buat stp hari sabtu kol 9-11pg..
ada ust ajaq fiqh..
ada yg huraikan hadith..
n ada yg tafsir quran..
ust2 tu da tetap..
tp depa slalu gak jmput penceramah lain.. bes oo.. huhu
Post a Comment