Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Monday, March 15, 2010

MISTERI DI SUBUH HARI..KAH KAH

Bismillahirrahmanirrahim...


Aik? tajuk macam seram..tapi kenapa gelak? cerita ni macam cerita zombie kampung pisang kah?? haha..lebih kurang begitulah..horror+humor..kisahnya begini..


pagi tadi saya bangun la lebih kurang pukul 5 pagi..lepas wat sekian2 kerjaan, tetiba saya tringat.. mana diari pink saya? mana diari pink sayaaa??? diari tu pentiiiing banget..ada senarai segala macam keje yang saya x settlekan lagi.. cari punya cari tapi tak jumpa..tem tu dah nak nangis dah tapi tahan dulu air mata tu..tunjukkan sikap macho depan mak kalo tak nak kena tempelak sebab selalu letak barang merata alam..lepas orang azan, terus solat subuh..lepas tu untuk menghilangkan ke'tensen'an mencari diari pink, saya tido sekejap..Zzzzzzzzz~


lebih kurang sejam kemudian..


+ : adek, awat hang tidoq dalam gheta..mak marah ka?
[sila baca dalam loghat utara ya]

- : dak aih..awat??adek ada kat mana nih????
[sambil buat muka macam tepelik2..memang nak kena slap]

kemudian, terus bangun masuk dalam rumah sambil ketawa2 n tup, tup tido balik..


apakah yang terjadi sebenarnya??? mamunkah??? macam mana boleh tido dalam kereta?? ok, itu tak de la lawak sangat..sebabnya x mustahil la tido dalam keta..ada possibility yang saya ni mamun..tapi yang lawak sampai kami tiga beranak gelak mcm nak keluar usus disebabkan oleh peristiwa yang berlaku sepanjang 'kehilangan' saya itu..ini diceritakan sendiri oleh kakak n mak saya sambil tegelak tak habes2 lagi..sampai saya nak taip keyboard sekarang ni pun teketar2 tangan sebab tegelak2 jugak..alkisahnya begini..


DRAMA: MISTERI DI SUBUH HARI

pelakon:
1) cik dla
2) cik kak
3) puan mak

masa: 6.30 - 7.30 pagi


# cik kak tecari2 cik dla sbb nak bgtau siap awal sket..pagi ni kami nak beshoping di pasar kemboja..pastu nak amek anak2 sedara yang da balik dr klate nu..hoyeh!

# cik kak tecari2 kat semua bilik tapi tak jumpa jugak cik dla..then,cik kak bgtau puan mak..puan mak cakap mungkin ada dalam toilet..tapi dalam toilet pun tak da orang..jd, d manakah cik dla? lalu cik kak pun cakap, "mak, adek hilang!"

# lepas tu puan mak pun cakap, "yang dia ghajen sangat hilang tu pasai pa???" [nanti saya cerita kisah di sebalik ayat ini]

# cik kak cakap, "tu la mak..dok marah sangat kat dia" [cik kak ingat puan mak marah kat cik dla sebab diari pink tu hilang]

# puan mak cakap, "bila masa mak marah dia??" [okey, masa ni dua2 orang tu tediam sekejap]

# puan mak besiap2 nak masak utk bawak bekal gi keja..masa ni dia masak macam cool padahal dalam hati libang libu memikirkan anak dia yang 'hilang'..buktinya, mee sanggul goreng yang selalunya superb terus jadi sumasin n pucat lesu..haha~

# dalam masa yang sama juga cik kak pegi ke ruang tamu depan..tiba2 dia tenampak pintu gril yang tebukak..pastu terus dia menjerit, "mak, dia dah lari mak!!!!" mak pun datang dalam keadaan tegesa2 n cakap, "macam mana dia lari? gril bukak tapi pagaq tak bukak.." ye laaa.. tak kan saya panjat pagar kot..hoih, saya masih senonoh..huhu..

# baiklah..suasana diam semula..

# alang2 gril tebukak, cik kak keluar membasuh baju..masa cik kak kluar tu la tiba2 dia nampak macam benda panjang dalam kereta..bila dia pegi dekat kereta, sah! ni la budak yang hilang itu..hahahaha..dia pun cepat2 masuk dalam rumah. "maaakkkk, adek tidoq dalam keta!!!"

# puan mak pun cakap, "awat la dia tu..hang pi gerak dia!"


begitu lah alkisah misteri di subuh hari..pagi yang menggamatkan..mak n kakak yang mula2 geram pun terus tak jadi marah sebab nak tegelak..mana tak marahnya, depa punya la pening pker saya pegi mana sampai ingat saya lari dari rumah, tapi saya sedap2 tido dalam kereta..kakak cakap saya tido punya nyenyak macam tido atas katil..hahaha~ bila masa saya jalan masuk kereta pun saya tak ingat..memang nak tegelak..mungkin tidak lawak bagi kamu..tapi cukup lawak bagi kami tiga beranak..sebabnya saya penah 'hilang' beberapa kali..dan bila mengingatkan tentang itu, memang boleh tegelak sampai macam ni http://www.emocutez.com kah kah..


