(Surah Al-Israa': Ayat 1)
Followers
::LANGKAH TERCIPTA::
Wednesday, November 24, 2010
IBRAH DARI SEKOR CICAK
Bismillahirrahmanirrahim...
cutey [read: cuti] datang lagi!! huuuu~ syoknya, syoknya! ada mat kool sapa kata cuti tak syok, memang dia unik.. saya sukka cuti.. tambah2 lg skang ni.. sbb cuti skarang lain benor dengan cuti masa blajar kt skolah rendah or menengah dulu.. kenapakah? sebab cuti skang tak da homework tp cuti tem skolah dulu melambak2 homework.. keh keh.. boleh bagi reason tu? ;p aniwey, dalam cuti2 pun, yg penting muthobaah [amalan harian] jangan dilupakan.. biasanya tem2 cuti ni la kita slalu ralit sket bab muthobaah ni kans.. ya lah, dok p jalan sana, jalan sini.. mengadap fesbuk tak sudah2.. tp, kalau kita dah jadikan amalan tu sebati ngan kita, p mana pn tak dak masalah untuk kita beramal kan? contohnya, nak balik kampung or makan angin, masa dalam keta still boleh baca mathurat.. kalau tak hafal yg kubra, baca mathurat sughra pn boleh.. kalau dok ngadap fesbuk pulak, jangan dok sembang saja.. boleh je cari bahan2 ilmiah dalam tu.. contoh, bukak la fesbuk ustaz2 macam ustaz azhar idrus ke, ustaz hasrizal abdul jamil [saifulislam] ke, n banyak lagi ustaz2 yang boleh kita mencedok sket ilmu yg depa sampaikan.. n boleh jugak berforum, berdebat, bergerak kerja untuk Islam dan sebagainya.. kita manipulate FB untuk kebaikan Islam, bukankah bagussssss? Mark Zuckerberg ingat dia ja terer, dia tak taw kita lagi terer..
baiklah, yang tadi tu baru intro ^__^ yg nak saya citer kali ni adalah pasal insiden saya balik kampung masa kenduri akad nikah spupu saya baru-baru ni.. alkisahnya, masa kakak saya tengah drive tu [baru nk btolak], tetiba tak tau mai dari mana sekor cicak melekat kat cermin depan keta.. btol2 depan kakak saya.. tegelak2 saya tengok cicak tu melawan rintangan angin yang amat kuat.. bagi kita memang la tak kuat mana, tapi bagi sekor cicak yang cenonet tu, macam ribut taufan kot.. tambah plak kakak saya tengah pecut tem tu..
cicak oh cicak
yang kakak saya pulak berusaha untuk buang cicak tu.. katanya menghalang tumpuan dia nak bawak keta.. adoii, lawak2.. cicak yg cenonet tu pn boleh menghalang tumpuan ke? hmm, ntah la.. masing2 punya cara bawak keta..
tapi, kalau saya, saya nak cicak tu trus stay kat cermin keta sampai kami balik umah.. biar dia criter kat kawan2 atau kaum kerabat dia, "aku p makan kenduri kat sg petani tadi wooo" hmm, agak2 kawan2 n kaum kerabat dia pecaya tak? seekor cicak yang berasal dari bandar bharu kedah p makan kenduri kat sungai petani kedah.. p saja kalau nek keta da dekat sejam setengah.. tak kan seekor cicak mampu bejalan sendiri ke sg petani p n balik dalam masa tak sampai 10 jam.. logik kah bg seekor cicak? tapi adalah logik kalau cicak tu tak p jalan kaki sendiri, tapi dia tumpang keta cik dla yang manis.. kan?
jadi, sapa boleh teka saya nak relate kan kisah cicak ni dengan kisah apa? heheh..
dapat tak?
tak pe, kamu fker dulu.. saya nak layan lagu Binnabil Huda by Unic n In-Team jap.. d(^_^)b
macam mana? dah dapat? tak pe.. jawab dalam hati masing2.. sape yang dah dapat jawab/blom dapat n nak tau jawapan, boleh check jawapan kamu kat bawah ni..
