Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Tuesday, August 17, 2010

DIARI RAMADHAN RAFIQUE CIK DLA 1

Bismillahirrahmanirrahim..


SALAM RAMADHAN semua!! :) alhamdulillah.. hari ni da masuk hari ke-7 kita bepuasa.. da ada yang ponteng puasa ke? kalau kes abc tak apelah.. tapi kalau sengaja... hype, biasa dia tu! [sambil cekak pinggang] bedosa besar tawu?


kenapakah bedosa besar kalau sengaja tinggalkan puasa di bulan Ramadhan???


1. Langgar perintah Allah.. Allah da kata wajib buat, apa pasal sengaja tamau buat?


“Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan (diwajibkan) ke atas kamu puasa (di bulan Ramadhan) seperti mana telah difardhukan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa"
(Al-Baqarah : 183)


2. Puasa di bulan Ramadhan termasuk dalam 5 Rukun Islam.. makanya kalau kita tak puasa, tak sempurnalah Islam kita


Sabda Rasulullah S.A.W:

بنى الأسلامُ على خمس, شهادةِ أن لا اله الا الله, وأن محمدا رسول الله, واِقامِ الصلاة, واِيتاءِ الزكاة, والحاج, وصومِ رمضانَ

“Islam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan
(HR Bukhari dan Muslim)


Slain tu, ia boleh mendatangkan kekonfiusan orang lain kat kita.. contoh: kalau orang nampak kita makan slumber yaya tem Ramadhan, mesti tedetik kat hati orang tu, "dia ni Islam ka dak?" kan2? haish, tak rasa pape ke kalau orang mempersoalkan keIslaman kita?? tolong la, tolong la terasa.. disebabkan perangai kita lah orang pandang tak elok pada Islam.. sedangkan Islam tu da elok, syumul, molek sangat dah.. orang Islam tu je yang tak berapa nak molek lagi skang ni..


So, kalau ada sahabat2 kita yang jenis suka ponteng puasa nih, apa patut kita buat?


oh ya, b4 tu, ponteng puasa tak semestinya makan or minum je ek.. isap rokok pn dikira ponteng puasa gak.. sebab dia temasuk dalam pekara yang membatalkan puasa [memasukkan sesuatu dalam rongga badan] lagipun, bukan stakat batal puasa je.. tambah lagi saham dosa sebab merokok kan da difatwakan sebagai HARAM.. so, watch out perokok2 sekalian! [ceh, cekak pinggang lagi]


ok, bebalik kepada soalan tadi, apa patut kita buat kat sahabat2 kita yang ponteng puasa secara suka suki ni??


pertama, bagi nasihat dulu.. ingat! kalau nak nasihat pun, jangan ler cengey [garang] sangat.. tegurla dengan hikmah n kasih sayang.. biasanya, orang akan lembut hati kalau kita tegur dia baik2.. toksah kata orang lain, kita sendiri pun suka kalau orang tegur kita baik2 kan? tp kalau tak mampu nak cakap direct, antar la kot mesej ke, tulis surat ke [aceceh], bagi pamplet ke.. kita bagi dia kefahaman dulu.. apepun, utamakan muslimin-muslimin, muslimat-muslimat.. kalau dia tak makan saman....


kedua, kita cuba mintak tolong sahabat kita nasihatkan dia.. espesyeli yang dia respek sebab nanti dia akan malu alah sendiri.. mungkin ngan kita dia da biasa n bleh buat slumber yaya like "lex aa, posa kan sebulan.. ni baru hari ktujuh.. minggu depan pun sempat lagi nak posa.. relex2 suda~" tapi kalau dengan orang yang dia respek, mungkin dia akan bagi respon camni "err, ye.. insya Allah bang/kak.. err, esok saya puasa ye.. pagi tadi tak sempat nak sahur :p" [ewah, sempat lagi dia jelir lidah tu] tapi kalau dia tak makan saman jugak..


ketiga, haruslah direpot kepada pihak atasan kans.. kalau kat skolah, boleh la bgtau kat mana2 cikgu yang boleh diharap.. ustaz/ustazah ke, kaunselor ke.. n sama gak ngan kat tempat blajar yang lain.. kalau da kena kaunseling seround, tp masih macam tu jugak...


keempat, eloklah repot saja kat Pegawai Penguatkuasa Agama (PKA) kat tempat masing2.. menurut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 (EJSS 2003) telah memperuntukkan:


Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu. Dan mana-mana orang yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya adalah dianggap melakukan kesalahan.


