Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran…

HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Pliss klik2 here.. tenkiu :)

Followers

::LANGKAH TERCIPTA::

Tuesday, December 29, 2009

JAMBORI NISA' - DAY 2 & 3

Bismillahirrahmanirrahim..


Hmm, nak becerita apa pulak hari ni ek?oh, sudah semestinya lah sambungan pasal Jambori camp itu hari kan..x tahulah sama ada kamu sume da boring baca ke idak..cemanapun saya nak habeskan jugak entry pasal camp 2..x kire..nak habeskan jugak..x kire! [aik, apesal ngamuk?] jd, tolonglah..tolonglah jgn cakap boring ek..pliss, huk huk http://www.emocutez.com


DAY 2


hari ni pg2 kami da bangun tuk wat solat tahajud..sungguh seronok sbb kat umah/kat memana je lah sangat susah utk bangun buat tahajud [pengakuan ikhlas tanpa bayaran..erk?] kita dah tau betapa besarnya fadhilat solat tahajud, tp kenapa masih 'liat' nk bangun eh? haih~ sungguh nipis nye iman nih mcm kuli bawang putih..sob sob http://www.emocutez.com harap2 lepas ni ada la perubahan hendaknya..ameen..


pas tahajud n solat subuh bejemaah, kami dengar pulak kuliah subuh yg disampaikan oleh salah sorang kak fesi benama kak radhieah..bes2..kakak tu cerita pasal RASULULLAH INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN..stp kali dengar citer pasal Rasulullah wajiblah rasa kagum yg amat kan?sbb x tergambar betapa tingginya budi pekerti Rasulullah..sbb tu x heran lah apb Saidatina A'aisyah menjawab ''khuluquhu Al-Quran'' [akhlak baginda adalah Al-Quran] apb ditanya oleh seorang sahabat kepada beliau bagaimana akhlak Rasulullah..SUBHANALLAH..


lepas kuliah subuh, kami besiap2 tuk sarap n riadhah..pas2 break tuk solat dhuha kejap..then, sambung lagi dengan kuliah dasar ketiga drp DR. JAMNUL AZHAR MULKAN..huh, sape x kenal dgn penceramah ni kan..''TOT TAT'' means, jd doktot boleh, ustat pn boleh..pendek kata serba boleh la..beliau merupakan salah sorang tokoh Islam era millenium yg sangat saya kagum selain drp DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN dan seangkatan dengannya..mereka membuktikan bahawa, x semestinya ustaz sahaja yg boleh bercakap dengan lancangnya tentang Islam..malah, cekgu, engineer, saintis, bisnesman atau sesiapa sahaja boleh bercakap tentang Islam sekiranya mereka faham Islam, mengamalkan Islam dan benar2 menghayati Islam..


Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara MENYELURUH dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata"

(Surah Al-Baqarah:208)


baiklah..nampaknya entry sudah menjadi semakin panjang..boleh ke nak combinekan dua hari dalam satu entry nih?? mcm ngeri je nak baca..hak hak..hmm, kita tengok je lah nnt ye..


haritu, dr. jamnul becerita bagaimana keadaan umat Islam d Ghaza sambil tunjuk gambar pengalaman beliau besama dr. syeikh muzaffar tem kt sana [miss banyak gambar sbb x sanggup nak tengok] dan beliau jugak becerita tentang KEMATIAN..beliau banyak kali menekankan bahawa dunia ini hanya jambatan untuk ke negeri akhirat..dan selepas kematian itu lah merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan..saya tringat satu kata2 nih..x pasti hadith ke ape..sape tau tlg inform ek!


