Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Sunday, November 25, 2012

KARIPAP GAJAH MADA ;p

Nak panggil karipap giant pn booooleh laa.. hehe


Bismillah, cadangnya harini nak berkongsi satu resepi iaitu KARIPAP GAJAH.. karipap gajah ni meninggalkan memori yang sgt mendalam pada penulis... satunya sebab arwah sepupu saya sangat suka karipap ni.. kalau pegi taiping, mesti dia request nak karipap gajah sbb kat kamunting ada satu gerai jual karipap gajah yang sungguh sedap.. lg satu, dulu masa kecikkecik ada jiran sebelah rumah yang saya panggil 'mak yang' kalau buat mesti passing kat fmly saya.. sgt suka sebab dalam dia ada telur.. rasa dia totally different dgn karipap biasa.. dari dulu saya terpelikpelik macam mana boleh letak telur dalam karipap.. ye lah, biasa yang penah tengok dengan mata kepala letak sardin n kentang yang da dimasak..  


baru ni tengok masterchef, asyik menelan air liur tengok che lah punya karipap gajah. walaweh~ tak boleh jadik ni.. kena buat ni.. nak cari bukan senang. tak banyak tempat ada jual karipap gajah.. jadi, mula lah menggugel dalam website masterchef cari resepi karipap gajah che lah..


da jumpa resepi, then, saya olahkan.. Alhamdulillah~ menjadi la jugak.. idak le sesedap tahap masterchef kan.. tapi, boleh taruk dalam kategori menyelerakan jugak la.. cewwahh~  http://www.emocutez.com


Adeh, banyak plak cakap.. Jom la, kita mula menguli!


Bahanbahan (utk 2-3 orang):

PASTRI

2 cawan tepung gandum
minyak
1/2 cawan air
garam

INTI

3 biji telur
daun bawang
bawang merah (diricik)
cili padi (diricik. kalau suka pedas)
garam
10 ekor udang (dicincang)
1 batang sosej (potong bulat)


Caracara masak:

PASTRI

panaskan minyak. agakagak da panas, letak dalam 3-4 sudu minyak dalam tepung tadi. gaul biar dia jadi ketulketul gitu. pastu masukkan air yang da dicampur dengan garam (agak2 la garam.. jgn banyak sangat takut pastri tu masin sgt plak) tuang air sikit demi sikit.. uli  tepung sampai jadi doh.. nak tau doh tu ok ke x, kalau ok, dia da x melekat2 dekat tangan dan bekas. pastu rasa lembut n gebu je.. tapi kalau terlembik, xpe.. don't gabra nehi.. heheh.. tambah tepung sikit n uli sampai jadi doh yang diimpikan :) da jadik doh, biarkan kejap kasi dia rehat sebelum kita canaicanai dia  http://www.emocutez.com


sementara nak tunggu doh berehat, jom kita prepare inti


INTI

ok. nak buat inti ni tak da syaratsyarat yang spesifik. dia guna prinsip belasah aje nak buat inti apa pun..  cuma, kita da biasa makan karipap yang inti kentang n sardin kans, jadik saya suggest kita buat la inti telur plak. lagipun karipap gajah memang biasanya inti dia telur pun.. di situ la terletak keenakannya yang maksimum! :)


doh yang saya buat tadi saya bahagikan kepada 3 doh kecik.. thats y saya guna 3 bijik telur.. 1 telur untuk sebijik doh. disebabkan kat dalam rumah ni ada anak tekak yang pelbagai (ada tak makan sosej, ada tak makan pedas), jadi saya tepaksa asingasingkan adunan untuk inti.. tapi kalau org umah kamu makan je apapun, adun je semua sekali dalam satu bekas.. jimat masa dan tenaga :)


saya ulang lagi skali. takda bahan/syarat spesifik nak buat inti. jadi, ikut suka la kamu nk letak apapun. ikut sedap anak tekak masingmasing.. kalau kamu suka makan daging, blh letak daging kisar. kalau suka ayam, sotong, cendawan or watever yang ada dalam peti ais kamu tu, belasah aje.. pada saya, bahan yang wajib kena ada adalah TELUR.. boleh je nak letak telur, daun bawang, bawang n sedikit garam sahaja. itupun dah memadai sebenarnya.. bg yang 1st time nak buat karipap gajah ni, kamu boleh aje cuba buat ikut bahan yang saya list kan kat atas tu ye :)


bila da siap buat inti n doh pun da cukup rest, kita mula canaikan doh yang da dipisahkan tadi menjadi 3.. doh tu jangan terlalu kecik n jangan terlalu besar. agak2 bila dah canaikan boleh dapat sebesar ini. 