Jika disabitkan, pelakunya boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.Orang yang disabit kesalahan tak puasa boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

sumber:sini


hmm, saya ada tpker gak.. kalau negara Malaysia ni jalankan hukum hudud, kan ke baek.. saya brani jamin mesti semua orang takut kalau tak posa, kalau nak buat jahat.. sebabnya pengajaran da nampak depan mata.. itu la hikmahnya hukum hudud.. Kalau kita perhalusi, dia nak 'mendera' maruah pesalah tu sebenarnya supaya beringat jangan buat lagi, di samping bagi pengajaran kat orang lain.. bukannya nak mendera fizikal orang tu.. ish, kalau nak crita hikmah2 lain hukum hudud ni, memang akan jadi panjang bejela la entry yang dah sedia panjang ni.. huhu.. kalau nak tau, guna je la pekihdmatan en.gugel yek.. one more thin, hukum hudud ni kan hukum yang Allah da tetapkan.. buat ape la nak amek hukum hakam mat salleh nu.. aduyaiii.. oleh itu, pilihan di tangan kita nak pemimpin yang macam mana.. sama ada nak pemimpin yang guna pakai hukum Allah atau pemimpin yang mengikut telunjuk mat salleh.. tepuk dada, jangan tanya selera.. kalau tanya selera mesti dia jawab tak sabar nak bukak puasa.. heheh.. tapi, seharusnya tepuk dada tanya la iman anda..


emmm, cadangan2 kat atas tu sekadar cadangan peribada saya je.. kalau kamu ada cadangan yang lebih bagus, boleh la share.. saya ni idok la pandai sangat.. baru sedang melatih diri untuk mencari solusi bagi masalah2 yang terpker.. b4 ni asyik becakap saje.. tindakan, nan ado.. huhu.. yang mana btol, ikut la.. yang mana salah, tolong tegur yep..


Kesimpulannya, PUASA JANGAN TAK PUASA!


**************************************


Minggu baru ni saya balik umah.. uh, da lama sangat tak balik rumah.. jadi, tak boleh nak besabar lagi tambahan pulak da bulan Ramadhan ni kans.. jadi, mesti kena balik jugak!


Syoknya dapat bebukak sekali ngan mak n kakak.. huhu.. tapi ada beberapa pekara yang buat spoil ah.. antaranya:


1. haritu beli makanan kat bazar Ramadhan.. punya la mahal ya Rabbi.. sampai tak tercapai dek akalmu~ sungguh ni! tak baik ah gitu.. sepatutnya bulan Ramadhan ni la kena banyakkan besedekah.. ini tidak, kalau harga standard tu tak apa lagi.. ini da sampai tahap double triple punya harga.. mode: tekezut!


en. gugel~ salah satu nikmat yang Allah bagi masa bulan Ramadhan.. tapi berpada-padalah.. jangan tamak.. dop molek


en. gugel~ ummm, balik aritu cari satey tapi tak dapat.. huhuk


2. Solat terawih kat surau dekat2 umah ngan family.. kat surau tu dia buat 20 rakaat.. tapi mak ai, punya la laju.. macam streamyx! [ade kaitankah?] siyes sangat laju.. cuba bayangkan, masa tahyat akhir, saya baru nak baca syahadah, Imam da bagi salam.. saya selesai bagi salam, Imam da nak abes baca Al-Fatihah.. memang kelam kabut kot.. tekocoh-kocoh den! kalau camni, baik buat 8 rakaat, tp kool, tenang.. macam kat *** ni.. ehem2.. hoho ^^/


lagi satu [point yang sama], macam pelik la kenapa Imam tu asyek berenti kat ayat ke 4/5 surah Al-Fatihah.. kalau sekali tu saya boleh trima.. mungkin Imam tu tak cukup napas ke hape.. tp sepanjang solat dia baca camtu.. saya ngan mak dah tepelik2 sebabnya, masa pagi sabtu tu kami gi kelas PAKSI kat bandar bharu.. kebetulan minggu tu Ustaz Rohaizat terangkan pasal syarat sah Al-Fatihah dalam solat.. ada 10 semuanya.. antaranya;

