Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Monday, May 10, 2010

HARI-HARI PUN HARI MAK

Bismillahirrahmanirrahim..


shedey2.. belum bekesempatan wish kat mak HEPY MOTHERS DAY.. even bagi cik dla hari-hari pun adalah hari mak, tapi bagi mak, mesti semalam dia tetunggu-tunggu anak dia wish mothers day macam tahun-tahun sudah n macam kawan-kawan dia yang laen terima msg hari ibu dari anak masing-masing..lagipun kakak n abang da wish.. cik dla je belum.. uwaaaaaaaaaaa~


disebabkan da agak lewat [lewat sehari je pun], tapi cik dla macam segan la nak wish.. nnt mak ingat cik dla tak ingat ke dia pulak.. padahal masa besday cik dla, dia la antara orang terawal yang wish.. hukhuk.. malu bukan? tapi cik dla bukan sengaja tak wish.. ntah cemana boleh lupa.. padahal masa kol mak semalam dalam kepala ni memang dok ingat nak wish hari ibu.. tup tup boleh tak wish pulak.. g sembang-sembang merapu-merapu dengan mak sampai telupa.. adoyaiii.. tu laa, len kali jangan merapu banyak sangat.. makan ikan kerapu banyak tak ape..


so, untuk nak tutup rasa malu n besalah ni, aci tak kalau cik dla balik minggu ni [memang niat nak balik pun] n cik dla wat suprise kat mak macam ini.. TARAAAAAAA!! SELAMAT ARI IBU, MAK!! adek saja tak wish hari ibu haritu sebab nak wat suprise kat mak..ngehehe sambil membagikan dia hadiah.. pastu malam tu blanja dia makan kat luar ngan kakak.. ngehehehe.. aci acibukakpintu tak? aci tak? suprise la kunun.. ahaha..


emm, cik dla tekilan jugak sebab cik dla x reti nak cakap cam ni "slamat hari ibu mak.. adek sayang sangat kat mak" hukhuk.. rasanya sepanjang cik dla hidup, tak tahu la cik dla ada cakap kat mak ke tak yang cik dla sayang sangat kat dia.. kalau cik dla nakkkk sangat cakap "adek sayang sangat kat mak" tapi nnt tetiba cik dla akan tecakap cam ni pulak "ish, geramnyaaa kat mak niii" sambil peluk dia kuat-kuat.. heh, cam ne tu??


mak yang request nak pose cam ni eh.. ahahaa.. how sweeeeetttt u mom!


we luv u 4ever n ever.. we owe u so much!!!!!! no one can replace ur place.. no one! T__T


bila cik dla dengar lagu LAFAZ YANG TESIMPAN by UNIC, cik dla akan tenangis.. lagu tu sejibik sama dengan cik dla.. kena toinggg atas batang hidung cik dla yang tak brapa nak mancung nih.. tak caye cuba baca lirik dia..


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


sedey kot rangkap akhir lagu ni.. sobsobsob..srreettttttttttttt..


ni lagu dia + klip video dia sekali.. sila lah dengar.. kompem kamu pun tiyak jugak nanti..




anyway, di kesempatan ni cik dla nak cakap kat mak cik dla yang cik dla sangaaaaattttttt sayang kat dia.. no words can describe how much i luv her.. sampai besor gajah ni pun sape suruh mak masak sedap sangat ahaha cik dla asyik homesick je sbb slalu tringat n rindu kat dia.. ye la, kat sape lagi la cik dla nak bemanja kalau bukan dengan mak.. ayah da tak de.. so, untuk mak la cik dla tumpahkan segala kasih sayang ni.. i cant imagine how to continue my life without her.. errr, memang tak nak imagine.. takuttt yang amat!


telalu banyak jasa mak kat kami adek beradik.. tak tercakap.. kalau nak tulis balik kat sini, sampai bila-bila pun tak kan habes.. semoga Allah redho hidup mak dunia akhirat.. itu yang paling penting! sebab tujuan kita hidup ni adalah kerana mardhotillah.. untuk mendapat keredhoaan Allah.. kalau tak da redho Allah, maka sangat rugilah kita.. kerana bukan amalan 1000 000 tahun yang menjamin kita peroleh syurga, tapi rahmat dan redho Allah yang membawa kita ke 'sana' "Allah, limpahkan lah rahmat dan keredhoaanMu kepada mak, dan tak lupa jugak buat arwah ayah.. semoga kami berada dalam kalangan orang-orang yang beruntung.. ameen"


ada satu pekara yang adek paliiingggg harapkan sekarang ni.. iaitu nak cakap kat mak walau sekali "adek sayang sangat kat mak" before mak pegi atau adek yang pegi dulu.. "Allah, permudahkanlah aku dan lembutkanlah lidahku untuk aku menuturkan ayat yang satu itu..sebelum mata dia atau mataku terpejam buat selamanya"



p/s: adiah ape nak beli kat mak eh?

2 8 org suke menyonteng:

Anonymous said...

semoga jadi anak yang solehah :)

Super0wsem! Clozzette said...

thank u.. ameen :)

Related Posts with Thumbnails