ihsan: encik gugel (lupa nak snap)

doh yang da dicanai tu kena letak dalam pinggan yang berlekuk sbb nak tuang adunan inti (pinggan tu sapu skit dgn minyak atau tepung supaya tak melekat n senang nak tarik.. kalau letak dalam bekas rata, nnt kang meleleh pulak.. one more thing, jgn canai doh tu terlalu nipis takut nanti bila da masukkan inti dia pecah pulak.. agak2 la ye (kalau guna resepi saya kena terer dalam bab mengagakagak ;p)


next step, masukkan inti.. biar lebihkan bahagian pastri supaya nanti senang nak kelim.. 



ihsan: encik gugel (lupa nak snap)


lipatkan pastri dan gunakan kelembutan jari jemari anda untuk proses mengelim ;)


ihsan: encik gugel (lupa nak snap)



akhir sekali, goreng dalam minyak yang banyak.. dan, tadaaa~ jadilah KARIPAP GAJAH!  http://www.emocutez.com


huduhnye la.. kehkehkeh..merekot-rekot je karipap tu macam gajah patah kaki.. haha.. nak tau kenapa? haaa~ sebabnya, kuali yang diguna tak cukup besor.. nak goreng gajah mesti la kuali pn kuali gajah dok? haha. so, lain kali ingat! guna kuali besar sket.


satu lg, kalau kamu suka telur mata kerbau, boleh je pecah telur sebijik dalam doh yang dah dicanai. pastu tabur dengan bahan2 yang lain.. pn menarik jugak.. saya tak berapa minat telur mata kerbau.. sebab tu saya kacau je~


ni karipap gajah telur mata kerbau.. cantik kan? jelesssssssssss


the last but no least, sambil memasak tu jangan lupa berzikir.. nak berqasidah pn bolesss.. memujimuji Allah dan Rasulullah.. selain menambah pahala dan keberkatan pada makanan yang dimasak, insya Allah dapat mengikat lagi kasih antara encik suami dan family [^____^]


pinjam tagline Chef Ammar "Hidangan Barakah": Masak dari Hati, Masak dengan Iman :)


till then, selamat mencuba!  http://www.emocutez.com

Saturday, October 6, 2012

AKU KAYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Sungguh.
Saya nak kaya.
Saya punya banyak cita cita.
Ada projek ratusan ribu ringgit dalam kepala.
Misalnya, nak beli tanah dan sebagainya.
Semuanya untuk membantu gerak kerja Islam, insya Allah.


Anganangan ke arah nak kaya:

  1. nak buat buku latihan/aktiviti untuk Pemulihan Khas dan pasarkan [buku aktiviti untuk pemulihan susah sungguh nak jumpak. buat sendiri la senang. org lain espesyeli cikgucikgu dlm bidang Pemulihan pn blh dpt manfaat, insya Allah]
  2. bukak butik kawen muslimah [butik kawen yang menawarkan pakej pengantin muslimah. butik macam ni pn susah sungguh nak jumpak la nih. permulaan mungkin secara on9 dlu]
  3. bukak PASti
  4. bukak pusat tuisyen matematik utk skolah rendah [saya pencinta matematik]
  5. kawen dengan orang kaya.. haha.. ni acah je.. eh, eh.. btol ape.. kaya agama, insya Allah ;p [rindu merapu meraban dalam ni :D]

Ehem, ehem.. para pembaca yang budiman, doakan saya na supaya saya boleh jadi kaya.. mungkin saya tak mampu nak buat semua yg ada dalam senarai kat atas.. Tapi, bak kata Hukama', "Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua." http://www.emocutez.com    saya akan usahakan at least satu anganangan tersebut terlaksana dalam masa yang sama amanah sebagai pendidik tidak dikesampingkan. Insya Allah~


Lagi satu, yang lebih penting, doakan saya KAYA DALAM REDHA ALLAH.. kaya disebabkan pertolongan Allah.. ni yang terpenting daripada yang penting.. sebab saya tak nak mewarisi sikap Qarun Laknatullah.. yang mana, semakin Allah beri nikmat, semakin takbur dan kufur akan nikmat yang diberi.


Sebaliknya saya berusaha untuk meneladani Abdul Rahman B. Auf. semakin kaya, semakin merendah diri dan tunduk pada Allah. Abdul Rahman B. Auf menggunakan segala kekayaannya demi perjuangan Islam.  Sehinggakan Rasulullah menggelar beliau, "Saudagar Allah" Subhanallah :')



Wednesday, February 15, 2012

SYUKUR SAYA SIBUK [SIBUK BUKAN PENYEBUK ;p]

Bismillahirrahmanirrahim..


cakk!!! gud evening! [^o~]