> baca secara berturut-turut.. tak leh diselangi/berenti lama melainkan kalau nak ingat semula ayat seterusnya [kot2 telupa] atau terbersin atau terbatuk..
> tak leh diam yang panjang lebih dari kadar bernafas atau penat..

memula saya assume pak Imam tu penat atau dia nak mengingat ayat seterusnya.. tapi pelik jugak sebab masa kat surah biasa tak de la pulak dia baca berenti2.. cuma kat surah Al-Fatihah je dia baca cam tu.. hmmm, agak misteri di situ.. dua hari lepas mak kol.. saya tanya mak da tanya pak Imam tu ke kenapa dia baca cam tu [sebab haritu mak kata dia nak tanya] tapi mak cakap mak nak tanya semalam.. hmm, saya tak tanya lagi kat mak dia da tanya ke blom pak Imam tu semalam err, brani ke mak nak tanya? ;p bukan apa, penting ni.. bila Al-Fatihah tak sah, maka solat pun jadi tak sah jugak sebab Al-Fatihah kan temasuk dalam Rukun Solat..


3. majuk dengan mak n kakak selama hampir 30 minit.. kes nya, kami nak ziarah anak kepada anak angkat mak n arwah abah yang masuk spital sebab sesak napas.. pastu saya dengan besungguh nak drive.. tapiiiiiiiiiiiiiii, macam biasa la kalau drive keta ngan kak n mak espesyeli.. sangat tetekan okeh.. contoh: kalau ada keta, motor, kucing, anjing, semuthitam atau pape je kat depan, mak akan secara mengejut cakap, "BEHENTI!!!!" atau "HANG BAWAK LAJU SANGAT NAK P MANA?" sedangkan time tu saya bawak gear 2 je kot.. ditambah pulak dengan kakak yang menambahkan dos2 leteran.. sob sob.. benda2 cam ni la yang membuatkan saya bawak keta dari elok trus jadi tak ketahuan.. akibatnya, sampai tengah jalan saya trus bg signal kiri, n trus behenti.. punya la jadi tak ketahuan sampai keta dok jalan lagi tapi saya da angkat handbreak.. hal ini telah menambahkan lagi ketidakpercayaan mak n kakak kepada saya untuk mendrive drift keta n mengangkutnya skali ke maktab.. waarrgghhhhhh.. choy!


lepas da tukar drebar, saya senyap sepanjang jalan.. mud terbang ke mana hala ntah.. mungkin da sampai ke dubai kot [eh, tetiba] tapi diam bukan sebarang diam.. diam-diam ubi berisi.. saya diam memikirkan pekara berikut: patut majuk ke, tak majuk.. majuk, tak majuk..... majuk, tak majuk????


punya la pker sepanjang jalan.. sampai masa gi ziarah anak angkat mak tu pun dalam kepala otak saya dok terpker2 lagi mende yang sama.. pastu sempat lagi pker pros n contras kalau saya majuk or tak majuk.. heheh.. n akhirnya saya telah memilih untuk..............

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


TAK MAJUK!!!! [eh, ye ye je nak buat suspen.. padahal da bagitau awal2 tadi.. eheh] sebab macam kesian lah kat mak nak majuk2 plak.. balik tu tetiba mak tanya kat kak, "kak, hang mau dak beli keta viva?" saya menyampuk, "nak buat apa?" [eceh, saja tanya je ;p] mak kata; "ambek la kat adek keta kancil.. hang bawak sorang2 tak pa.. jangan bawak mak.. mak takut naik ngan hang.. hehe" hmm, bape kali dah dengar mak dok ulang ayat tu.. hoho.. tak pe lah.. cheq pasrah~


k la.. mntak diri dulu.. nak siap2 g bukak puasa kat surau.. besnye makan dalam talamm.. siap suap-menyuap lagi.. rasa semakin erat ukhwah ngan adik2 n sahabat2.. kamu pn boleh try jugak d(^_^)b




p/s:


* panjang bejela entry kali ni.. da lama sangat tak post somethin.. skali post, hambek :D


* disebabkan harga lauk yang beli kat bazar Ramadhan tu mahal sangat, saya terasa macam mahu buat CONTEST TEKA HARGA LAUK je.. ada la hadiahnya.. tapi.. err, adakah yang mau join??? huhuhu

Wednesday, August 4, 2010

MACAM-MACAM ADA~

Bismillahirrahmanirrahim..


