Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Sunday, November 7, 2010

NAK JADI AHLI MLM??

Bismillahirrahmanirrahim..


Hmm, lately cik dla da tekena sindrom yang tak dapat dikenalpasti nama saintifiknya.. yang pasti sindrom ni tak de lah bahaya mana.. cuma, boleh menimbulkan persoalan di benak fikiran [tu diaaa BM A++ punya] soalannya berbunyi begini, "kenapakah cik dla akan berasa sangat rajen nak update blog menjelang exam?" eesok nak exam, secara tiba2 mood nak update blog pun hadir tanpa dapat ditangguh2 lagi.. pelik bukan? tem free tak hengat nak update.. tem kalut nak kena baca buku ni la baru mood tu mari.. hmm, haru sungguh..


btw, kebetulan 2 hari lepas saya ada tulis kat status fesbuk semacam ini:









maka arakian tersebutlah kisah bukan sedikit yang komen & chatting & pm saya tuk tahu maksud status saya tu.. jadi, nak senang citer, saya jawab je lah soalan kamu2 tu kat cni yek :)


Baik, MLM [Multi-Level-Marketing] yang saya maksudkan tu bukan lah macam MLM zaman skarang yangbanyakmentindasorang ITS TOTALLY DIFFERENT!


MLM yang saya maksudkan ni jugak modal n urusniaganya bukan melibatkan $$$$$ saja, tapi LEBIH dari tu.. kerana ia melibatkan urus niaga dengan Allah.. baca dan fahami ayat di bawah:


Firman Allah S.W.T:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan BERJIHAD di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam JANNAH yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keuntungan yang besar.
[As-Shaff:10-12]


dalam Al-Quran sendiri Allah da ajar kita urus niaga yang paling hebat n menguntungkan


Bagaimana caranya?

1) beriman kepada Allah dan Rasulnya

2) berjihad/berjuang di jalan Allah dengan HARTA dan JIWA


Apakah keuntungannya?

1) lepas dari azab neraka

2) diampunkan dosa

3) dimasukkan ke dalam syurga


memang bukan mudah untuk dapat syurga Allah.. kalau kita nak, kita kena korbankan bukan stakat harta, tapi jugak jiwa kita.. namun, harus diingatkan, dunia yang kita tinggal ni sementara ja.. n kehidupan kat akhirat sana nu yang abadi n kekal selama2 nya.. jadi, pilih antara dua: nak syurga dunia atau syurga d akhirat sana?


ok, itu baru dari aspek jual beli.. blom masuk MLM lagi.. keh keh.. jadi, apakah kaitannya dengan MLM? baca n fahami pulak kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rasulullah S.A.W untuk Saidina Abu Bakar r.a:


"Kalau ditimbangkan amalan Abu Bakar dengan seluruh amalan umat-umat terkemudian, nescaya tidak dapat menandingi amalan beliau"


Subhanallah.. hebatnya Saidina Abu Bakar sampaikan kalau kumpul amalan2 kita still x leh lawan dia..


hmm, apakah formula beliau?


untuk yang lain2 mungkin kamu [saya jugak] boleh bukak sendiri buku sirah n baca tentang kehebatan Abu Bakar.. yang saya nak state kat cni satu je.. sbb kalau nak hurai semua esok pn tak habes.. esok saya exam woi [aik, teremo pulak secara tiba2.. hihi]


sambung.. saya penah dengar tazkirah dari sorang ustaz yang sangat hebat.. kalau bagi skala 1-10.. saya akan bg kat dia 11.. series! ustaz ni cakap, mungkin salah satu formula Saidina Abu Bakar adalah melalui konsep MLM..


kalau kita imbas sirah, antara orang yang terawal peluk Islam adalah:

1) Saidina Ali: kanak2 petama peluk Islam

2) Siti Khadijah: perempuan petama peluk Islam

3) Saidina Abu Bakar: lelaki dewasa petama peluk Islam


memandangkan masa tu Islam masih baru bertapak, ditambah pulak dengan Saidina Abu Bakar lah lelaki dewasa petama yang peluk Islam.. jadi, beban dakwah terletak di bahunya untuk bedakwah n sebarkan Islam besama2 Rasulullah.. secara tidak langsung dialah merupakan penggerak terawal.. n hasil usaha beliau juga, beliau berjaya mengkaderkan ramai pejuang2 Islam n Alhamdulillah, Islam masih berkembang dan sampai kepada kita sehingga ke hari ni..


ok, nampak tak kaitannya dengan MLM? haha, kalau tak nampak, maafkan saya.. bukan kamu yang bersalah sebab tak faham.. tapi saya yang tak pandai nak becerita.. tak pe lah, saya cuba jugak untuk memahamkan kamu semua..


gambar rajah 1: MLM


begini, perkaitannya dengan MLM ni adalah, bila mana Abu Bakar berjaya mengIslamkan saudara baru ketika itu + mengkaderkan pejuang2 Islam yang hebat, kemudian, pejuang2 ini pulak berjaya mengkaderkan pejuang2 generasi yang berikutnya n proses ini berterusan sehingga sekarang.. malah, proses pengkaderan pejuang2 Islam ini akan berterusan pastinya sehingga hari kiamat.. jadi, tak hairan lah bila Rasulullah mengucapkan "Kalau ditimbangkan amalan Abu Bakar dengan seluruh amalan umat-umat terkemudian, nescaya tidak dapat menandingi amalan beliau" kerana pahala yang beliau dapat tidak penah putus2 sehingga satu saat di mana malaikat Israfil akan meniupkan sangkakalanya.. ditambah pulak beliau lah orang terawal menjadi penggerak dakwah besama Rasulullah.. bukankah ini juga merupakan konsep MLM? [rujuk gambar rajah 1.. its not exactly, tp lebih kurang la]


jadi, mahukah kita jadi seperti Saidina Abu Bakar? dapat pahala tak putus2.. even da ada dalam tanah nnt pun pahala tetap bejalan.. subhanallah.. sioknya!


macam mana nak jadi ahli??? ada caranya.. tp bukan mudah kalau kamu sekadar nak bersenang-lenang.. saya bagi jalan macam mana kamu nak amalkan konsep MLM ni.. iaitu lah

1) berusaha untuk menjadi pejuang2 Islam [jundullah] dan dalam masa yang sama meng'ajak' sahabat2 yang lain jugak tuk jadi pejuang Islam

2) berusaha untuk menjadi naqib/ah

3) paling mudah, kamu sampaikan ilmu yang bermanfaat, n insya Allah selagi mana ilmu itu diperturunkan n diamalkan, pahala yang kamu dapat pun tak putus2


adeh, puas sudah berceloteh.. kamu fahamkah apa yang saya story ni??? da nampak MLM yang saya maksudkan??


sapa yang ada kritikan or penambahbaikan sila la berbuat demikian.. ini saya elaborate berdasarkan apa yg saya faham n dengar dari cramah ustaz berkenaan..


p/s: kamu pahamkah??? rsaunyaa kalau ada yang tak paham http://www.emocutez.com

3 8 org suke menyonteng:

Dx said...

Rasul

genius MLM .........

One Sensei said...

A brilliant formula. Thank you for sharing!

Super0wsem! Clozzette said...

dx > btol3


one > ur welcome.. slamat beramal :)

Related Posts with Thumbnails