Slamat petang kamis sahabatsahabat ^^ sehat kah semua? semoga sentiasa dalam redhaNya.. petang ni terasa ingin mencuri sikit masa menukilkan sesuatu dalam ini belog.. harihari sibuk dengan pelbagai taklifan dalam persatuan n tugasan akademik membuatkan diri ini jarang sesangat berjalanjalan ke blog sahabatsahabat [read: blogwalking] apetah lg mengepost sumthin yang bermanfaat dlm blog sndri.. rumah sewa pun da jadi macam rumah tumpangan.. huhuu~


satu masa dulu saya sangat tertekan dengan kesibukan ini.. ceyt, bajet YB la konon kans! ;) berkalikali cuba memujuk diri dengan katakata Assyahid Imam Hassan Albanna: "Alwajibat aksaru minal auqat - Tanggungjawab melebihi masa yang ada" jadi, kena biasakan, biasakan, biasakan dengan kesibukan! tapi sering kali tewas dengan keletihan, kemengantukan, kemalasan dan macammacam 'ke-an' lagi la.. adoiii~ JANGAN tiru macam saya~ [baca gaya anita sarawak]http://www.emocutez.com


baru ni sebelum memulakan 'meethink', mendengar taujihad dari sorang sahabat membuatkan saya rasa sangatsangat terkesan.. rasa macam satu ketenangan inside here [jari telunjuk tunjuk kat hati] ni la yang dikatakan:


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar katakatanya menambahkan ilmu agama, melihat gerakgerinya teringat akan mati.”


jom kita cek diri kita.. adakah kita ni sahabat yang:

  1. bila orang tengok kita orang ingat Allah
  2. bila orang cakap ngan kita ilmu agama dia betambah
  3. bila orang tengok perangai kita orang tu ingat mati ingat sakit ingatla saat kau sulit lalala~
atau

  1. bila orang tengok kita orang ingat pekarapekara maksiat
  2. bila orang cakap ngan kita dosa dia betambah [bergossips dll]
  3. bila orang tengok perangai kita orang tu tringat halhal dunia

samasama kita muhasabah samaada kita ni sahabat dalam 3 pekara atas atau 3 pekara bawah atau keduaduanya.. huhu~ sebaikbaiknya buang jauhjauh 3 pekara di bawah n cuba membentuk diri menjadi sahabat yang punya ciriciri 3 pekara yg atas.. even susah n makan masa, tp boleh mencuba kan? Allah tak lihat hasil, tp usaha kita :) [smash kat diri sndri gak ni.. adoii la]


bebalik kepada taujihad sahabat saya tu, katanya:

Sebagai orang yang berjuang di jalan Allah, kita seharusnya bersyukur sebab Allah bagi NIKMAT KESIBUKAN kat kita.. tak semua orang Allah bagi nikmat ni.. kalau tengok orang sekeliling, ramai yang disibukkan dengan perkaraperkara maksiat.. tapi kita, Allah sibukkan dengan memikir n melaksanakan kerjakerja Islam n Allah sempitkan masa tuk pekarapekara maksiat.. jadi, sikit saja masa yang tinggal kat kita tuk pker bendabenda lagho.. sepatutnya nikmat ini lah yang kita kena syukuri

sebak kejap dengar taujihad ni http://www.emocutez.com selama ni saya slalu gak mengeluh.. saya jarang mengeluh depan orang.. sebab taknak orang lain pun lemah bila saya lemah.. tapi dalam hati ni hanya Allah yang tau.. tp lepas dengar taujihad ni, saya rasa ya Allah.. betapa bodohnya dulu saya dok mengeluh.. padahal Allah da bagi nikmat yang Dia tak campakkan kat semua orang.. hanya orangorang terpilih saja yang merasai nikmat ni.. Subhanallah.. trima kasih yang tidak terhingga Allah T_T




luahan hati Assyahid Imam Hassan Albanna:


‎"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/i yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah"


adakah kta tergolong dalam kalangan itu? AYUH sahabat, mari kita SIBUKkan diri dengan memikirkan halhal ummah! [^_^]

Thursday, February 2, 2012

AKU SAYANG DIA

Hati teseksa tengok orang tesayang menderita T____T




paklong yang amat dikasihi,
please get well asap,
sangat merindui loyaq buruk paklong,
sangat merindui perhatian paklong,
sangat merindui senyum ketawa paklong,
sangat merindui sapaan paklong "Gud morning cikgu" sambil senyum meleret,
sangat merindui segalanya tentang paklong


dlah tak sanggup tengok bila paklong tunjuk kuat tapi sebenarnya menahan kesakitan,
dlah tak sanggup tengok paklong kata da ada slera makan tp xabes nasik sepinggan,
n the worst thing is,
dlah tak sanggup tengok paklong senyapsenyap menangis,
di tubir matamu, air mata mengalir setitis demi setitis


"Hanya Engkaulah yang kami sembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" [Al-Fatihah: 5]


Allah, mohon Engkau ringankan kesakitannya..
Sembuhkan penyakitnya..
AKU SAYANG DIA..
Sayang sangat
T___T


Mohon doa dari semua yang membaca..
Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada paklong saya yang tercinta.. ameen~
Dia umpama abah kedua selepas arwah abah kembali ke rahmatullah





"Tidak lah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lainlainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahankesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR Bukhari & Muslim)
Related Posts with Thumbnails