Yeah, elaun sudah masuk [da lemau kot citer ni] syukurrrrrrr Alhamdulillah.. even elaun kali ni masuk hanya untuk sebulan saja, but its better late then never kans..? cumanya diharapkan, bla da bagi elaun utk bulan julai ni, jangan la pulak sengaja nak melengah2kan baki elaun yang selebihnya yep..


banyak bende hutang nak kena setelkan ni.. semuanya memerlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$.. $$___$$ nampak tak? nampak tak?? mata pun da jadik mata duitan.. oh, bahaya guna term ni.. nnt kang orang ingat saya gila duit pulak.. saya tak gilakan duit, duit yang gilakan saya.. ahaha [dush2!] baiklah, saya cuma bercanda saja.. T__T err, mata duitan di sini bemaksud mata saya selalu dibayangi duit sebab banyak bende nak kena bayar like duit buku, duit fail yang betimbun, duit makan, duit potostet, duit barang2 harian, duit topup dan macam2 lagi.. yes, memang btol! DUIT BUKAN SEGALANYA.. TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT.. stuju?? sapa sutuju picit hidung :D





Perhatian, bukannya saya terlalu mengagungkan duit ye.. but dis is our right.. boring la bla sebut je pasal elaun tak dapat, ada la certain people yang cakap, "eh, kamu patut besyukur.. elaun ni bukannya gaji kamu.. tp ni saguhati ja.. kalau lambat masuk atau K tak mau bagi, kamu tak boleh kompelen" [samthin like dat lor] macam depa nak kata elaun ni duit ihsan la untuk kami2 ni.. hayyoh, dalam borang pejanjian kan ada cakap, kami akan dibayar elaun n sebagai balasannya kami kena bekhidmat ngan K sekurang2nya 5 tahun.. so, apa pasal kami tak boleh komplen? if i'm not mistaken, dalam mana2 pejanjian pun, bla kita da sama2 stuju dengan pejanjian yang dibuat, da ada hitam putih bagai, tp jika salah satu pihak mungkir janji, kita boleh amek tindakan, kan3? [ha, ha, tak tawuuu] untuk mengukuhkan lagi hujah, jom kita flashback balik sirah Rasulullah, ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah..


Antara salah satu kandungan dalam Perjanjian Hudaibiyah ialah gencatan senjata selama 10 tahun.. tapi, puak Musyrikin Mekah telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah apabila diorang bg bantuan senjata dan ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah [Bani Khuzaah ni dah mengikat janji setia dengan pihak Muslim] Disebabkan hal tu, dalam 20 orang Bani Khuzaah telah terkorban dan yang hidup mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu satu tmpat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani Khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela diorang.. Then, Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan:


1) Menebus wang sebagai tebusan darah diyat [ganti rugi] kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh.. atau

2) Perjanjian Setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan.. atau

3) Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi


ok, panjang lagi kisah ni sebenarnya sehingga membawa kepada Pembukaan Kota Mekah.. satu kemenangan besar juga kepada umat Islam.. tapi yang nak di highlightkan kat sini [sila rujuk ayat yang diboldkan dalam citer kat atas] apabila puak Musyrikin mencabuli Perjanjian Hudaibiyah, adakah Rasulullah berdiam diri? tidak bukan? lalu, apa yang Rasulullah lakukan? Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan.. itu tandanya Rasulullah telah mengambil tindakan terhadap pencabulan perjanjian tersebut..


jadi, kalau nak relatekan kisah di atas dengan kes elaun ni, salah ke kami kompelen n bising2? salah ke? hmm, pandai la jawab sendiri..


sama la jugak bila kami da habes study.. kalau kami tak keje slama 5 taun ngan K, kalau kami langgar kontrak, kami akan dikenakan tindakan jugak kan? kena bayar ganti rugi kan? oh, tau pulak kamu nak amek tindakan ye?


lagi satu, tu bukan duit K ye.. itu duit rakyat jelata!! kami yang bayar cukai dan sebagainya.. tambah plak skang ni kan harga barang2 diselaraskan dinaikkan penat taw kami bayar segala macam menda tp cakap yang tu duit orang lain.. bak kata pepatah, sapi punya susu, lembu dapat nama.. uh, tak patuuttt..


