Sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Lalalalalalaa~
- turunnya kitab suci Al-Quran atau lebih dikenali sbg Nuzul Quran...
- peristiwa perang Badar
- Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
- Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
- Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam surah 3:123-123:
- fathu Makkah (pembukaan kota Makkah)
- Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang
- Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
- Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
- Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran surah 48:1
- Khalid B. Al-Walid meruntuhkan berhala Al-'Uzza
- Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
- Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
Banyak lg la peristiwa yg berlaku dlm buln Ramadhan...kalo nk tau, bleh la baca dlm mn2 buku yg berkaitan atau search je kt intenet...insya Allah, jumpak la nnt...
Da habes tazkirah, ada skit jamuan ringan...ada bihun goreng, lemang, ketupat, kueh raya n mcm2 la...pas mkn sket, kami trus begerak ke kubur arwah abah, tok n tok wan (parents mak)
masuk taun ni da 2 taun kami beraya tanpa arwah abah...tringt b4 arwah abah meninggal, kami jarang dpt balik kg lama2 sbb masa 2 mak keje shift...kdg2 tem raya pn mak kena keje...den, masa taun 2007 tu, mak dapat tukar keje kat klinik pakar spital prt bntr...masa 2 hepy sgt...coz mak keje ikut ofis hour...means, kalo tem raya nnt mak mst dapat cuti n bleh balik kg lama sket...tp kta hanya merancang...perancangan Allah yg terbaik...arwah abah meninggal pada taun 2 jugak...hari Jumaat, 27/7/07...sedeh mcm mn pn, kami kene redha...sbb nyawa kta ni hanya pinjaman dr Allah...jd, kalau Allah nk amek balik apa yg dipinjamkannya, kene redha je la...umpama kita pinjam brg org...kalo org 2 nak amek balik barang dia...x kan kta nk mrh kan? walau cemana pn, sbg manusia yg lemah dan hina d ccNya, da pasti ada teselit rasa sedeh bla kita kehilangan org yg kta sayang...tp sbg anak2, kami kene kuat...kalo kami sedeh, mak apatah lagi...ye laaa...da biasa hdup berdua...skang sorg2 kt umah...anak2 jauh...siaan mak...haisyy... teremo plak...
hmm...lpas g ziarah kubur arwah abah, tok n tok wan...kami g umah mak sdara (kakak mak) kt relau...singgah sana jap b4 balik sp...kg arwah abah...
pas rehat n makan2 (makan lagik) kat cni, ktorang g plak beraya umah m.cik (kakak abah jugak)...alaa...x jauh pn...5 minit je kalo nek keta...huhu...
maka, berakhirla episod ari raya petama...hik2...penat jugak ye...tp nikmatnye trasa...bez!syukur ya Allah...
0 8 org suke menyonteng:
Post a Comment