***************************
begini.. cerita cicak ni saya nak relatekan dengan kisah kekasih hati kita, Rasulullah S.AW yang telah mengalami Israk Mikraj pada 27 Rejab sehari sebelum hijrah.. Ramai yang tak pecaya.. contohnya, Abu Jahal, bapa saudara baginda sendiri mengatakan Rasulullah ni gila.. macam mana dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik pulak ke Hadhratul Qudus menemui Allah hanya dalam masa satu malam?
jangan tak tau, bukan Abu Jahal n kafir Quraisy zaman nabi saja yang tak pecaya, malah umat Islam harini pun masih ada yang ragu2 dengan kesahihan kisah Israk Mikraj ini.. saya penah dengar sendiri sorang hamba Allah ni tanya ustaz dalam slot Tanyalah Ustaz kat tv9 dekat di hati dia pelik macam mana Rasulullah boleh p Masjidil Aqsa n naik ke langit hanya dalam masa satu malam?
sebab tu saya datangkan analogi cicak ni.. kebetulan pulak memang btol2 belaku haritu.. cuba kita perati cicak.. memang tak logik kalau dia nak jalan kaki sendiri dari Bandar Bharu ke Sungai Petani p balik dalam masa kurang dari 10 jam.. sangat tak logik.. clap haribulan mati cicak kat tengah jalan kena langgaq lori lari.. tapi, bila mana cicak ni tumpang keta cik dla, mustahil kah dia p n balik dalam jangka waktu yang pendek? tak mustahil kan?
sama jugak ngan kisah Rasulullah yang mengalami Israk Mikraj hanya semalam.. dah tu, Allah turunkan pulak Buraq untuk bawa Rasulullah yang mana kepantasan Buraq ni sama dengan kelajuan cahaya! bejuta kali ganda dari kelajuan keta saga kakak cik dla tu.. ada dikisahkan bila mana Rasullulah tiba di kota Mekah selepas Israk Mikraj, kemudian ada sahabat bertanya tentang bagaimana kelajuan Buraq.. Lalu Baginda Rasulullah menjawab; "Sekali ia melangkah, sejauh mata memangdang!" Allahuakbar..
jadi, apa lagi yang nak dipeliknya???
Peristiwa Israk Mikraj ni merupakan ujian dan mukjizat ke atas Rasulullah yang membuktikan kekuasaan Allah S.W.T.. sapa yang meragui kisah ni, sama lah jugak dengan dia meragui mukjizat Rasulullah n kekuasaan Allah..
Firman Allah S.W.T:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
wallahua'lam..
demikianlah citer cik dla dengan sekor cicak.. smoga kamu smua n saya sndri mengambil ibrah dari citer ni
notajarikelingking:
# bak kata orang taman saya; its better late than never.. Jadi, dikesempatan ni saya nak ucap gak Slamat Hari Raya Korban.. Maaf Zahir Batin :)
# walaupun cicak jadi inspirasi saya untuk becerita harini, tapi tak bemakna saya da bekawan baik dengan cicak.. saya tetap geram kat cicak sbb bagitau kafir Quraisy yang nabi besembunyi dalam gua.. huh!
Labels:
experiences,
ma story...
Sunday, November 7, 2010
NAK JADI AHLI MLM??
Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm, lately cik dla da tekena sindrom yang tak dapat dikenalpasti nama saintifiknya.. yang pasti sindrom ni tak de lah bahaya mana.. cuma, boleh menimbulkan persoalan di benak fikiran [tu diaaa BM A++ punya] soalannya berbunyi begini, "kenapakah cik dla akan berasa sangat rajen nak update blog menjelang exam?" eesok nak exam, secara tiba2 mood nak update blog pun hadir tanpa dapat ditangguh2 lagi.. pelik bukan? tem free tak hengat nak update.. tem kalut nak kena baca buku ni la baru mood tu mari.. hmm, haru sungguh..
btw, kebetulan 2 hari lepas saya ada tulis kat status fesbuk semacam ini:
maka arakian tersebutlah kisah bukan sedikit yang komen & chatting & pm saya tuk tahu maksud status saya tu.. jadi, nak senang citer, saya jawab je lah soalan kamu2 tu kat cni yek :)
Baik, MLM [Multi-Level-Marketing] yang saya maksudkan tu bukan lah macam MLM zaman skarang yangbanyakmentindasorang ITS TOTALLY DIFFERENT!
MLM yang saya maksudkan ni jugak modal n urusniaganya bukan melibatkan $$$$$ saja, tapi LEBIH dari tu.. kerana ia melibatkan urus niaga dengan Allah.. baca dan fahami ayat di bawah:
Firman Allah S.W.T:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan BERJIHAD di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam JANNAH yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keuntungan yang besar.
[As-Shaff:10-12]
dalam Al-Quran sendiri Allah da ajar kita urus niaga yang paling hebat n menguntungkan
Bagaimana caranya?
1) beriman kepada Allah dan Rasulnya
2) berjihad/berjuang di jalan Allah dengan HARTA dan JIWA
Apakah keuntungannya?
