Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Sunday, May 16, 2010

SAYA BUDAK RAJIN

Bismillahirrahmanirrahim..


Skarang ni majoriti budak-budak U tengah cuti.. huwaaaa~ besnye.. kami pulak budak-budak IPG n mungkin beberapa IPT lain tengah begelut ngan exam.. heh, yeke cik dla begelut? rasanya macam tak pegang buku Falsafah, Pengenalan Pemulihan, Masalah Bahasa n Pekembangan Kanak-kanak pun lg nih.. khamis ni da nak exam.. adohaiii.. cane nak buat nih? bla nak rajin baca buku matapelajaran nih? buku-buku lain rajin gak nak baca.. mai tang buku matapelajaran, terus dan dan ngantuk.. dan dan lapar.. dan dan nak mengonline, dan dan nak buat keje lain, dan dan _________ dan terus dan dan lagi.. http://www.emocutez.com


Ok, memandangkan cik dla da berazam nak start baca buku arini, insya Allah, cik dla akan cuba sedaya upaya untuk baca.. sesapa nampak cik dla dok buat relex je kat bilik tu [espesyeli my rumet] sila sound atau tampar sedasssss.. kasi sedar sikit!


Set in my mind.. whenever, wherever


SAYA BUDAK RAJIN

SAYA BUDAK RAJIN


SAYA BUDAK RAJIN


SAYA BUDAK RAJIN


SAYA BUDAK RAJIN


SAYA BUDAK RAJIN


SAYA BUDAK RAJIN



Ok la, da pukul 11.. perut da kruukk kreekk kruukk kreekk ni [aik2?] nak gi makan kejap.. btol tengah lapar ni.. siyes! nnt kang pengsan sape susah?


promise pada diri sendiri, lepas zohor iaitu dalam pukul 2, mesti BACA BUKU!!!!!


k, tataaa~ wassalam..


kenapa 'jawab exam molek deh~' tu macam scary je.. hoho




peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. DIRI SENDIRI.. TOLONG INGAT YE..

Monday, May 10, 2010

HARI-HARI PUN HARI MAK

Bismillahirrahmanirrahim..


shedey2.. belum bekesempatan wish kat mak HEPY MOTHERS DAY.. even bagi cik dla hari-hari pun adalah hari mak, tapi bagi mak, mesti semalam dia tetunggu-tunggu anak dia wish mothers day macam tahun-tahun sudah n macam kawan-kawan dia yang laen terima msg hari ibu dari anak masing-masing..lagipun kakak n abang da wish.. cik dla je belum.. uwaaaaaaaaaaa~


disebabkan da agak lewat [lewat sehari je pun], tapi cik dla macam segan la nak wish.. nnt mak ingat cik dla tak ingat ke dia pulak.. padahal masa besday cik dla, dia la antara orang terawal yang wish.. hukhuk.. malu bukan? tapi cik dla bukan sengaja tak wish.. ntah cemana boleh lupa.. padahal masa kol mak semalam dalam kepala ni memang dok ingat nak wish hari ibu.. tup tup boleh tak wish pulak.. g sembang-sembang merapu-merapu dengan mak sampai telupa.. adoyaiii.. tu laa, len kali jangan merapu banyak sangat.. makan ikan kerapu banyak tak ape..


so, untuk nak tutup rasa malu n besalah ni, aci tak kalau cik dla balik minggu ni [memang niat nak balik pun] n cik dla wat suprise kat mak macam ini.. TARAAAAAAA!! SELAMAT ARI IBU, MAK!! adek saja tak wish hari ibu haritu sebab nak wat suprise kat mak..ngehehe sambil membagikan dia hadiah.. pastu malam tu blanja dia makan kat luar ngan kakak.. ngehehehe.. aci acibukakpintu tak? aci tak? suprise la kunun.. ahaha..


emm, cik dla tekilan jugak sebab cik dla x reti nak cakap cam ni "slamat hari ibu mak.. adek sayang sangat kat mak" hukhuk.. rasanya sepanjang cik dla hidup, tak tahu la cik dla ada cakap kat mak ke tak yang cik dla sayang sangat kat dia.. kalau cik dla nakkkk sangat cakap "adek sayang sangat kat mak" tapi nnt tetiba cik dla akan tecakap cam ni pulak "ish, geramnyaaa kat mak niii" sambil peluk dia kuat-kuat.. heh, cam ne tu??


mak yang request nak pose cam ni eh.. ahahaa.. how sweeeeetttt u mom!


we luv u 4ever n ever.. we owe u so much!!!!!! no one can replace ur place.. no one! T__T


bila cik dla dengar lagu LAFAZ YANG TESIMPAN by UNIC, cik dla akan tenangis.. lagu tu sejibik sama dengan cik dla.. kena toinggg atas batang hidung cik dla yang tak brapa nak mancung nih.. tak caye cuba baca lirik dia..


