Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Sunday, March 27, 2011

KUCH KUCH HOTA HAI

Bismillahirrahmanirrahim...


Hmm, hari ni becadang nak cakap pasal C.I.N.T.A lah.. or dalam bahasa hindinya mohabbat, pyar, isyq n ape lagi ntah sinonimnya [pss.. dulu saya minat sungguh tengok citer industan.. tapi DULU la.. tehee] angin ape ntah yang masuk dalam badan tetiba nak cakap soal cinta.. angin kuskus kot.. rasanya sebelum ni jarang saya becakap soal cinta 'adam & hawa' dalam blog.. err, ekceli, sangat jarang.... atau, mungkin jugak tak penah.. sebab? MALU n rasa macam TAK PERLU lah.. lagipun tu sumer kisah silam.. biarkan ia terus kelam.. Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih terhadap hambahambaNya.. Dia da tarik saya dari terus lemas dalam lumpur.. smoga saya tak pilih tuk berenang dalam lumpur lagi.. tapi saya nak berenang dalam lautan cinta, kasih dan redha-Nya, insya Allah.. Saya jugak kepingin untuk membina Baitul Muslim, insya Allah.. smoga trus istiqamah dan thabat Cik Dla!!! http://www.emocutez.com



hm, rasa ingin mencintai dan dicintai itu fitrah, bukan? setelah Allah kluarkan saya dari lumpur, tak dinafikan 'rasa' itu masih ada.. tapi Alhamdulillah, skarang suda lebih bijak mengawal 'rasa' itu, insya Allah :) kamu juga mesti cuba kawal selagi belum ada hubungan yang halal.. ustaz Azhar Idrus ada kata dalam ceramahnya: "nak kawal NAFSU bukan dengan NAFSU, tapi dengan AGAMA iaitu lah nikah.. kalau tak mampu bernikah, maka berpuasalah!"


macam mana cara saya mengkawal 'rasa' itu??? em, ada banyak cara.. mungkin tak dapat saya nak kongsi semua kat cni.. yang saya nak share harini 2 cara je.. mana baik, kamu amek n cuba lah praktikkan, tp kalau rasa cara ni tak berapa nak kena, tinggalkan n tegur lah saya deh~ :)


CARA 1

kalau ada timbul rasa pelik2 dalam ati, saya akan mentengok video ni..




sukka katakata dalam video nih + suara latar n background musik dia yang 'kena'.. setiap kali dengar mesti ada rasa 'zuppp' dalam hati.. n kadang2 tetiba boleh hujan tanpa amaran http://www.emocutez.com




satu lagi video yang boleh mengubat penyakit hati saya, nin dia:




bila dengar ni rasa macam..... Allah~ indahnya cinta lepas kawen macam yang ditunjukkan oleh Rasulullah dengan istri baginda.. so sweeeett.. bak kata ust Fatimah Syarha dalam video ni, "Ikut cara Islam, penuh keindahan" :) kalau nk lagi tekesan, beli buku ust tajuk Siapakah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.. insya Allah lepas baca kamu akan rasa 'kuch kuch hota hai' dalam hati.. mungkin ada yang lepas baca trus tekad, SAY NO TO KAPEL! (^____^)



CARA 2

Haritu ada terbaca satu artikel dalam fesbuk kawan saya masa skola menengah dulu.. sukka sangat dengan artikel tu sebab sedikit sebanyak ia berkait dengan diri saya skarang.. weehuu~ ;) mesej dalam artikel tu pun sangat menyejuk dan melapangkan hati saya.. skali skala bila 'rasa' tu hadir, saya akan ingat pesanan dalam artikel tuh.. nak tawu?? nah, baca ni! ^_^



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari halhal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

sahabat...
dalam diammu akan tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan..
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..
kerana..
jika dia memang bukan milikmu,
dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu..
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...


Indahkan setiap bait kata dalam artikel nih? n bila baca trus 'zappp' dalam hati [td zupp, ni zapp pulaaak ;p] suka, suka.. credit to the writer d(^_^)b


hm, ok lah.. cukup lah dua cara ni dulu.. utk diri saya, dua cara ni ntara yang peling bekesan nak kawal hati dr rasa ingin mencintai dan dicintai sebelum masanya.. apepun, pekara penting yang mesti diselitkan adalah TEKAD dan KESUNGGUHAN! kalau tak sungguhsungguh, shari dua je lah ok, pastu jiwang karat balik.. macam saya doludolu.. huhu.. haih, tak nak dah, tak nak daaahhhhhhhh~~~! pegi jauhjauh perangai busuk itu..!!! http://www.emocutez.com



penutup bicara, terimalah Ayatayat Cinta dari Pencipta Cinta kepada Kita:


