Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Friday, July 17, 2009

KENALI S.Y.A.I.T.A.N


Bismillahirrahmanirrahim...

Ptg ni terasa cm nk becerita pasal syaitan la plak...

Seperti yg kita sedia maklum, syaitan ini telah dijadikan Allah daripada api dan diciptakan lebih awal daripada manusia...Disebabkan rasa dengki, syaitan2 ni enggan menurut perintah Allah SWT supaya memberikan penghormatan kpd Nabi Adam a.s..Lalu, ia menjadi hamba yg kafir dan digerenti neraka tempatnya...

Oleh itu, si syaitan ini membuat permintaan kepada Allah,

"Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuannya. Kecuali hamba-Mu yang IKHLAS di antara mereka."

Spt yg dijanjikan, syaitan2 ini telah memujuk rayu untuk menyesatkn manusia, dtg pada stiap waktu n penjuru, mlh dpt memasuki bdn manusia, sehingga bejalan d dlmnya seperti mengalirnya drh, serta besembunyi dlm hati n tinggal jgk dlm akal manusia...

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya,

" Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yg boleh dilalui darah)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bukan manusia biasa sahaja yg d pujuk rayu oleh iblis, malah para ulama' dan nabi juga turut didatangi syaitan. Misalnya, syaitan telah bejaya memujuk rayu Nabi Adam a.s hingga membuatkannya terkeluar daripada syurga. Begitu juga Zulaikha yg mn hatinya telah dimasuki syaitan hingga sanggup menggoda Nabi Yusuf...

Justeru, waspadalah dengan syaitan laknatullah...perteguhkanlah iman kita dengan meningkatkan amal ibadah, mendekatkan diri dengan Allah, banyakkn menghadiri majlis ilmu dan sebagainya...

Nak bekenalan x dengan syaitan???Meh sy introduce sekor2...huhuhu...


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat (disko, kelab mlm, tempat yg ada minuman keras dll)


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg bmula dari lidah...


7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi) - BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Dan ini yang tambahan.....

*************************************************************************************

10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing & .....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe
lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah
sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan

Nie bg mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, maseh menyonggol depan tv (penah tejadi pada diriku suatu masa dahulu, T_T ) ... kepala keluar tanduk, tak sedar...jadi lah hindusetan...


12. Santan

Yang ini aje nampaknya berguna sedikit untuk masak kari dan masakan2 yg lain...hehehe... (gurau je)


p/s: waspadalah3!!!

1 8 org suke menyonteng:

Sengoku said...

Quote imam nawawi kt ats tu mmg menarik~

Related Posts with Thumbnails