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


sedey kot rangkap akhir lagu ni.. sobsobsob..srreettttttttttttt..


ni lagu dia + klip video dia sekali.. sila lah dengar.. kompem kamu pun tiyak jugak nanti..




anyway, di kesempatan ni cik dla nak cakap kat mak cik dla yang cik dla sangaaaaattttttt sayang kat dia.. no words can describe how much i luv her.. sampai besor gajah ni pun sape suruh mak masak sedap sangat ahaha cik dla asyik homesick je sbb slalu tringat n rindu kat dia.. ye la, kat sape lagi la cik dla nak bemanja kalau bukan dengan mak.. ayah da tak de.. so, untuk mak la cik dla tumpahkan segala kasih sayang ni.. i cant imagine how to continue my life without her.. errr, memang tak nak imagine.. takuttt yang amat!


telalu banyak jasa mak kat kami adek beradik.. tak tercakap.. kalau nak tulis balik kat sini, sampai bila-bila pun tak kan habes.. semoga Allah redho hidup mak dunia akhirat.. itu yang paling penting! sebab tujuan kita hidup ni adalah kerana mardhotillah.. untuk mendapat keredhoaan Allah.. kalau tak da redho Allah, maka sangat rugilah kita.. kerana bukan amalan 1000 000 tahun yang menjamin kita peroleh syurga, tapi rahmat dan redho Allah yang membawa kita ke 'sana' "Allah, limpahkan lah rahmat dan keredhoaanMu kepada mak, dan tak lupa jugak buat arwah ayah.. semoga kami berada dalam kalangan orang-orang yang beruntung.. ameen"


ada satu pekara yang adek paliiingggg harapkan sekarang ni.. iaitu nak cakap kat mak walau sekali "adek sayang sangat kat mak" before mak pegi atau adek yang pegi dulu.. "Allah, permudahkanlah aku dan lembutkanlah lidahku untuk aku menuturkan ayat yang satu itu..sebelum mata dia atau mataku terpejam buat selamanya"



p/s: adiah ape nak beli kat mak eh?

Sunday, May 2, 2010

I'M NOT A GOOD LISTENER

Bismillahirrahmanirrahim..


once a week..

once a week..

bukan once a day..

bukan once a month..

bukan once a year..

tp once a week..


ya, belog cik dla ini bercirikan once a week.. kenapakah? sebab seminggu sekali baru tangan ini terasa gatal untuk menari-nari di papan kekunci mengepos entry.. cecewaah.. berpuitis pulak dia! haha.. kalau kamu perasan dalam seminggu tu cik dla ada post 2 entry, maknanya itu adalah magika! kalau seminggu satu habuk entry pn x da, itu namanya pemalas gila! hahaha http://www.emocutez.com



baiklah, sebenarnya cik dla bukan nak cerita itu.. tapi nak cerita ini..


tahukah kamu cik dla bukan lagi pendengar yang baik? cik dla da buat salah kat orang.. sebab tindakan yang cik dla amek maybe tak kena.. huhu.. biasalah, manusia mana yang tak penah buat silap kan? haip, jangan nak buat bende tu jadi alasan! nanti macam tak kesah pulak hari-hari buat kesilapan..


tapi, disebabkan kejadian itu, cik dla rasa mungkin ada beberapa sahabat yang terasa hati dengan cik dla.. tapi tak apa.. cik dla memang salah.. jadi macam tak heran la kalau mungkin ada yang terasa hati atau hilang respect kat cik dla.. tak kan kita nak menegakkan benang yang basah pulak, kan? so, dah salah.. terima saja lah.. admit kesalahan kita..


kalau sebelom-sebelom ni, i mean dari zaman skolah cik dla slalu jadi pendengar yang setia.. ramai kawan-kawan or sedara-mara yang slalu citer kat cik dla.. tak kisah la masalah diorang dengan kawan-kawan yang cik dla tak kenal mana pn, or dengan boifren, or dengan family or dengan suami.. tapi itu tak membebankan sangat sebab cik dla hanya perlu mendengar di sebelah pihak saja.. ye la, kalau ada yang becerita pasal masalah dia dengan suami, tak kan cik dla tetiba nak p intebiu en. suami pulak.. nanti kang tak pasal-pasal cik dla kena pukul dengan tukul besi.. parahh beb! jadi, kita dengar kan je la.. n then bagi pendapat.. thats all..


tapi sejak berada kat cni, cik dla selalu dengar masalah yang melibatkan kedua-dua pihak yang cik dla kenal sangat n sayang sangat.. ye la, sape tak sayang sahabat-sahabat wok? jadi, cemana tu?? mungkin bagi kamu yang pro kamu rasa mudah.. tapi bagi cik dla, susah yang amat.. dah la cik dla ni sensitip tak boleh blah.. kalau orang jerit-jerit sket even pokok pangkalnya bukan salah cik dla pun cik dla da boleh meleleh air mata.. air mata saja.. air liur tak.. memang i tak boleh kena tengking u.. cengeng!