.................................................................................................................................


lagi kisah mengenai 'kehilangan' saya yang memang unforgettable lah dan jadi bahan gelak ketawa kami sampai sekarang..masa tu saya umo 13 ke 14 ntah..macam ini ceritanya..


satu hari ni mak n kakak ajak kluar gi cari lampu untuk hiasan rumah..saya sungguh2 tak nak ikut sampai nak nangis sebabnya saya cari kerongsang tak jumpa..tak kan la nak pakai tudung ikat mcm mak cik mak cik nak gi market tu kan? sungguh sexy n funny ok..tapi setelah didesak, didesak dan didesak jugak oleh mak n kakak..jadi, saya pun pasrah T__________T depa cakap saya duduk dalam kereta pun tak pe..act mak saya risau saya sorang2 kat rumah sebab kecik lagi..bluerrkk..kecik la sangat..haha~ boleh bayangkan tak betapa selekehnya saya waktu itu?????? da la tak sempat nak tengok cermin..tak apalah..cermin pun takut nak tengok saya agaknya..huh!


ok, sebelum gi kedai lampu kami singgah jap kat stesen minyak..pas isi minyak, mak gi buat ape ntah kat kaunter..so, kakak pun park kereta kat tepi..disebabkan tadi tak sempat tengok cermin, so saya pun bgtau kakak "kak, adek nak p toilet sat" lepas cakap terus turun..


lepas da belek2 muka yang selebeh itu, saya pun keluar..tiba2 nak nangis "mana maaakk??mana kaaakk??" habes pusing satu stesen minyak cari mak n kakak tapi tak jumpa..huwaaaaaaaaaaaa~ http://www.emocutez.com melalak kejap..lepas tu dalam hati mcm sudah bengang..kenapa tinggal aku?? pegi toilet kejap je pn..mula2 saya ingat kakak n mak tinggal saya sbb lama sangat dalam toilet..tapi, tiba2 terus jadi positif "ntah2 mak n kak gi beli keronsang kat aku" punya la positif..jadi, duduk la beteleku depan stesen minyak..dalam hati "rilex, jangan marah..depa p beli keronsang tu kat aku" apa punya lurus daaaaaaa..


dan yang pelik bin ajaibnya, mak n kakak boleh tak sedar saya tak de! kalo tak sedar masa dalam kereta tak pe jugak..ini da pegi merata alam..bukan sekejap..lama ooooooooooo saya kena tunggu! dan saya masih terus positif "lamanya depa gi beli keronsang" kah kah


macam mana kakak n mak boleh sedar saya tak de??? macam ini..lepas da beli segala macam barang, masa nak balik tu kakak tanya saya, tem tu dalam kereta


+ : adek, hang nak makan apa?? charkoeyteow ka??

- : diam

+ : adek, hang nak makan apa??
[masa ni suara da tinggi sket]

- : diam lagi

+ : adek, awat hang ........
[ayat tegantung sebab bila tengok belakang tiada siapa di situ..jeng jeng jeng]


oooo, bila nak makan baru ingat aku ye..aku ni simbol makanan kah? kah kah T_____T


ok, masa ni mak n kakak gelabah giler..mak ingat saya kena culik dengan bunian..kah kah..mak memang buat lawak senario btol la..tapi kalo tengah gabra memang macam2 bemain kat kepala kan..so, no wonder la..padahal da lama benor depa tinggalkan saya kat stesen minyak tu..isk isk..baru perasan anak dia yangsebesarini tak de..seriyes, depa memang da kecut perut! radio pun terus tutup..suasana sunyi sepi.. masing2 baca doa tak henti2..kah kah..tau takuuutttt..


ntah macam mana mak boleh patah balik kat stesen minyak tu..mana tau kot2 anak dia ada..biasa laa..firasat mak2 memang selalunya btol kan? n memang sah2 la saya ada kat situ..saya pun boleh tesenyum2 seronok nak dapat keronsang walaupun hati agak panas tapi malas nak marah..sebab bila kita marah hati kita sakit..btol tak??? masuk je dalam kereta, semua diam kejap..mungkin mak n kakak tegamam lagi..tak lama lepas tu, masing2 pakat gelak sampai tak boleh nak cakap.. cakap pun asyik nak tegelak jadi baik gelak dari cakap..hahaha~


wajah kesayangan hamba..walaupun selalu beleter tapi selaluuu buat lawak cool jugak..n selalu buat saya sakit rinduuuuuuu~ without u my world is empty tssk T__T


sekian saja pekongsian cerita hari ni..
sori la sebab hari ni entry tak berilmiah..
sekadar nak kongsi hari bahagia kami..
kalau rasa tak suka dengan entry kali ni..
sekali lagi mintak sori..
http://www.emocutez.com

2 8 org suke menyonteng:

ninim said...

apelah dila
tak berubah
hahaha

Super0wsem! Clozzette said...

hehehehe..
zaman je yg brubah..
kami x brubah2 pun lg..
mcm kak aini jugak..
maintain chomeell cam dulu..
ceceyhh.. :D

Related Posts with Thumbnails