Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Sunday, March 13, 2011

ORANG LUMPUH YANG MEMBANGUNKAN DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim..


hm, lama sungguh tidak mengupdate blog [ayat sterotaip setiap kali nk post entry.. nampak nau ko jarang ngupdate blog] saya suka membaca blog orang, tapi blog sendiri malas nak update.. heh, sungguh tak patut membiarkan blog sepi tanpa isi.. padahal ini boleh jadi saham saya d 'sana' nanti.. nak becakap tak pandai, jadi kena la memaksimumkan kemahiran lain untuk memuslehkan [memperbaiki] orang lain dan diri sendiri.. dah tau tapi dok malasmalas lagi eh.. biasa di tu! http://www.emocutez.com



lihat saja pada ulama' terdahulu seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan seumpamanya yang banyak meriwayatkan hadith shahih yang kita yakini sekarang.. begitu jugak dengan ulama' kontemporari seperti Sayyid Qutb, Dr. Fathi Yakan dan sebaris dengan mereka, yang mana hasil penulisan mereka banyak memberi kesedaran dan manfaat kepada ummah.. selagi mana penulisanpenulisan mereka digunapakai pada jalan dakwah, maka pahala bagi mereka terus mengalir meskipun jasad mereka telah tiada.. rugi btol kalau kita tak ikut jejak mereka.. dakwah bil tadwin [dakwah melalui tulisan]


"ngerti itu cik dla? jangan malasmalas lagi ngupdate blog, hokeh??" nasihat cik dla kepada dirinya..


baik, harini tak bercadang nak cerita pengalaman berpbs atau ceritacerita yang dah berlaku pada diri sejak dua menjak ni.. tapi saya nak berkongsi kata-kata daripada seorang yang amat saya kagumi.. si dia seorang yang cacat anggota, berkerusi roda, dan sudah tua.. tapi hatinya tegar, jiwanya besar!


"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"


Hayati setiap bait katakata Syeikh Ahmad Yasin sebelum beliau menemui syahid pada 22 Mac 2004


*********************************************************


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh).

Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku.



Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku.

Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?

Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?

Adakah HATI KALIAN TIDAK BERGELORA melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?

Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas?

Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami?

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan?

Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, partipartinya, badanbadannya dan tokohtokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramairamai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudarasaudara kami yang sedang dipatahpatahkan, kasihanilah saudarasaudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambahambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan BERDOA untuk kami?

Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri dari musuh) dan akan mati bersamasama kami, anakanak kami, wanitawanita, orangorang tua dan pemudapemuda.



Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat UMAT YANG DIAM DALAM KEBODOHAN!

Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, MARILAH BERSAMASAMA KAMI sedaya mungkin.

Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.

Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.

Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya JANGAN MENJADI MUSUH YANG MENAMBAH PENDERITAAN KAMI.

Demi Allah, JANGAN MENJADI MUSUH KEPADA KAMI WAHAI PEMIMPINPEMIMPIN UMAT ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU…

Kami mengadu kepadaMu LEMAHNYA KAMI dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia.

Engkaulah Tuhan kepada orangorang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami.

Kepada siapa Engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darahdarah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanakkanak yang diyatimkan, wanitawanita yang di jandakan, ibuibu yang kehilangan anak, rumahrumah yang diruntuhkan, tanamantanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, BERSELERAKNYA UMAT KAMI, berpecahnya perpaduan kami, BERBAGAIBAGAINYA JALAN KAMI, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami”


**********************************************************



Sabda Rasulullah S.A.W:
“Maka jika Aku mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku adalah tangannnya yang dia gunakan untuk memukul, dan Aku adalah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan.” (HR. Bukhari)


Allahuakbar!







".... meskipun mereka membunuh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan untuk mereka 100 orang Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yang terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."



Allah, melihat pengorbanan Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sndri.. belom layak dan jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama.. masih banyak lagi tugas yang perlu saya dan kamukamu lakukan.. mari kita usahakn bersamasama untuk memperbaiki diri dan mengajak sahabat yang lain ke jalan ni.. Smoga Allah menguatkn hatihati kita untuk memperjuangkan dan menegakkn Islam sehingga hela nafas yang terakhir.. dan jangan lah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yang tecicir.. ameen~



p/s: Bilakah lagi, kita semua satu hati.. Bilakah lagi, keamanan kan dikecapi, Bilakah lagi, Islam kan dijulang tinggi, Bangunlah wahai ummah, kita satu hati!

1 8 org suke menyonteng:

Anonymous said...

Allah, hebatnya beliau..
masih adakah insan seperti beliau?
-_-

Related Posts with Thumbnails