Followers
::LANGKAH TERCIPTA::
Wednesday, August 4, 2010
MACAM-MACAM ADA~
Bismillahirrahmanirrahim..
Yeah, elaun sudah masuk [da lemau kot citer ni] syukurrrrrrr Alhamdulillah.. even elaun kali ni masuk hanya untuk sebulan saja, but its better late then never kans..? cumanya diharapkan, bla da bagi elaun utk bulan julai ni, jangan la pulak sengaja nak melengah2kan baki elaun yang selebihnya yep..
banyak bende hutang nak kena setelkan ni.. semuanya memerlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$.. $$___$$ nampak tak? nampak tak?? mata pun da jadik mata duitan.. oh, bahaya guna term ni.. nnt kang orang ingat saya gila duit pulak.. saya tak gilakan duit, duit yang gilakan saya.. ahaha [dush2!] baiklah, saya cuma bercanda saja.. T__T err, mata duitan di sini bemaksud mata saya selalu dibayangi duit sebab banyak bende nak kena bayar like duit buku, duit fail yang betimbun, duit makan, duit potostet, duit barang2 harian, duit topup dan macam2 lagi.. yes, memang btol! DUIT BUKAN SEGALANYA.. TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT.. stuju?? sapa sutuju picit hidung :D
Perhatian, bukannya saya terlalu mengagungkan duit ye.. but dis is our right.. boring la bla sebut je pasal elaun tak dapat, ada la certain people yang cakap, "eh, kamu patut besyukur.. elaun ni bukannya gaji kamu.. tp ni saguhati ja.. kalau lambat masuk atau K tak mau bagi, kamu tak boleh kompelen" [samthin like dat lor] macam depa nak kata elaun ni duit ihsan la untuk kami2 ni.. hayyoh, dalam borang pejanjian kan ada cakap, kami akan dibayar elaun n sebagai balasannya kami kena bekhidmat ngan K sekurang2nya 5 tahun.. so, apa pasal kami tak boleh komplen? if i'm not mistaken, dalam mana2 pejanjian pun, bla kita da sama2 stuju dengan pejanjian yang dibuat, da ada hitam putih bagai, tp jika salah satu pihak mungkir janji, kita boleh amek tindakan, kan3? [ha, ha, tak tawuuu] untuk mengukuhkan lagi hujah, jom kita flashback balik sirah Rasulullah, ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah..
Antara salah satu kandungan dalam Perjanjian Hudaibiyah ialah gencatan senjata selama 10 tahun.. tapi, puak Musyrikin Mekah telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah apabila diorang bg bantuan senjata dan ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah [Bani Khuzaah ni dah mengikat janji setia dengan pihak Muslim] Disebabkan hal tu, dalam 20 orang Bani Khuzaah telah terkorban dan yang hidup mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu satu tmpat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani Khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela diorang.. Then, Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan:
1) Menebus wang sebagai tebusan darah diyat [ganti rugi] kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh.. atau
2) Perjanjian Setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan.. atau
3) Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi
ok, panjang lagi kisah ni sebenarnya sehingga membawa kepada Pembukaan Kota Mekah.. satu kemenangan besar juga kepada umat Islam.. tapi yang nak di highlightkan kat sini [sila rujuk ayat yang diboldkan dalam citer kat atas] apabila puak Musyrikin mencabuli Perjanjian Hudaibiyah, adakah Rasulullah berdiam diri? tidak bukan? lalu, apa yang Rasulullah lakukan? Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan.. itu tandanya Rasulullah telah mengambil tindakan terhadap pencabulan perjanjian tersebut..
jadi, kalau nak relatekan kisah di atas dengan kes elaun ni, salah ke kami kompelen n bising2? salah ke? hmm, pandai la jawab sendiri..
sama la jugak bila kami da habes study.. kalau kami tak keje slama 5 taun ngan K, kalau kami langgar kontrak, kami akan dikenakan tindakan jugak kan? kena bayar ganti rugi kan? oh, tau pulak kamu nak amek tindakan ye?
lagi satu, tu bukan duit K ye.. itu duit rakyat jelata!! kami yang bayar cukai dan sebagainya.. tambah plak skang ni kan harga barang2 diselaraskan dinaikkan penat taw kami bayar segala macam menda tp cakap yang tu duit orang lain.. bak kata pepatah, sapi punya susu, lembu dapat nama.. uh, tak patuuttt..