ah, cukuplah cerita pasal duit.. muak suda~ sekurang2nya bersyukurlah aku masih belum jadik kontang atau padang jarak padang tekukur.. cuma kering je la.. kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang nak makan sehari pun tak mampu.. at least, aku masih dapat memanjakan perut hari2.. Alhamdulillah..


eh, apesal teremo plak hari ni.. sudah, stop.. nanti kang tak pasal2 kau kena antar gi Institut Sukan Air.. baik kau tutup mulut skarang.. hihi.. PEACE NO WAR (^_^)v


****************************************


haritu pegi jj dengan beberapa orang klasmet.. diorang ada nak beli barang.. saya pun ikut je la sebab nanti nak g umah diorang terus nak buat keje sket.. masa dekat food court tu saya nampak POPULAR pastu trus tringat kat Assyahid Ustaz Fathi Yakan.. Dah lama cari buku beliau, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.. tp sampai skarang idok jumpa lagi.. sob sob.. [kalah goreng pisang panas kot buku tu] memang la boleh pinjam kat kawan.. tapi saya suka ada bku saya sendiri sbb boleh menconteng pape yang patut.. puas n syok sekali!


lepas tu, tetiba pulak tringat kat sorang hamba Allah ni.. dia ada komen kat fomspring saya lepas baca entry yang ini.. komennya berbunyi cenggini..


m. anon [jantina x dapat dikenalpasti] ~> eh, ni ke novel yg plg bes ko penah bace.. bek baca lah tahzan


1st time baca komen m. anon ni macam ada rasa sentapz la jugak.. tapi x pe.. kita cuba jawab dengan cara yg paling kool semacam ini...


cik dla ~> rasanya la tahzan tu buku motivasi.. tak termasuk dalam kategori novel.. tp x pe, bagus gak cadangan ko.. pasni ak g carik la tahzan plak.. ke ko nak bg pinjam? lalala~ :D


buat2 ramah la plak.. kan ke kata kool td.. heheh.. tp apepun thanx a lot la tu m. anon.. sebab pas dia komen cam tu, saya tercari2 gak buku La Tahzan by Dr 'Aidh B. Abdullah Al-Qarni.. n masa kat popular aritu saya nampak buku La Tahzan yang saiznya saiz mini tp sgt tebal n sangat chomel jugak.. ape lagi, sambar trus loh.. n btol cakap m. anon, La Tahzan memang ada umpphh! thanx m. anon 4 ur suggestion!!evenkotelahmensetapkanhatiku



nampak tak ketebalan buku tu? huhu.. harap2 dapat la saya khatam dengan segera.. n boleh kongsi apa yang saya baca dengan kamu semua.. insya Allahh.. hoyehh \(^.^)/


sebelum kluar, carik satu novel.. heheh.. saya carik novel Hlovate.. saya slalu dengar orang cakap crita2 hlovate bagus! jadi saya trus pasang sesungut mencari novel beliau bertajuk Versus..


tenenet.....................tenenet.................tenenet.................


yeah, akhirnya jumpa!!! Alhamdulillah..


ok, sampai situ saja.


emm, ada apa lagi nak cakap eh? oh ya, ESOK DAH SATU RAMADHAN!!!! ya Allah.. bahagianyaaaaaa.. tem ni la suasana yang susah nak nampak kat bulan2 lain tapi ada dalam bulan Ramadhan like betadarus, bukak posa ramai2 [iftar jam'ie], TARAWIKH n yang paling spesyel adalah LAILATULQADAR.. hanya orang yg beruntung n terpilih sahaja akan dapat malam lailatulqadar.. smoga kita antara golongan yang terpilih n beruntung tu.. insya Allah..


So, dikesempatan ni saya nak mengucapkan,


SALAM RAMADHAN

kepada semua Muslimin dan Muslimat

n teristimewa kepada bakal saudara se-Islam kita, Insya Allah

Miss S

[doakan semoga Allah memberinya hidayah, ameen]

Dia pun nak cuba2 puasa gak esok, Alhamdulillah

Gud, gud d(^_^)b




Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya. maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa, dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)



p/s: bak kata syeikh muallim, "Jadilah hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan" hmm, setuju! fikir2kan~~
Related Posts with Thumbnails