Dunia ibarat ladang untuk kita siapkan bekalan ke akhirat


yeah..btol tu..dunia ibarat ladang..maka, tanam lah, semai lah seberapa banyak amalan supaya nnt kita dapat menuai seberapa banyak jugak bekalan untuk ke akhirat..


ceramah DR. JAMNUL jugak boleh dikategorikan sebagai SUPERB


jadi doktor sukarela d sana..gambar ihsan dr mr. google


lepas ceramah beliau lebih kurg pukul 10.30 gitu n minum pg, kami ada wat xtvt bekumpulan sket..kami dpt task lepas subuh td utk wat lakonan..so, nak kena bincang2 la nk blakon cemana..bla nk kena belakon???pada hari yg sama jugak hokeh! ohho~ sempat ke? nk wat skrip lg..nk practise lg..dah la masa sgt padat..masa utk bincang pn kejap je coz dlm kol 11.30 2 kami ada LDK..dia mcm treasure hunt la jugak..sangat bes sbb dpt bincang bnyk topik ngan kakak2 fesi cam aqidah, feqah, sirah n mcm2 la tuk stp cek point..sangat sukka xtvt ni..bg 4 1/2 bintang..yeyyy..


lepas zohor pulak kami ada abseiling..tau ke abseiling tu ape?awal2 saya ingat kena panjat2 dinding..rupanya bukan panjat, tp kena turun daa..mcm ni haaa..


rasanya tower kt plkn bukit besar tu tinggi lagi kot.. gambar ihsan dr mr. google


ngeri jugak..tp wat2 macho la..kunun2 nak buktikan, org yg saiz xl pn boleh jugak ye buat xtvt lasak..jgn ingat org saiz s/m je boleh! [feeling macho kejap]


dsebabkan peserta sumer 92 org+fesi2 lagi, so amek masa la jugak nak habeskan abseiling ni..kol 5 lebih sket baru habes kot..mmg enjoy la..smntara tunggu giliran, sempat lagi bbrp kump g wat latihan lakonan..stp saat sangat beharga..huhu~


dipendekkan citer, mlm tu pas solat isya' kami ada sdikit tazkirah drp UST YUSNI MAT PIAH..fuuh~ ustaz ni bikin suspen ja..ingatkan UST AKHIL HAYY..hak hak..seriyes, sebijik ust akhil hayy..hidung, rambut..mmg sama..ust 2 bagi tazkirah pasal AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR..beliau bg tazkirah dlm 1/2 jam je..sbb sangat lancar..mcm cakap smbil tengok tex..ish, mmg terer la..ust yusni banyak jugak becerita pengalaman beliau menyampaikan dakwah di kalangan orang2 asli n beliau turut huraikan tentang kewajipan amal makruf nahi mungkar..sprt mana dlm firman Allah:


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka itulah orang2 yang beruntung"
(Surah Al-Baqarah: 104)


tengok, Allah dah berjanji dengan kita bahawasanya adalah beruntung bg org2 yg melakukan amal makruf nahi mungkar..dan janji Allah bukan mcm janji manusia..senang menabur janji, buat manifesto itu ini tp habuk pn tarak [aik?] TETAPI janji Allah itu PASTI.. yakinlah! nak x jadi org beruntung??haa, kalo nk, jom kita sama2 amal makruf nahi mungkar eh http://www.emocutez.com


sabar2..sket lagi nk abeh dah..sket je lg ek..


lps habes tazkirah, kami sumer truskan ngan lakonan..tem kump saya belakon, saya kena jadik suami..kenapa la kalo belakon saya asek kena pegang watak itu???saya x nak mengulas banyak pasal lakonan..cuma nk ckp stp kumpulan kena belakon pasal anak yg derhaka..n ceritanya berkesinambungan dari kumpulan 1-10..ada kump yg prepared n ada yg mcm x prepared..mungkin x cukup masa..kump kami pn maen buat aksi n skrip spontan saja..tp bla dengar n tengok ada respon dr penonton, kira ok la kot..huk huk..aniwey, bes jugak xtvt ni..sbb drp xtvt ni la kami sekump dpt spent masa besama n kenal dgn lebih rapat..


ok lah..dah penat..makanya sambung citer pasal JAMBORI DAY 3 in the next entry lah ek..


wassalam


p/s: da ada yg muntah darah ke baca entry nih?? http://www.emocutez.com hek hek..peace (^_^)v

0 8 org suke menyonteng:

Related Posts with Thumbnails