Ari ni da masuk ari ke 11 dlm buln Syawal…cemana sahabat2 sumer…da mula pose enam ke? or baru plan nk pose?or yg lg advanced 2, da abes pn posa 6…apepn, tahniah bg sape2 yg da mula, bru merancang nak mula n da abes pn posa 6…smoga apa yg kita lakukan dikira sbg satu ibadah kpd Allah…sbb sangat rugi lah kita kalo stp amal yg dilakukan x dikira sbg ibadah dan dianggap sia2…
Rasanya ramai yang dah sedia maklum tentang kelebihan n fadhilat posa 6 kan…tp nk bgtau jugak…hehe...sbg ingatan kta besama...
(Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barang siapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun."
(Riwayat Muslim)
Tp, yg menjadi kemusykilan, mcm mana pelaksanaan posa 6 nih? kena buat direct 6 hari trus ke / bleh posa selang2 hari?ok, utk soalan nih, sbnarnya d kalangan ulama’ sndri pn ada khilaf (bebeza pndpt)...namun, pandangan yang lebih tepat adlh posa sunat ni boleh dilakukan secara rambang, means bleh diselang2 harinya asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini berdasarkan anjuran baginda Rasulullah SAW mengenai posa sunat enam hari ni. Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari2nya. So, bleh la kalo kta nk posa enam ni pada mana2 hari asalkan bukn pd 1 Syawal n slps 30 Syawal…tp, better la kalo kta segerakan pelaksanaan posa 6…espesyeli d kalangan muslimat, bleh niatkan utk qada puasa skali…ustazah saya kt skola dulu penah cakap, kalo kita niatkan posa yg wajib (aulakan yg wajib), insya Allah, pahala posa sunat pn kita akan dapat…lgpn, kta x tau bla ajal kita akan smpai kan…so, lebih baik kta besegera…sprt mana firman Allah SWT :
(Surah Ali Imran, 3 :133)
Okeh, nk dengar citer x?layan je la ek…hek2…gini, diriwayatkan dalam satu kisah ni di mana Rasulullah dan para sahabat sedang berada dalam masjid….Masa Rasulullah SAW sedang mengajarkan ilmu agama pada sahabatnya, tiba2 dtg sorang prempuan yg sgt la cantiknye…smpaikan sumer sahabat bepaling padanya…Den, prempuan 2 bgtau Rasulullah hasrat hatinya agar Rasulullah kawinkan dia dgn salah sorang drp sahabat2 Baginda….TETAPI…ada 3 syarat:
1. Bakal suaminya 2 mesti khatamkan Al-Quran 30 juzu’ tiap2 malam
2. Mendirikan ibadat sepanjang malam setiap hari
3. Berpuasa setiap hari sepanjang tahun
So, slps dbgtau syarat2 di atas, sahabat2 Rasulullah SAW yg pada mulanya ada hajat nk kawin dgn prempuan 2 truskan batalkan niat…TETAPI…akhirnya ada sorg sahabat Nabi yg dok jauh ke blakang sanggup bekawen dgn pempuan 2…Maka bekawinlah mereka…
slps bbrp buln, prempuan 2 tengok suaminya 2 makin hari makin kurg baca Al-Quran, kurg beibadat waktu malam n kurang jugak bepuasa…lalu prempuan ni pn pegi la menemui Rasulullah utk menceritakan hal suaminya yg dah mengingkari janji…Lalu, Rasulullah pn memanggil sahabatnya 2, n tanya, nape dia x tunaikan janjinya 2 sprt tem mula2 dia nk kawen dgn istrinya 2…
Kemudian, sahabat Rasulullah 2 pn betanya 3 soalan kpd Rasulullah:
1. Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali bersamaan 30 juzuk Al-Quran. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
2. Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
3. Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa barang siapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya.
Jadik, slps mendengar ketiga2 jawpn tesebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.
Can u see the relation between posa 6 wif dis story? nampak, kan3? siap bold skali 2...hek2 =D
Emmm, b4 nih, sy ada jugak tedengar n tebaca pasal fadilat posa 6 yg lain. Sumer bleh tngok kt bawah ni :
Hari Pertama
mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.
Hari Kedua
mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s. keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.
Hari Ketiga
mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s. sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.
Hari Keempat
mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.
Hari Kelima
mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s. menyamai berpuasa sepanjang tahun
Hari Keenam
mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w. jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat
emm, bg saya la...nmpak melampau2 jugak fadhilat ni...layak ke kta nak samakan pahala kita mcm pahala para Anbiya’?hmmm...kerdil nye diri ni kalo nk dibandingkan dgn sumer kekasih Allah... lgpn, fadhilat ni x da bgtau pn sapa perawinya dll...jd, agak musykil la...skang ni kta kena behati2 ngan hadith palsu...kt cni nk state sket ciri2 hadith maudhu (rekaan):
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. (haaa...c???sudah terang lg besuluh kan)
2. Kelebihan yang terdapat di dalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih. (btol3)
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Sumber dipetik drp: http://dakwah2u.blogspot.com
bukn kta nk menafikan tentang kelebihan posa 6...tp kta x mahu umat Islam dtpu dgn pelbagai janji2 palsu...nnt kang, kta pulun wat amalan 2 sbb nak kejarkan fadhilatnya yg ’gempak’ (kononnya gempak laaa..heh)...sedangkan sbnarnya, nothing...tmbhn plak, dgn tsebarnya hadis2 palsu camni akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah SAW yang dipelihara dgn begitu baik oleh ulama kita dahulu...lgpn, buat la amalan 2 ikhlas krn Allah...bukn sbb tekejarkan ganjaran yg diberikan...sbb tiket utk kita masuk syurga adalah rahmat drp Allah...bukan banyak mana pahala yg kta kumpul...bnyk kisah2 teladan yg kta bleh jadikan panduan...misalnya, kisah sorg abid yg sepanjang hidupnya hanya beibadah kpd Allah saja...tp, akhirnya x dimasukkan dlm syurga sbb tlalu taksub dgn amalan yg dilakukan utk msuk ke syurga sehingga mengenepikan rahmat Allah...Wallahua’lam...nasihat utk diri sndri jugak nih...n utk sahabat2 skalian...
p/s: sorii yee...entry ni tepanjang la pulok...hehe...
2 8 org suke menyonteng:
mari2 pose 6 ramai2... =)
jom2...
slamat dtg ke kanival posa 6... =)
Post a Comment