Followers
::LANGKAH TERCIPTA::
Sunday, September 19, 2010
TARBIYAH ITU~~
Bismillahirrahmanirrahim...
Baru ni, masa keletihan.. kepala pusing.. n pening2 lalat.. saya pause kejap buat esaimen.. biasa, bila bosan, macam jadi kemestian tuk pegi menjengah 'muka buku'.. masa tengah membelek2 muka buku, saya terbaca satu link d page kawan.. waaaaarggghhh, sungguh menikam jiwak! rasa macam ada satu benda GEDEBUKK jatuh atas kepala n batang idung yang tak berapa nak mancung.. huhuhu.. eh, cuba lah baca.. adakah kamu pun akan rasa GEDEBUK macam saya???
**********************************************************
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikut
yang senang dan mudah, join
yang penat, bersusah payah, elak
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
Atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami
Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat
Tak share pun dengan orang lain
Yang cepat mengalah
Yang meletakkan multaqa', qiamullail, daurah, dan tamrin dalam diari
Hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain
Yang hanya pandai cakap [dan menulis], tapi amal kosong
* oh, ini sangat terasa T__T *
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
Hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu
'Group' ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat
Mesti naik motokar besar dan mewah
Yang air-cond, dan laju
Yang tak nak naik bas, public transport
Dan yang kena berpeluh-peluh
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini
Sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
Dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah
Dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika
Kerja nak beri alasan ini dan itu
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar
TARBIYYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA
TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYYAH
Tanpa anda [orang yang sering beralasan ini]
Dakwah akan terus berjalan
Islam akan tetap berjaya
Ummah akan tetap terpelihara
Cuma tanpa pencerahan
Tanpa tarbiyyah
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“Amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dr Nya”
********************************************************
~> thanx a lot kepada si penulis.. sgt telupa nk save link atikel ni.. sebagai penghormatan, saya doakan semoga Allah memberikan segala kebaikan kepada kamu.. amin~
~> Ada beberapa menda dalam atikel tu saya edit atas sebab2 tetentu
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Taubah, 9:121]
Notajaritelunjuk: Macam mana??? Ada terasa macam kena tembak dengan machine gun kah???
0 8 org suke menyonteng:
Post a Comment