1) lepas dari azab neraka
2) diampunkan dosa
3) dimasukkan ke dalam syurga
memang bukan mudah untuk dapat syurga Allah.. kalau kita nak, kita kena korbankan bukan stakat harta, tapi jugak jiwa kita.. namun, harus diingatkan, dunia yang kita tinggal ni sementara ja.. n kehidupan kat akhirat sana nu yang abadi n kekal selama2 nya.. jadi, pilih antara dua: nak syurga dunia atau syurga d akhirat sana?
ok, itu baru dari aspek jual beli.. blom masuk MLM lagi.. keh keh.. jadi, apakah kaitannya dengan MLM? baca n fahami pulak kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rasulullah S.A.W untuk Saidina Abu Bakar r.a:
"Kalau ditimbangkan amalan Abu Bakar dengan seluruh amalan umat-umat terkemudian, nescaya tidak dapat menandingi amalan beliau"
Subhanallah.. hebatnya Saidina Abu Bakar sampaikan kalau kumpul amalan2 kita still x leh lawan dia..
hmm, apakah formula beliau?
untuk yang lain2 mungkin kamu [saya jugak] boleh bukak sendiri buku sirah n baca tentang kehebatan Abu Bakar.. yang saya nak state kat cni satu je.. sbb kalau nak hurai semua esok pn tak habes.. esok saya exam woi [aik, teremo pulak secara tiba2.. hihi]
sambung.. saya penah dengar tazkirah dari sorang ustaz yang sangat hebat.. kalau bagi skala 1-10.. saya akan bg kat dia 11.. series! ustaz ni cakap, mungkin salah satu formula Saidina Abu Bakar adalah melalui konsep MLM..
kalau kita imbas sirah, antara orang yang terawal peluk Islam adalah:
1) Saidina Ali: kanak2 petama peluk Islam
2) Siti Khadijah: perempuan petama peluk Islam
3) Saidina Abu Bakar: lelaki dewasa petama peluk Islam
memandangkan masa tu Islam masih baru bertapak, ditambah pulak dengan Saidina Abu Bakar lah lelaki dewasa petama yang peluk Islam.. jadi, beban dakwah terletak di bahunya untuk bedakwah n sebarkan Islam besama2 Rasulullah.. secara tidak langsung dialah merupakan penggerak terawal.. n hasil usaha beliau juga, beliau berjaya mengkaderkan ramai pejuang2 Islam n Alhamdulillah, Islam masih berkembang dan sampai kepada kita sehingga ke hari ni..
ok, nampak tak kaitannya dengan MLM? haha, kalau tak nampak, maafkan saya.. bukan kamu yang bersalah sebab tak faham.. tapi saya yang tak pandai nak becerita.. tak pe lah, saya cuba jugak untuk memahamkan kamu semua..
gambar rajah 1: MLM
begini, perkaitannya dengan MLM ni adalah, bila mana Abu Bakar berjaya mengIslamkan saudara baru ketika itu + mengkaderkan pejuang2 Islam yang hebat, kemudian, pejuang2 ini pulak berjaya mengkaderkan pejuang2 generasi yang berikutnya n proses ini berterusan sehingga sekarang.. malah, proses pengkaderan pejuang2 Islam ini akan berterusan pastinya sehingga hari kiamat.. jadi, tak hairan lah bila Rasulullah mengucapkan "Kalau ditimbangkan amalan Abu Bakar dengan seluruh amalan umat-umat terkemudian, nescaya tidak dapat menandingi amalan beliau" kerana pahala yang beliau dapat tidak penah putus2 sehingga satu saat di mana malaikat Israfil akan meniupkan sangkakalanya.. ditambah pulak beliau lah orang terawal menjadi penggerak dakwah besama Rasulullah.. bukankah ini juga merupakan konsep MLM? [rujuk gambar rajah 1.. its not exactly, tp lebih kurang la]
jadi, mahukah kita jadi seperti Saidina Abu Bakar? dapat pahala tak putus2.. even da ada dalam tanah nnt pun pahala tetap bejalan.. subhanallah.. sioknya!
macam mana nak jadi ahli??? ada caranya.. tp bukan mudah kalau kamu sekadar nak bersenang-lenang.. saya bagi jalan macam mana kamu nak amalkan konsep MLM ni.. iaitu lah
1) berusaha untuk menjadi pejuang2 Islam [jundullah] dan dalam masa yang sama meng'ajak' sahabat2 yang lain jugak tuk jadi pejuang Islam
2) berusaha untuk menjadi naqib/ah
3) paling mudah, kamu sampaikan ilmu yang bermanfaat, n insya Allah selagi mana ilmu itu diperturunkan n diamalkan, pahala yang kamu dapat pun tak putus2
adeh, puas sudah berceloteh.. kamu fahamkah apa yang saya story ni??? da nampak MLM yang saya maksudkan??
sapa yang ada kritikan or penambahbaikan sila la berbuat demikian.. ini saya elaborate berdasarkan apa yg saya faham n dengar dari cramah ustaz berkenaan..