n lagi satu, cik dla tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terbuku kat hati atau bahasa mudahnya, tak reti nek tegur orang.. arghhhh, lagi skali, mungkin kamu rasa mudah "ape susah, cakap jela" adoiii, kamu yang pandai cakap memang la kamu rasa mudah.. cik dla pun teringin jugak ada kelebihan tuk tegur orang, tapi buat masa nih, cik dla lebih memilih untuk pendam n''lupakan je la, bukak buku baru'' ceh, kadang-kadang perangai macam tu macam perangai orang yang loser, tahu? yeah, mari luku kepala cik dla barang seluku dua.. kasi sedar siket http://www.emocutez.com aik, aik.. sape tu yang luku 3 bijik?? amboi!


tak apalah, yang lepas biarkan lepas.. bagi cik dla sendiri, cik dla cuba belajar dari kesilapan lalu.. at least cik dla belajar samthing yang baru yang sebelum ni cik dla tak tau.. contoh:


1) sebagai orang tengah, jangan sebelah mana-mana pihak.. kalau rasa nak sebelah satu pihak pun, jangan tunjukkan.. diam-diam je dalam hati.. normal la, kita tak boleh nak menipu diri sendiri.. macam yang terjadi pada Rasulullah.. penah tedetik di hati baginda rasa cinta dan kasih pada siti a'aisyah melebihi istri-istri yang lain.. sehinggakan baginda rasa serba salah dan mengadu pada allah.. macam yang cik dla cakap tadi.. kita tak boleh menipu diri sendiri.. cuma bagaimana kita nak handle keadaan ini.. bebalik pada kisah Rasulullah tadi, biarpun baginda rasa cinta dan kasihnya pada a'aisyah melebihi istri-istri yang lain, tapi baginda tidak pernah berlaku tidak adil dan berat sebelah.. baginda layan istri-istrinya sama rata.. bijak bukan baginda menyembunyikan perasaannya untuk menjaga hati istri-istri yang terchenta.. alah kamu ni cik dla, nama saja adilah, tapi adil kah? yela, yela.. tengah belajar nak jadi adil la ni.. hukhuk..


2) positif kan apa yang negatif.. let say kalo si A ni cakap si B gini, gini, gini.. kita kena cakap, "sabar, kita kena belapang dada dengan sahabat-sahabat kita bla..bla..bla" jangan cakap macam ini, "yeke? laaa, x sangka btoi dia macam itu bla..bla..bla.." dalam situasi macam ni, si A mesti berharap kita jawap macam yang no. 2 tu.. kunun-kunun macam support dia la.. tapi macam cik dla cakap tadi, kita kena positif kan apa yang negatif.. even jawapan petama tu tak brapa memuaskan hati si A, at least kita dah usaha untuk menjernihkan keadaan.. bukan nak jadi batu api.. jadi kayu api tak apa.. boleh buat babeque [panggg sebijik!]


3) jangan mentipu.. cuba sedaya upaya elakkan pebuatan mentipu.. dah la tak senonoh.. bedosa pulak tu.. contoh: si A ngadu kat kita, eh cop2.. tak nak dah la nama si A.. nak nama si Y pulak.. ok, continue.. si Y ngadu kat kita sekian sekian sekian.. n then si Z pun mengadu kat kita sekian sekian sekian jugak.. jadi, kalau la tetiba si Y tanya, si Z ada citer apa kat kita? n si Z pun tanya mende yang sama, haaaa tak ka pening kepala.. boleh saja kita mentipu kunun-kunun untuk jaga hubungan kedua-dua pihak macampenahbuatjedulu kita cakap, "tak da citer papepun" diulangi, sebenarnya pebuatan tu tak senonoh dan bedosa ye sahabat-sahabat sekalian.. better kalau kita cakap macam ini: "alaaa, biasa la.. dia meluahkan perasaan macam kamu meluahkan perasaan jugak" sambil cakap dengan muka yang paling manis macam kulit kayu manis.. boleh macam tu?? ;)



tip-tips yang diboldkan tu sahabat cik dla yang bagi.. thanx a lot to her.. lebiu so much tawu?? tapi tak perasan kalau ada point penting lagi yang cik dla tetinggal.. tiga tu je yang cik dla ingat.. ye la, time kena lecture tu emosi tengah tak stabil.. haha.. tak pe lah.. kalau kamu-kamu ada tips lain untuk jadi pendengar yang baik, sila-sila la share dengan kat cik dla ya..



perlukah pendengar yang baik kena jadi macam ini? macam nak temuntah saja mentengoknya.. haha~


emm, once again nak mintak maap banyak-banyak kat sesapa yang ada terasa hati kat cik dla ya..



p/s:

* mak cakap baik jadi orang berkecuali.. cik dla cakap, maybe, after this

* tapi sape-sape masih pecayakan cik dla, jemput aja untuk bercerita.. insya allah cik dla akan cuba praktikkan tiga tips kat atas tu..


“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah Al-Hujuraat:10)


tataaaa~ wassalam
Related Posts with Thumbnails