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


DARE TO CHANGE! \\(^o^)//



p/s: ada sapasapa nak kongsi how to reduce or hilangkan trus rasa nak ada gefren-boifren? dialualu tinggalkan jejak d cni yep.. tq in advance ;)

Sunday, March 13, 2011

ORANG LUMPUH YANG MEMBANGUNKAN DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim..


hm, lama sungguh tidak mengupdate blog [ayat sterotaip setiap kali nk post entry.. nampak nau ko jarang ngupdate blog] saya suka membaca blog orang, tapi blog sendiri malas nak update.. heh, sungguh tak patut membiarkan blog sepi tanpa isi.. padahal ini boleh jadi saham saya d 'sana' nanti.. nak becakap tak pandai, jadi kena la memaksimumkan kemahiran lain untuk memuslehkan [memperbaiki] orang lain dan diri sendiri.. dah tau tapi dok malasmalas lagi eh.. biasa di tu! http://www.emocutez.com



lihat saja pada ulama' terdahulu seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan seumpamanya yang banyak meriwayatkan hadith shahih yang kita yakini sekarang.. begitu jugak dengan ulama' kontemporari seperti Sayyid Qutb, Dr. Fathi Yakan dan sebaris dengan mereka, yang mana hasil penulisan mereka banyak memberi kesedaran dan manfaat kepada ummah.. selagi mana penulisanpenulisan mereka digunapakai pada jalan dakwah, maka pahala bagi mereka terus mengalir meskipun jasad mereka telah tiada.. rugi btol kalau kita tak ikut jejak mereka.. dakwah bil tadwin [dakwah melalui tulisan]


"ngerti itu cik dla? jangan malasmalas lagi ngupdate blog, hokeh??" nasihat cik dla kepada dirinya..


baik, harini tak bercadang nak cerita pengalaman berpbs atau ceritacerita yang dah berlaku pada diri sejak dua menjak ni.. tapi saya nak berkongsi kata-kata daripada seorang yang amat saya kagumi.. si dia seorang yang cacat anggota, berkerusi roda, dan sudah tua.. tapi hatinya tegar, jiwanya besar!


"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"


Hayati setiap bait katakata Syeikh Ahmad Yasin sebelum beliau menemui syahid pada 22 Mac 2004


*********************************************************


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh).

Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku.



Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku.

Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?

Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?

Adakah HATI KALIAN TIDAK BERGELORA melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?

Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas?

Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan?

Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, partipartinya, badanbadannya dan tokohtokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramairamai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudarasaudara kami yang sedang dipatahpatahkan, kasihanilah saudarasaudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambahambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan BERDOA untuk kami?

Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri dari musuh) dan akan mati bersamasama kami, anakanak kami, wanitawanita, orangorang tua dan pemudapemuda.



Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat UMAT YANG DIAM DALAM KEBODOHAN!

Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, MARILAH BERSAMASAMA KAMI sedaya mungkin.

Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.

Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.

Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya JANGAN MENJADI MUSUH YANG MENAMBAH PENDERITAAN KAMI.

Demi Allah, JANGAN MENJADI MUSUH KEPADA KAMI WAHAI PEMIMPINPEMIMPIN UMAT ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU…

Kami mengadu kepadaMu LEMAHNYA KAMI dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia.

Engkaulah Tuhan kepada orangorang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami.

Kepada siapa Engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darahdarah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanakkanak yang diyatimkan, wanitawanita yang di jandakan, ibuibu yang kehilangan anak, rumahrumah yang diruntuhkan, tanamantanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, BERSELERAKNYA UMAT KAMI, berpecahnya perpaduan kami, BERBAGAIBAGAINYA JALAN KAMI, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami”


**********************************************************



Sabda Rasulullah S.A.W:
“Maka jika Aku mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku adalah tangannnya yang dia gunakan untuk memukul, dan Aku adalah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan.” (HR. Bukhari)


Allahuakbar!







".... meskipun mereka membunuh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan untuk mereka 100 orang Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yang terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."



Allah, melihat pengorbanan Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sndri.. belom layak dan jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama.. masih banyak lagi tugas yang perlu saya dan kamukamu lakukan.. mari kita usahakn bersamasama untuk memperbaiki diri dan mengajak sahabat yang lain ke jalan ni.. Smoga Allah menguatkn hatihati kita untuk memperjuangkan dan menegakkn Islam sehingga hela nafas yang terakhir.. dan jangan lah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yang tecicir.. ameen~



p/s: Bilakah lagi, kita semua satu hati.. Bilakah lagi, keamanan kan dikecapi, Bilakah lagi, Islam kan dijulang tinggi, Bangunlah wahai ummah, kita satu hati!
Related Posts with Thumbnails