ah, cukuplah cerita pasal duit.. muak suda~ sekurang2nya bersyukurlah aku masih belum jadik kontang atau padang jarak padang tekukur.. cuma kering je la.. kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang nak makan sehari pun tak mampu.. at least, aku masih dapat memanjakan perut hari2.. Alhamdulillah..
eh, apesal teremo plak hari ni.. sudah, stop.. nanti kang tak pasal2 kau kena antar gi Institut Sukan Air.. baik kau tutup mulut skarang.. hihi.. PEACE NO WAR (^_^)v
****************************************
haritu pegi jj dengan beberapa orang klasmet.. diorang ada nak beli barang.. saya pun ikut je la sebab nanti nak g umah diorang terus nak buat keje sket.. masa dekat food court tu saya nampak POPULAR pastu trus tringat kat Assyahid Ustaz Fathi Yakan.. Dah lama cari buku beliau, Apa Ertinya Saya Menganut Islam.. tp sampai skarang idok jumpa lagi.. sob sob.. [kalah goreng pisang panas kot buku tu] memang la boleh pinjam kat kawan.. tapi saya suka ada bku saya sendiri sbb boleh menconteng pape yang patut.. puas n syok sekali!
lepas tu, tetiba pulak tringat kat sorang hamba Allah ni.. dia ada komen kat fomspring saya lepas baca entry yang ini.. komennya berbunyi cenggini..
m. anon [jantina x dapat dikenalpasti] ~> eh, ni ke novel yg plg bes ko penah bace.. bek baca lah tahzan
1st time baca komen m. anon ni macam ada rasa sentapz la jugak.. tapi x pe.. kita cuba jawab dengan cara yg paling kool semacam ini...
cik dla ~> rasanya la tahzan tu buku motivasi.. tak termasuk dalam kategori novel.. tp x pe, bagus gak cadangan ko.. pasni ak g carik la tahzan plak.. ke ko nak bg pinjam? lalala~ :D
buat2 ramah la plak.. kan ke kata kool td.. heheh.. tp apepun thanx a lot la tu m. anon.. sebab pas dia komen cam tu, saya tercari2 gak buku La Tahzan by Dr 'Aidh B. Abdullah Al-Qarni.. n masa kat popular aritu saya nampak buku La Tahzan yang saiznya saiz mini tp sgt tebal n sangat chomel jugak.. ape lagi, sambar trus loh.. n btol cakap m. anon, La Tahzan memang ada umpphh! thanx m. anon 4 ur suggestion!!evenkotelahmensetapkanhatiku
nampak tak ketebalan buku tu? huhu.. harap2 dapat la saya khatam dengan segera.. n boleh kongsi apa yang saya baca dengan kamu semua.. insya Allahh.. hoyehh \(^.^)/
sebelum kluar, carik satu novel.. heheh.. saya carik novel Hlovate.. saya slalu dengar orang cakap crita2 hlovate bagus! jadi saya trus pasang sesungut mencari novel beliau bertajuk Versus..
tenenet.....................tenenet.................tenenet.................
yeah, akhirnya jumpa!!! Alhamdulillah..
ok, sampai situ saja.
emm, ada apa lagi nak cakap eh? oh ya, ESOK DAH SATU RAMADHAN!!!! ya Allah.. bahagianyaaaaaa.. tem ni la suasana yang susah nak nampak kat bulan2 lain tapi ada dalam bulan Ramadhan like betadarus, bukak posa ramai2 [iftar jam'ie], TARAWIKH n yang paling spesyel adalah LAILATULQADAR.. hanya orang yg beruntung n terpilih sahaja akan dapat malam lailatulqadar.. smoga kita antara golongan yang terpilih n beruntung tu.. insya Allah..
So, dikesempatan ni saya nak mengucapkan,
SALAM RAMADHAN
kepada semua Muslimin dan Muslimat
n teristimewa kepada bakal saudara se-Islam kita, Insya Allah
Miss S
[doakan semoga Allah memberinya hidayah, ameen]
Dia pun nak cuba2 puasa gak esok, Alhamdulillah
Gud, gud d(^_^)b
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya. maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa, dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
p/s: bak kata syeikh muallim, "Jadilah hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan" hmm, setuju! fikir2kan~~
1 8 org suke menyonteng:
The Best Las Vegas Slots - Casino Vendors - KT Hub
Slots are the go-to in 시흥 출장샵 slot machines for online 보령 출장안마 gaming. 양산 출장안마 With so many table games, 당진 출장안마 there's nothing 경기도 출장샵 more satisfying than playing on a Vegas Strip
Post a Comment