Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Wednesday, November 24, 2010

IBRAH DARI SEKOR CICAK

Bismillahirrahmanirrahim...


cutey [read: cuti] datang lagi!! huuuu~ syoknya, syoknya! ada mat kool sapa kata cuti tak syok, memang dia unik.. saya sukka cuti.. tambah2 lg skang ni.. sbb cuti skarang lain benor dengan cuti masa blajar kt skolah rendah or menengah dulu.. kenapakah? sebab cuti skang tak da homework tp cuti tem skolah dulu melambak2 homework.. keh keh.. boleh bagi reason tu? ;p aniwey, dalam cuti2 pun, yg penting muthobaah [amalan harian] jangan dilupakan.. biasanya tem2 cuti ni la kita slalu ralit sket bab muthobaah ni kans.. ya lah, dok p jalan sana, jalan sini.. mengadap fesbuk tak sudah2.. tp, kalau kita dah jadikan amalan tu sebati ngan kita, p mana pn tak dak masalah untuk kita beramal kan? contohnya, nak balik kampung or makan angin, masa dalam keta still boleh baca mathurat.. kalau tak hafal yg kubra, baca mathurat sughra pn boleh.. kalau dok ngadap fesbuk pulak, jangan dok sembang saja.. boleh je cari bahan2 ilmiah dalam tu.. contoh, bukak la fesbuk ustaz2 macam ustaz azhar idrus ke, ustaz hasrizal abdul jamil [saifulislam] ke, n banyak lagi ustaz2 yang boleh kita mencedok sket ilmu yg depa sampaikan.. n boleh jugak berforum, berdebat, bergerak kerja untuk Islam dan sebagainya.. kita manipulate FB untuk kebaikan Islam, bukankah bagussssss? Mark Zuckerberg ingat dia ja terer, dia tak taw kita lagi terer.. http://www.emocutez.com


baiklah, yang tadi tu baru intro ^__^ yg nak saya citer kali ni adalah pasal insiden saya balik kampung masa kenduri akad nikah spupu saya baru-baru ni.. alkisahnya, masa kakak saya tengah drive tu [baru nk btolak], tetiba tak tau mai dari mana sekor cicak melekat kat cermin depan keta.. btol2 depan kakak saya.. tegelak2 saya tengok cicak tu melawan rintangan angin yang amat kuat.. bagi kita memang la tak kuat mana, tapi bagi sekor cicak yang cenonet tu, macam ribut taufan kot.. tambah plak kakak saya tengah pecut tem tu..




cicak oh cicak


yang kakak saya pulak berusaha untuk buang cicak tu.. katanya menghalang tumpuan dia nak bawak keta.. adoii, lawak2.. cicak yg cenonet tu pn boleh menghalang tumpuan ke? hmm, ntah la.. masing2 punya cara bawak keta..


tapi, kalau saya, saya nak cicak tu trus stay kat cermin keta sampai kami balik umah.. biar dia criter kat kawan2 atau kaum kerabat dia, "aku p makan kenduri kat sg petani tadi wooo" hmm, agak2 kawan2 n kaum kerabat dia pecaya tak? seekor cicak yang berasal dari bandar bharu kedah p makan kenduri kat sungai petani kedah.. p saja kalau nek keta da dekat sejam setengah.. tak kan seekor cicak mampu bejalan sendiri ke sg petani p n balik dalam masa tak sampai 10 jam.. logik kah bg seekor cicak? tapi adalah logik kalau cicak tu tak p jalan kaki sendiri, tapi dia tumpang keta cik dla yang manis.. kan?


jadi, sapa boleh teka saya nak relate kan kisah cicak ni dengan kisah apa? heheh..


dapat tak?


tak pe, kamu fker dulu.. saya nak layan lagu Binnabil Huda by Unic n In-Team jap.. d(^_^)b



macam mana? dah dapat? tak pe.. jawab dalam hati masing2.. sape yang dah dapat jawab/blom dapat n nak tau jawapan, boleh check jawapan kamu kat bawah ni..


***************************

begini.. cerita cicak ni saya nak relatekan dengan kisah kekasih hati kita, Rasulullah S.AW yang telah mengalami Israk Mikraj pada 27 Rejab sehari sebelum hijrah.. Ramai yang tak pecaya.. contohnya, Abu Jahal, bapa saudara baginda sendiri mengatakan Rasulullah ni gila.. macam mana dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik pulak ke Hadhratul Qudus menemui Allah hanya dalam masa satu malam?


jangan tak tau, bukan Abu Jahal n kafir Quraisy zaman nabi saja yang tak pecaya, malah umat Islam harini pun masih ada yang ragu2 dengan kesahihan kisah Israk Mikraj ini.. saya penah dengar sendiri sorang hamba Allah ni tanya ustaz dalam slot Tanyalah Ustaz kat tv9 dekat di hati dia pelik macam mana Rasulullah boleh p Masjidil Aqsa n naik ke langit hanya dalam masa satu malam?


sebab tu saya datangkan analogi cicak ni.. kebetulan pulak memang btol2 belaku haritu.. cuba kita perati cicak.. memang tak logik kalau dia nak jalan kaki sendiri dari Bandar Bharu ke Sungai Petani p balik dalam masa kurang dari 10 jam.. sangat tak logik.. clap haribulan mati cicak kat tengah jalan kena langgaq lori lari.. tapi, bila mana cicak ni tumpang keta cik dla, mustahil kah dia p n balik dalam jangka waktu yang pendek? tak mustahil kan?


sama jugak ngan kisah Rasulullah yang mengalami Israk Mikraj hanya semalam.. dah tu, Allah turunkan pulak Buraq untuk bawa Rasulullah yang mana kepantasan Buraq ni sama dengan kelajuan cahaya! bejuta kali ganda dari kelajuan keta saga kakak cik dla tu.. ada dikisahkan bila mana Rasullulah tiba di kota Mekah selepas Israk Mikraj, kemudian ada sahabat bertanya tentang bagaimana kelajuan Buraq.. Lalu Baginda Rasulullah menjawab; "Sekali ia melangkah, sejauh mata memangdang!" Allahuakbar..


jadi, apa lagi yang nak dipeliknya???


Peristiwa Israk Mikraj ni merupakan ujian dan mukjizat ke atas Rasulullah yang membuktikan kekuasaan Allah S.W.T.. sapa yang meragui kisah ni, sama lah jugak dengan dia meragui mukjizat Rasulullah n kekuasaan Allah..


Firman Allah S.W.T:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)



wallahua'lam..


demikianlah citer cik dla dengan sekor cicak.. smoga kamu smua n saya sndri mengambil ibrah dari citer ni


notajarikelingking:

# bak kata orang taman saya; its better late than never.. Jadi, dikesempatan ni saya nak ucap gak Slamat Hari Raya Korban.. Maaf Zahir Batin :)


# walaupun cicak jadi inspirasi saya untuk becerita harini, tapi tak bemakna saya da bekawan baik dengan cicak.. saya tetap geram kat cicak sbb bagitau kafir Quraisy yang nabi besembunyi dalam gua.. huh!

2 8 org suke menyonteng:

Kak Mahh said...

Akak tak conteng tau,nak tulis sini sikit je...macam mana cicak boleh ada kat situ?

Super0wsem! Clozzette said...

boleh je mana2 kak.. nak conteng ke, nk tulis ke.. heheh

saya pn dok terpelik2 gak ngan mak.. cicak tu mai mana? masih blom dapat dikenalpasti.. huhu

Related Posts with Thumbnails